Kecoh Hanya Kerana Seorang Tentera Israel Dibunuh?
BAITULMAQDIS 11 Feb. – Seorang lelaki Palestin semalam menikam dan membunuh seorang warga Israel di utara Tebing Barat. “Seorang `pengganas’ Palestin menikam seorang lelaki Israel ketika dia duduk dalam keretanya di sebuah persimpangan lampu isyarat dekat kota Nablus ,’’ kata jurucakap tentera Israel . Menurutnya, mangsa cuba melarikan diri namun keretanya terbalik. “Dia dibawa ke sebuah hospital di Israel di mana disahkah sudah meninggal dunia,’’ katanya sambil menambah lelaki Palestin itu telah ditangkap. Mangsa kemudiannya disahkan sebagai seorang anggota tentera Israel . Seorang pegawai keselamatan Palestin mengenal pasti penyerang terbabit, Mohammed al-Khatib, seorang pegawai polis dari Jenin.
Sumber : Utusan Malaysia, 11/02/2010
Kecoh Hanya Kerana Seorang Tentera Israel Dibunuh?
Begitu ‘ganas’ tajuk berita yang dipaparkan! Inilah realiti media yang dikuasai oleh kuffar Barat – kecoh hanya dengan terbunuhnya seorang warga tentera Israel . Namun jika ini berlaku kepada umat Islam Palestin (dan di dunia umumnya) tidak ada siapa yang akan ambil peduli! Dunia amnya akan membisu seribu bahasa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Jika kecohpun cuma sekadar untuk menunjukkan sedikit keperihatinan kepada apa yang berlaku namun tidak ada tindakan tuntas yang diambil untuk menyelesaikan masalah yang timbul sedangkan secara terang-terangan yang mengganas itu adalah Israel laknatullah. Inilah nasib yang menimpa dunia umat Islam hari ini dalam keadaan di mana mereka hidup tanpa pelindung yang melindungi nyawa, harta, kehormatan bahkan negara mereka.
Sungguh biadap Israel yang sebenarnya merupakan pendatang dan perampas tanah umat Islam di Palestin melabelkan umat Islam sebagai pengganas. Hakikatnya, merekalah pengganas!!! Seluruh dunia yang waras mengetahuinya! Namun, mulut, mata, kaki dan tangan seluruh dunia telah ditutup dan diikat oleh kuffar Barat yang diketuai oleh AS laknatullah.
Umat Islam dengan mudahnya digelar dan dilabelkan sebagai “pengganas” hanya gara-gara kerana terbunuhnya seorang tentera Israel laknatullah. Lupakah mereka kepada Gaza? Lupakah mereka akan segala keganasan dan pembunuhan yang mereka lakukan ke atas kaum Muslimin di Palestin??? Wahai umat Islam! Sampai bila lagi kita akan berdiam diri memandang ringan tanggungjawab untuk menegakkan Khilafah?? Hanya Khilafah sahajalah yang dapat memastikan umat Islam itu akan dilindungi dan maruah mereka terjaga dan Khilafah sahajalah yang akan mampu dan berupaya menutup keceluparan mulut-mulut AS dan Israel laktanullah, pengganas sebenar dunia hari ini!!