Kenyataan Media

Serangan Gaza: Hizbut Tahrir Malaysia seru Mesir dan Turki isytihar jihad dan hantar tentera segera

Pada hari Jumaat 18 Julai 2014, Hizbut Tahrir Malaysia melakukan demonstrasi di hadapan Kedutaan Mesir dan Turki di Kuala Lumpur serta menyerahkan memorandum sebagai peringatan akan tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan kaum Muslimin di Gaza, sekali gus membebaskan bumi Palestin yang diberkati, dari pendudukan dan kejahatan Yahudi. Untuk ke sekian kalinya, entiti Yahudi itu menyerang dan melakukan kekejaman terhadap saudara-saudara kita di Gaza. Serangan dan kebrutalan Yahudi ini sememangnya patut dikutuk oleh seluruh manusia. Namun apa yang lebih penting ialah tindakan sebenar yang wajib dilakukan oleh penguasa dan tentera Muslim terhadap kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh rejim yang paling jahat di dunia ini.
Biarpun Mesir bersempadan dengan Gaza manakala Turki pula nampak lantang terhadap entiti Yahudi itu, namun hakikatnya tidak ada apa-apa usaha yang dilakukan oleh kedua-dua negara ini untuk menyelamatkan Gaza. Apa yang kita dengar sejak dahulu hanyalah sebatas retorik daripada penguasa-penguasa Muslim ini dan sesungguhnya umat Islam sudah letih dan muak dengan ucapan-ucapan kosong yang dilaungkan. Penguasa-penguasa ini hanya sekadar mengutuk dan mengecam, sama seperti perangai penguasa-penguasa sebelum mereka.

Hizbut Tahrir Malaysia mengingatkan penguasa Muslim secara umumnya dan Presiden Mesir dan Turki secara khususnya bahawa Allah (swt) telah memerintahkan mereka yang ada kekuasaan untuk membantu saudara-saudara mereka yang memerlukan tatkala nyawa dan agama mereka berada dalam bahaya. Firman Allah (swt),

وَإِنِ اسْتَنصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam (urusan pembelaan) agama, maka kalian wajib memberikan pertolongan” [Al-Anfal (8):72].

Dalam keadaan di mana para penguasa tidak melakukan apa-apa, maka menjadi kewajipan atas tentera kaum Muslimin untuk berjihad memerangi entiti Yahudi yang memerangi umat Islam ini. Diamnya para penguasa dan juga tentera bermakna mereka telah secara langsung membenarkan pembantaian Yahudi ke atas saudara-saudara mereka dan sekali gus membawa maksud yang mereka menyokong kejahatan melampau yang dilakukan oleh rejim Yahudi ini. Bertahun lamanya penguasa Mesir menghalakan senjata mereka ke arah rakyat mereka sendiri dan memenuhi jalan-jalan di Mesir dengan darah rakyatnya. Serangan Yahudi ke atas Gaza ini sebenarnya merupakan peluang terbaik kepada mereka untuk bertaubat dari dosa-dosa mereka, lalu mempersembahkan kebaikan mereka kepada Allah dengan mengalihkan senjata mereka daripada rakyat dan menghalakannya kepada Yahudi yang merupakan musuh sebenar mereka!!!

Hizbut Tahrir Malaysia mengingatkan penguasa serta tentera Mesir dan Turki bahawa masalah Palestin bukanlah masalah bangsa Arab, tetapi merupakan masalah umat Islam. Umat Islam adalah umpama tubuh yang satu, “Apabila salah satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuh akan merasa sakit dengan berjaga dan demam” [HR Muslim daripada Nu’man bin Bashir]. Hizbut Tahrir Malaysia menyeru penguasa dan tentera Muslim melancarkan jihad ke atas entiti haram Yahudi, seterusnya membebaskan bumi yang merupakan kiblat pertama kita dan juga bumi Isra’ dan mikraj. Dalam masa yang sama, Hizb mengingatkan umat Islam agar bersabar kerana sedikit masa lagi Khilafah Rasyidah kali yang kedua akan muncul dan akan mengeluarkan umat yang mulia ini dari segala penderitaan dan membebaskan kesemua wilayah Islam dari dominasi dan cengkaman puak kuffar.
 

وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ
“dan pada hari itu, bergembiralah orang-orang yang beriman” [Ar-Rum (30):4]

Abdul Hakim Othman
Ketua Maktab I’lamiy Hizbut Tahrir
Malaysia