Kelahiran Sudan Selatan – Tubuh Umat Islam Dirobek Lagi

altNegara baru Sudan Selatan

JUBA 9 Julai – Beribu-ribu penduduk di selatan Sudan menari sepanjang malam bagi meraikan kemerdekaan wilayah tersebut yang muncul sebagai sebuah negara terbaru di dunia hari ini, yang turut menyaksikan pelbagai sambutan diadakan di seluruh negara.

Republik Sudan Selatan mencapai kemerdekaan selepas satu pungutan suara diadakan pada Januari lalu yang merupakan kemuncak kepada perjanjian damai pada 2005 yang menamatkan perang saudara dengan bahagian utara negara. Dalam satu majlis yang dihadiri berpuluh-puluh ribu penduduk republik ini, pemimpin Salva Kiir mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Sudan Selatan. “Saya dengan ini bersumpah dengan nama Tuhan sebagai Presiden Republik Sudan Selatan. Saya akan berpegang teguh dan menyatakan kesetiaan kepada negara ini,” katanya dalam satu upacara khas meraikan kemerdekaan negara ini daripada bahagian utara Sudan.
Pasukan keselamatan pada mulanya dilihat mengawal jalan-jalan raya di ibu negara Sudan Selatan ini tetapi berundur ketika penduduknya mengibarkan bendera, menari dan melaungkan ‘Sudan Selatan bebas’. Selepas subuh, beribu-ribu penduduk berkumpul di majlis sambutan kemerdekaan di pusat bandar Juba yang turut dihadiri tokoh-tokoh negara Afrika termasuk Presiden Sudan, Omar al-Bashir.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah kira-kira 200 penyokong ketua pemberontak Darfur, Abdel Wahed al-Nur, sebuah pasukan yang berjuang di Khartoum selama lapan tahun pemberontakan bagi memerangi bahagian utara negara itu. Penyokong Tentera Pembebasan Sudan dilihat berdiri dalam barisan sambil melaungkan ‘selamat datang negara baru’ dengan memakai baju memaparkan imej ketua mereka. Penari-penari tradisional turut memukul gendang sambil memegang perisai dan kayu dalam sambutan berkenaan. “Saya sangat gembira untuk menjadi rakyat kelas pertama di negara saya sendiri,’’ kata seorang penduduk, Cirilow, 47. – Reuters

Sumber : Utusan Online, 10/07/2011

 

Kelahiran Sudan Selatan – Tubuh Umat Islam Dirobek Lagi
Sudan akhirnya dikerat menjadi dua. Keputusan undian sebelum ini telah memutuskan bahawa Sudan Selatan akan dipisahkan daripada tubuh Sudan. Sebagaimana kewujudan negara haram Israel, Sudan Selatan ini merupakan anak terbaru yang lahir daripada keputusan PBB. Sebelum ini kita telah menyaksikan bagaimana Timor Timur (Timor Leste) dipisahkan daripada tubuh Indonesia, dan kali ini kita melihat lagi perpecahan demi perpecahan negeri-negeri umat Islam menjadi cebisan-cebisan yang lebih kecil. Yang pastinya, apa yang berlaku ini akan membuatkan musuh-musuh Islam tersenyum lebar dan bergelak ketawa kegembiraan. Setelah runtuhnya Khilafah Islamiyyah di Turki pada tahun 1924, satu-persatu negara palsu umat Islam dicipta dan dilahirkan dengan digariskan sempadan maya untuk dipertahankan. Dari timur sehinggalah ke barat, perpecahan negara Khilafah ini telah melahirkan lebih daripada 50 negeri kecil umat Islam yang lemah hasil daripada perencanaan kaum kuffar dengan bantuan kerjasama pemimpin-pemimpin umat Islam yang khianat.

Sampai bilakah kita masih ingin berharap serta bergantung pada PBB yang jelas- jelas telah memecahbelahkan negara dan umat Islam ini? Mengapakah kita sanggup untuk bersekutu dalam pertubuhan kufur seperti PBB ini, tetapi tidak mahu bersatu dalam entiti politik Islam yang sah iaitu Khilafah? Umat Islam merupakan umat yang satu. Mereka bukan sahaja bersatu dalam kesatuan akidah, tetapi  mereka juga merupakan satu kesatuan tubuh dalam erti kata kesatuan politik. Perpecahan Sudan ini merupakan manisfestasi kepada ketiadaan penyatu dan  penjaga tubuh umat Islam sehinggakan mereka kini ibarat barang gadaian yang sungguh mudah untuk dirobek-robek oleh kaum kuffar. Justeru, marilah kita bersama-sama dalam menggerakkan pemersatuan umat Islam ini dengan diterapkan seluruh hukum-hakam Islam di tengah-tengah umat di bawah naungan  panji Khilafah. Semoga dengan itu, janji Rasulullah bahawa “…Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian” akan dapat terealisasi, insyaallah. Wallahua’lam bissawab.