Kejatuhan Daulah Islam: Pengaruh Kuffar Barat

Oleh: Nur Ain

Mukadimah

Kejatuhan Daulah Khilafah yang telah di asaskan oleh Rasulullah SAW pada 3 Mac 1924,  bukan sebuah kejatuhan mendadak atau tiba- tiba. Ianya sebuah kejatuhan yang dirancang secara strategik oleh musuh Allah SWT dan Rasulullah SAW.  Daulah Islam berdiri di atas ideologi Islam. Di dalam ideologi itulah kekuatannya. Dengan ideologi itu pula Daulah Islam kukuh dan mencapai ketinggian martabatnya tersendiri. Dengan demikian Daulah Islam berdiri dengan kuat kerana kekuatan Ideologi Islam. Ideologi Islam menjadikan Negara Islam adalah sebagai ‘penjamin’ seluruh warganegaranya. Dari keperluan asas sehingga kepada seluruh nyawa, harta dan darah! Kebencian, permusuhan dan dendam kaum kuffar terhadap Islam dan umatnya hakikatnya telah dikhabarkan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

“Sesekali tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti Millah mereka”

[ TMQ Al Baqarah: 120]

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3): 118].

Perancangan Bermula

Daulah Islam berhasil membebaskan negeri-negeri di dunia yang sangat luas ini hanya dalam kurun waktu kurang dari 1000 tahun, malah ia melalui zaman keemasan semasa kemuncak Daulah zaman kekhilafahan Abbasiyyah (750M – 1517M). Menjelang hampir 1300 ia berkuasa, Islam meliputi hampir 2/3 dunia! Segala usaha dan prasarana terbaik pada masa itu dipersembahkan demi Islam. Kaum Kuffar ini menyedari  bahawa Daulah Islam tidak dapat dilemahkan selama Islam kuat dalam jiwa kaum Muslim, dalam cara dan gaya hidup yang tertancap. Maka atas kesedaran ini, mereka berusaha mencari formula yang dapat memperlemah pemahaman kaum Muslim terhadap Islam dan penerapan mereka terhadap hukum-hukumnya.

Peperangan demi peperangan tercetus  demi memastikan Islam dan pengaruhnya terus melata diseluruh dunia. Perancangan kaum kuffar Barat untuk menghapuskan Islam tercetus “secara rasmi” pada Perang Salib (1095M). Dasar tamak pimpinan golongan Kristian Eropah untuk merebut tanah suci Palestin telah menyebabkan Perang Salib berlangsung selama dua abad. Walaupun akhirnya kaum Muslimin memperolehi kemenangan, tetapi mereka gagal meneruskan misi pembebasan (futuhat) atau misi memerangi orang kafir. Kesan buruknya, berlaku pembantaian terhadap umat Islam di Baghdad oleh tentera Mongol (1258M) yang kemudian berjaya dikalahkan oleh tentera kaum Muslimin. Sejak itu, semangat jihad kaum Muslimin berkobar-kobar sehingga berjaya memenangi banyak siri peperangan sehingga abad ke-18M.

Natijah dari kekalahan demi kekalahan yang di alami, pihak kuffar Barat tidak pernah serik dan mereka tidak berhenti terus berfikir bagaimana untuk menghapuskan umat Islam. Mereka menyedari bahawa umat Islam tidak akan mampu dikalahkan melalui perang fizikal. Mereka menyedari bahawa semangat jihad yang kental, akidah Islam yang amat mendominasi, maka mereka memulai perang cara baharu iaitu melancarkan strategi memerangi Pemikiran! Strategi peperangan sebegini diyakini mampu mengalahkan umat Islam yang telah mula mengalami kemunduran pemikiran sejak tercetusnya revolusi Eropah sehingga akidah umat dan penerapan Islam menjadi lemah.

Strategi Perang Pemikiran

Kaum kuffar mempunyai strategi yang berbeza namun mereka bersatu pada misi yang sama iaitu menghancurkan Islam dan Khilafah. Antara strategi mereka adalah:

1. Pengkhianatan dan Pemberontakan Dalaman

British menyerang Khilafah dari dalam melalui ejennya Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud dengan memberi bantuan dana dan senjata kepada Gerakan Wahabi yang ditubuhkan untuk merampas wilayah kaum Muslim. Gerakan ini melakukan pemberontakan bersenjata terhadap Khalifah dan tentera Islam supaya mereka dapat mengatur wilayah tersebut sesuai dengan mazhab mereka dan menghapuskan mazhab lain dengan kekerasan. Kesannya, mereka berjaya merampas Kuwait, Baghdad, Mekah, Madinah dan lain-lain. British berjaya memperalatkan mazhab Wahabi untuk melawan Khilafah dan menyebabkan perang antara mazhab-mazhab kaum Muslimin.

2. Nasionalisme dan Sentimen pemisahan

Menyedari bahawa Daulah Khilafah adalah berpusat pada kesatuan akidah Islam dalam diri umatnya, kaum kuffar berusaha memecah-belahkan kesatuan itu dengan memasukkan fahaman nasionalisme dan sentimen pemisahan ke dalam wilayah Khilafah. Mereka memfokuskan strategi mereka kepada bangsa Arab dan Turki.

Parti-parti politik telah didirikan untuk memenuhi cita-cita mereka. The Secret Association (1875M) ialah parti politik pertama yang tegak atas dasar nasionalisme Arab di wilayah Islam yang menyeru bangsa Arab dengan propaganda Arabisme. Parti ini menyuntik sentimen permusuhan bangsa Arab terhadap Khilafah dengan menyebutnya sebagai ‘Negara Turki’. Mereka menyebarkan tuduhan bahawa Turki telah merampas Khilafah daripada bangsa Arab, Turki telah melanggar kemuliaan syariah Islam dan bertindak sesuka hati dalam agama. Kesannya, kesetiaan umat Islam terhadap akidah Islam telah berubah menjadi kesetiaan kepada nasionalisme Arab.

Di Turki, penubuhan Parti Turki Muda dan Komite Persatuan berserta kemajuan yang ada telah mempercepatkan lagi langkah kuffar Barat. Mereka menyebarkan fahaman bahawa Turki lebih baik daripada wilayah Khilafah yang lain dan bangsa Turki adalah lebih baik dari seluruh kaum Muslimin yang lain. Mereka meletakkan kesetiaan terhadap nasionalisme Turki melebihi dari akidah Islam.

Fahaman nasionalisme ini terus meracuni pemikiran bangsa Albania, Sirkasia, Kurdi, Romawi, Armenia dan bangsa-bangsa lain dalam wilayah Khilafah.

Strategi kaum kuffar menghampiri kejayaan besar apabila Khilafah Uthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan kemudian kalah. British, Perancis dan Rusia menerusi penjanjian Sykes-Picot (1916) telah membahagi-bahagikan wilayah Khilafah sehingga tiada lagi yang tinggal kecuali Turki. Akhirnya Khilafah dijatuhkan melalui Perjanjian Lausanne (1923) dan Turki diisytiharkan merdeka.

Khatimah

Runtuhnya Khilafah adalah suatu malapetaka besar kepada Kaum Muslimin seluruh dunia. Seperti seorang anak yang kehilangan ibunya, umat Islam telah hilang penjamin dan perisai yang menjaga serta melindunginya. Namun, kaum kuffar tidak mampu menepis realiti bahawa Islam masih berkembang dan ramai orang terus masuk Islam. Islam semakin dikenali oleh umat manusia segenap dunia. Ini bermakna mimpi buruk umat Islam bakal berakhir dan tinggallah kaum kuffar seperti Mat Jenin dengan angan-angannya.