Kemunafikan Politik Demokrasi Tidak Akan Pernah Berakhir Sehinggalah Kita Menggantikannya Dengan Politik Islam
Pada 06/01/2025, rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kewujudan titah adendum bagi membolehkan beliau menjalani tahanan rumah, telah diterima oleh mahkamah dengan majoriti 2-1. Hakim Mahkamah Rayuan kemudiannya memerintahkan agar kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk permohonan semakan kehakiman Najib didengar oleh hakim yang baru. Titah adendum tersebut, yang merupakan sebahagian daripada proses pengampunan diraja, telah menjadi satu fenomena, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam masa yang sama, terdapat satu lagi fenomena, iaitu himpunan solidariti yang agak besar, yang diadakan di luar mahkamah, oleh pihak-pihak yang dahulunya merupakan musuh politik bekas Perdana Menteri itu.
Berikutan keputusan mahkamah yang mengesahkan kewujudan titah adendum itu, isu “derhaka” kepada raja dimainkan oleh pembangkang, ditujukan kepada kerajaan yang dikatakan menyorokkan titah tersebut sejak ia dikeluarkan pada 29 Januari 2024. Bagaimana pun, tudingan pembangkang ini umpama meludah ke langit kerana hakikatnya mereka juga turut mempunyai rekod “derhaka”. Isu titah adendum ini telah menenggelamkan isu sebenar dalam kes. Pembangkang dan pengikut mereka nampaknya sengaja mengabaikan fakta bahawa di bawah sistem demokrasi yang mereka sendiri pegang erat, Najib telah pun terbukti bersalah, bukan sahaja oleh satu Mahkamah, tetapi tiga peringkat mahkamah, dengan melalui sebuah perbicaraan yang sangat panjang, didengar oleh hakim-hakim tertinggi negara, dan diwakili oleh barisan peguam yang hebat. Di sebalik semua ini, bekas Perdana Menteri Malaysia itu diraikan oleh pembangkang dan penyokongnya, sebagai seorang hero hebat yang tidak bersalah.
Wahai kaum Muslimin! Di dalam Islam, sekiranya seseorang itu telah didapati bersalah oleh qadhi (hakim) dan dijatuhkan hukuman, maka tidak ada mana-mana hakim pun yang boleh mendengar semula, merubah atau membatalkan keputusan tersebut. Dengan kata lain, keputusan hakim adalah mengikat dan wajib dilaksanakan sepenuhnya. Tidak kira siapa pesalahnya, samada daripada kalangan rakyat atau pemimpin, yang miskin atau kaya, yang berpengaruh atau tidak, setelah dia didapati bersalah, maka hukuman wajib dilaksanakan. Hatta, seorang Khalifah atau ketua negara sekali pun tidak boleh memberi pengampunan kepada pesalah tersebut. Rasulullah (saw) memperingatkan hal ini dengan cukup tegas:
«إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»
“Sesungguhnya kebinasaan atas umat-umat sebelum kalian, jika orang yang mulia dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukumnya), akan tetapi jika orang yang rendah dalam kalangan mereka mencuri, mereka memotong tangannya. Demi Dzat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya” [HR Bukhari].
Hadis ini dengan jelas dan tegas membuktikan bahawa tidak ada dua darjat dalam Islam dan tidak ada pengampunan kepada siapa pun yang melanggar hudud Allah. Inilah hukum syarak dalam isu seperti ini yang seharusnya dilihat dan dipraktikkan. Sekiranya hadis ini dijadikan pegangan, maka tidak akan timbul isu pengampunan atau titah adendum sebagai “jalan keluar” kepada seseorang pesalah elit, sebagaimana yang menjadi perdebatan sekarang!
Seperkara lagi yang seharusnya dilihat ialah kedudukan seseorang yang pernah memegang jawatan pemerintahan, tetapi tidak menerapkan hukum Allah (swt), apatah lagi dengan jelas menyatakan penolakannya terhadap penerapan hududullah, maka kesalahan ini hakikatnya lebih besar daripada kesalahan-kesalahan lainnya, yang mana pemimpin seperti ini seharusnya ditolak, bukannya diraikan. Pemimpin mana pun yang telah diamanahkan oleh Allah (swt) dengan sebuah kekuasaan, tetapi tidak menerapkan hudud-Nya, maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Nya. Firman-Nya:
﴿ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ ﴾
“Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan” [An-Nisa’ (4): 14].
Melanggar perintah Allah (swt) dengan tidak menerapkan hukum-hukum-Nya merupakan penderhakaan terbesar yang dilakukan oleh siapa pun yang sedang berada di tampuk kekuasaan, mahu pun yang pernah berada di tampuk kekuasaan. Inilah yang seharusnya dijadikan isu utama oleh umat Islam dalam urusan politik, iaitu kewajipan untuk memuhasabah penguasa yang derhaka kepada Allah (swt). Inilah cara berpolitik yang benar menurut Islam. Sesungguhnya politik (menurut Islam) merupakan pengaturan urusan umat, yang mana bagi penguasa, kewajipan mereka ialah mengatur umat dengan Islam, manakala bagi umat pula, kewajipan mereka ialah melakukan amar makruf nahi mungkar (muhasabah) terhadap penguasa, juga dengan Islam.
Sungguh malang menyaksikan politik kotor berteraskan manfaat yang diamalkan di Malaysia dan di dunia Islam saat ini. Para pemain politik rata-ratanya ialah mereka yang tamakkan kekuasaan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi meraih takhta, tanpa menghirau halal dan haram, dan tanpa merasa malu dengan sikap hipokrasi mereka. Demokrasi telah mengajar mereka bahawa persahabatan dan permusuhan dalam politik hendaklah berdasarkan kepentingan (manfaat) semata-mata, dan tidak boleh ada ‘kawan abadi’ mahu pun ‘musuh abadi’, dan yang wajib ada hanyalah ‘kepentingan abadi’.
Wahai kaum Muslimin! Kita telah menyaksikan kemunafikan politik demokrasi sejak sekian lama, dan kita akan terus menyaksikannya selagi kita tidak berusaha merubahnya dengan sungguh-sungguh dan dengan cara yang benar. Politik Malaysia mahu pun dunia Islam akan sentiasa diselimuti kederhakaan kepada Allah (swt), kekotoran dan hipokrasi selagi para pemainnya mengambil demokrasi yang berasal dari Barat, yang jelas lagi nyata bertentangan dengan Islam, sebagai acuan. Kita hendaklah bangkit dengan sebuah kerangka politik transformatif, dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas, yang berpegang teguh pada hukum Islam semata-mata. Kami menyeru kalian untuk bersama-sama dengan Hizbut Tahrir melakukan perjuangan politik dengan cara yang benar iaitu cara yang diajar oleh Rasulullah (saw). Ayuh, kita sama-sama menolak sistem Jahiliah (demokrasi) yang penuh dengan kebusukan dan kemunafikan ini, dan berusaha menggantikannya dengan sistem Islam (Khilafah), satu-satunya sistem yang akan menjamin kesejahteraan, kemakmuran dan keredhaan daripada Allah (swt).
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
Jumaat, 10 Rajab 1446 H
10/01/2025 M
Ruj: HTM 1446 / 16
Press Release
The Political Hypocrisy in Democracy will Never End Until We Replace it with Islamic Politics
On 06/01/2025, the appeal of the former Prime Minister of Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak regarding the existence of an addendum decree by the King, allowing him to serve the rest of his sentence under house arrest, has been accepted by the court with a majority of 2-1. The Court of Appeal judges then ordered the case be returned to the High Court for Najib’s judicial review application to be heard by a new judge. This addendum decree, which is part of the royal pardon process, has become a phenomenon, unprecedented in its nature. Simultaneously, there was another phenomenon – a large solidarity gathering held outside the courthouse, organized by parties who were once political adversaries of the said former Prime Minister.
Following the court’s decision that confirmed the existence of the addendum decree, the issue of “derhaka” (disobedience) to the King was heavily exploited by the opposition, pointing to the government for hiding the decree since its issuance on January 29, 2024. However, this accusation seems to backfire since the opposition itself had a track record of “disobedience”. The addendum decree issue has overshadowed the actual issue in this case. The opposition and their followers seem to have purposely overlooked the fact that, under the democratic system that they champion, Najib has been found guilty in not just one, but across three court levels, and he had gone through an extensive trial by the nation’s highest judges and defended by a distinguished team of lawyers. Despite all this, the said former Prime Minister of Malaysia is celebrated as a great innocent hero by the opposition and his supporters.
O Muslims! In Islam, if someone is found guilty by a Qadi (judge) and sentenced, no other judge has the authority to re-hear, alter, or annul the verdict. In other words, the judge’s decision is binding and must be executed. Regardless of who the offender is, be it among the ordinary people or leader, poor or rich, influential or not, once they are found guilty, the sentence must be carried out. Even a Caliph or head of state cannot grant pardon to the offender. The Messenger of Allah (saw) strongly reminded us of this:
«إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»
“The people before you were ruined because when a noble person amongst them committed theft, they would leave him, but if a weak person amongst them committed theft, they would execute the legal punishment on him. By Allah, were Fatimah, the daughter of Muhammad, to commit the theft, I would have cut off her hand” [Bukhari].
This hadith clearly and decisively proves that there are no double standards in Islam and no pardon can be granted by anyone, for those who violates the Hudud of Allah (swt). This is the Islamic ruling in such matters that must be observed and practised. If this hadith were adhered to, the issue of pardon or addendum decree as a “way out” for elite offenders, which are currently debated, would have not arisen.
Another aspect that is equally important is the position of someone who was once in power but did not implement the Hudud of Allah (swt), or worse, who once openly declared his rejection of the implementation of the Hudud of Allah (swt) – such crime of disobedience is a far graver offense! Rulers of this nature should not be honoured but rather rejected. Any ruler who has been given authority by Allah, yet neglects to uphold His Hudud, is in essence, betraying Allah’s trust. He (swt) says:
﴿وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ﴾
“But whoever disobeys Allah and His Messenger and exceeds their limits will be cast into Hell, to stay there forever. And they will suffer a humiliating punishment” [An-Nisa’ (4): 14].
Violating Allah’s commands by failing to uphold His laws represents the utmost disobedience to Allah (swt), particularly by those in power, or have held such power. For Muslims, this should be the foremost priority in political matters – the responsibility to hold accountable rulers who show disobedience to Allah (swt). This approach embodies the true essence of political engagement in Islam. In fact, politics within Islam revolves around the management of the ummah’s affairs. Rulers are required to rule in accordance with Islam, while the people have the duty to hold these rulers accountable, also in accordance with Islam.
It is disheartening to observe all sorts of dirty politics that are based on interest dominating Malaysia and the Islamic world today. Many politicians seem driven by a relentless desire for power, often resorting to any means necessary to achieve their goals, showing little regard for Halal or Haram, and displaying no shame for their hypocrisy. Democracy have led them to believe that political alliances and rivalries must be based on interest. To them, there is no notion of “permanent friends” or “permanent enemies”, only “permanent interests.”
O Muslims! For far too long, we have witnessed the political hypocrisy inherent in the system of democracy, a system that continues to fail us and will persist in doing so unless we take active steps toward meaningful change. The political landscape in Malaysia and throughout the Islamic world remains plagued by disobedience to Allah (swt), corruption, and deceit, as politicians continue to uphold democracy—a system rooted in Western ideologies that stand in stark contrast to the teachings of Islam. It is imperative that we rise to seek a transformative political framework, led by sincere leaders who adhere solely to the principles of Islam. We call upon you to join hands with Hizb ut Tahrir in pursuing the path of truth, following the political model of our beloved Prophet (saw). Together, let us reject the flawed system of Jahiliyyah (democracy) and strive to establish the system of Islam (Khilafah), which alone can bring justice, prosperity, and the pleasure of Allah (swt).
Abdul Hakim Othman
Official Spokesperson of Hizb ut Tahrir
in Malaysia
Friday, 10th Rajab 1446 AH
10/01/2025 CE
Ref: HTM 1446 / 16