Kedutaan Amerika digegarkan dengan laungan jihad

KUALA LUMPUR 21 Jun – Sejak pembantaian yang dilakukan oleh entiti Yahudi ke atas Palestin awal Oktober tahun lepas, himpunan demi himpunan berlangsung di seluruh dunia bagi menunjukkan solidariti ke atas Palestin sekali gus bantahan terhadap entiti haram tersebut dan juga sekutu mereka, Amerika.

Himpunan yang sama telah berlangsung beberapa kali di Malaysia, dan pada hari ini sekali lagi diteruskan oleh ratusan umat Islam, yang berhimpun di depan Kedutaan Amerika bagi menyuarakan hal tersebut.

Bezanya dalam perhimpunan pada kali ini ialah mesej yang disampaikan oleh Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) selaku penganjur, yang menyuarakan dengan tegas dan lantang bahawa jihad fi sabilillah ialah satu-satunya solusi tuntas untuk masalah Palestin.

“Kita ingin sampaikan mesej kepada Amerika dan kepada seluruh dunia bahawa satu-satunya jawapan terhadap jenayah Amerika dan Yahudi ke atas Palestin ialah dengan bergeraknya pasukan tentera kaum Muslimin untuk melakukan jihad fi sabilillah, yang dengan jalan itu sahajalah Yahudi akan dapat dikalahkan dan Tanah Palestin Yang Diberkati akan dapat dibebaskan” demikian laung Ustaz Abdul Hakim Othman yang disambut dengan takbir oleh para peserta.

“Amerika adalah penjenayah nombor satu dunia dan kita beri peringatan kepada mereka jika mereka tidak menghentikan segala kejahatan mereka ke atas Palestin sekarang, maka Khilafah yang bakal berdiri sedikit masa lagi akan menghentikan mereka”, laung Jurucakap HTM itu lagi.

Pemidato kedua, Dr. Muhammad Abu al-Ain, yang juga Ketua Lajnah Perhubungan Strategik HTM membacakan kandungan memorandum yang antara lain menyatakan bahawa Amerika dan entiti Yahudi-lah pengganas sebenar dunia pada masa ini. Jenayah keji mereka ke atas Palestin akan pasti dibalas oleh Khilafah di dunia, dan azab yang lebih pedih dari Allah menanti mereka di akhirat.

Himpunan hari ini turut disertai oleh barisan pimpinan tertinggi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di mana Presidennya, Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali turut memberikan ucapan. Selain menyatakan solidariti untuk Palestin, Tok Him turut menyelar tindakan Perdana Menteri Malaysia dalam isu BlackRock yang disifatkannya sebagai sebuah pengkhianatan.

Di akhir ucapannya, Jurucakap HTM menyeru dan mengajak para peserta demonstrasi secara khususnya, dan umat Islam secara umumnya untuk bersama-sama berganding bahu dengan Hizbut Tahrir di seluruh dunia untuk menegakkan Khilafah, yang tatkala ia berdiri nanti, sudah pasti akan melancarkan jihad ke bumi Palestin bagi menyelamatkan warga Palestin dan seterusnya membebaskan keseluruhan Tanah Yang Diberkati itu daripada kaum Yahudi la’natullah.

Buat julung kalinya kedutaan Amerika digegarkan dengan laungan jihad oleh para peserta, sebuah laungan yang insya Allah akan terealisasi sedikit masa lagi apabila Khilafah tegak berdiri.

Perhimpunan yang bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat itu bersurai secara aman kira-kira jam 3.00 petang.