Kenapa 34 negara ini tidak sepakat serang AS dan entiti Yahudi?

saudi-obamaKerajaan Malaysia dilapor menyambut baik langkah Arab Saudi membentuk pasukan tentera 34 negara umat Islam yang turut disertai Malaysia dalam usaha menangani sebarang aktiviti keganasan di dunia saat ini.

Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein selaku Menteri Pertahanan Malaysia berkata, Malaysia akan terus komited dan menyokong penuh kerjasama antara negara-negara Islam dalam menangani sebarang bentuk keganasan termasuk ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS). Menurut beliau penyertaan Malaysia dalam pasukan ini bukan penglibatan dalam aspek ketenteraan sebaliknya bersifat pendirian dan persefahaman bersama. Pendirian yang sama turut disuarakan oleh 10 negara ASEAN ketika sidang kemuncak komuniti di Malaysia baru-baru ini [Utusan Online].

Sokongan Malaysia ini merupakan satu langkah yang sangat mudah diagak, kerana sejak dulu polisi Malaysia sendiri memang memerangi keganasan, apatah lagi setelah kedatangan Obama baru-baru ini yang memperbaharui “arahan”nya untuk Malaysia dan semua negara ASEAN agar sentiasa memerangi pengganas. Jadi, langsung tidak pelik apabila Malaysia turut serta dalam pakatan 34 negara ini, walau dalam bentuk kerjasaman yang masih minimum.

Sungguh malang apabila semua negara, apatah lagi Arab Saudi yang menjadi hamba kepada Amerika, berlumba-lumba untuk berada di barisan hadapan dalam usaha “memerangi keganasan” sebagai tanda kepatuhan tidak berbelah bahagi kepada tuannya, Amerika. Kedudukan Arab Saudi sebagai “ketua” juga bukanlah terjadi dengan sendiri, tetapi kita semua tahu kesetiaan raja Saudi dan ketundukannya kepada AS. Jadi, jika polisi ketuanya adalah memerangi pengganas, maka hambanya apatah lagi. AS juga tahu bahawa kedudukan dua tanah suci di Arab Saudi sudah tentu memudahkan negara lain untuk memberikan kerjasama kepadanya.

Pakatan 34 negara ini sudah buta atau buat-buat buta bahawa Amerika adalah pengganas yang sebenar. Hujung tombak mereka sepatutnya dihala ke Amerika sebagai pengganas nombor satu dunia, bukannya kepada umat Islam yang menjadi musuh Amerika. Sudah ratusan ribu umat Islam yang dibunuh oleh Amerika, khususnya di Iraq, Afghanistan, Yemen, Pakistan, Syria dan termasuklah bantuan yang diberikan kepada entiti Yahudi yang membolehkan negara haram itu membunuh ribuan umat Islam di Palestin. Pendek kata daftar keganasan Amerika ke atas umat Islam sudah terlalu panjang untuk ditulis yang sehingga kini masih belum ada noktahnya.

Justeru, jika benar pemimpin 34 negara ini ingin memerangi pengganas, Amerika dan entiti Yahudi itulah yang sepatutnya diperangi. Dari Amerika dan entiti Yahudi inilah lahirnya banyak kejahatan dan kerosakan di dunia pada hari ini. Merekalah raja pengganas dunia!

Sudah terang lagi bersuluh bagaimana entiti haram Yahudi itu mengganas ke atas umat Islam, merampas tanah suci Palestin, menghalau dan membunuh penduduknya dan cuba memusnahkan Masjid al-Aqsa. Semua ini disaksikan dengan mata kepala pemimpin 34 negara terbabit. Manakala Amerika pula berdiri kukuh di belakang Yahudi laknatullah ini dalam kejahatannya ke atas umat Islam.

Jadi, di manakah letaknya akal waras para pemimpin 34 negara ini sehingga mereka berpakat untuk memerangi sesama umat Islam atas nama memerangi keganasan, tetapi membiarkan, malah tunduk patuh kepada Amerika yang merupakan pengganas yang sebenar.

Setiap Muslim harus sedar betapa khianatnya para pemimpin kepada mereka dan juga kepada Islam. Sudah tidak ada apa-apa yang dapat kita harapkan daripada pemimpin ini. Harapan kita hanyalah pada Negara Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir yang Insya Allah apabila berdiri sedikit masa lagi, akan terbebaslah Palestin dan lain-lain negeri umat Islam dan seterusnya Amerika dan entiti Yahudi akan mendapat pengajaran mereka.