Kenyataan Media

Sebarang kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat adalah bahaya dan haram! Hentikannya segera!
 
Tentera Amerika Syarikat (AS) sekarang berada di Malaysia (di negeri Kelantan dan Terengganu) bagi menjalani siri latihan ketenteraan yang diberi nama Keris Strike 2014/18 bersama tentera Malaysia. Latihan Keris Strike merupakan siri latihan bersama yang dilakukan setiap tahun yang melibatkan formasi 8 Brigade di bawah Division Kedua. Latihan tersebut diadakan dari 13 hingga 26 September di sekitar Kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan di Kelantan. Kementerian Pertahanan, di dalam kenyataannya menyebut bahawa anggota tentera AS yang terlibat adalah daripada United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii. “Objektif utama latihan bersama ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman peserta dalam menguruskan bencana dan melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Seramai 540 USARPAC dan 638 anggota tentera Malaysia terlibat dalam Latihan Keris Strike ini.
Hizbut Tahrir / Malaysia dengan ini mengingatkan dan menggesa kerajaan Malaysia secara umumnya dan Angkatan Tentera Malaysia khususnya, untuk menghentikan serta-merta latihan ketenteraan ini dan apa juga kerjasama ketenteraan dengan AS adalah negara kafir harbi (negara kafir yang sedang memerangi Islam) dan musuh Islam yang nyata. Operasi Pengaman apakah yang AS bicarakan padahal amat terang lagi bersuluh bahawa AS adalah paksi segala kejahatan, pembuat makar dan dalang kepada peperangan dan ketidakstabilan khususnya di Timur Tengah? Operasi Pengaman apakah yang AS bicarakan walhal mereka tidak pernah berhenti melakukan keganasan ke atas kaum Muslimin di seluruh dunia? Apakah kerajaan Malaysia tidak nampak dan tidak mengambil pengajaran dari hal ini? Selain haram, mengadakan kerjasama ketenteraan dengan AS hanya membahayakan negara kerana sebahagian daripada kekuatan militer negara terdedah kepada musuh. Kekuatan militer sepatutnya digerakkan untuk melawan musuh dan bukannya untuk bekerjasama dengan musuh. Kerjasama militer antara Malaysia-AS yang telah lama terjalin ini sesungguhnya menyalahi hukum syarak dan diharamkan dalam Islam. AS adalah negara kafir harbi yang sedang memerangi umat Islam. AS membunuh saudara-saudara kita Afghanistan, Iraq, Pakistan, Yemen secara langsung dan melalui bantuan serta sokongannya, ribuan umat Islam dibunuh di Palestin, Syria dan lain-lain wilayah kaum Muslimin. Perang melawan keganasan yang masih terus dipimpin oleh AS, merupakan rahsia umum bahawa ia adalah perang melawan Islam. Satu-satunya hubungan yang dibenarkan oleh syarak untuk dilakukan dengan AS adalah hubungan perang!
Rasulullah SAW melarang (mengharamkan) kaum Muslimin mencari api (bantuan perang) daripada orang-orang kafir sebagai sebuah entiti/negara.
Sabda baginda,
«لا تَسْتَضِيئُوا بِنَارِ الْمُشْرِكِينَ»

“Janganlah kalian meminta penerangan (pertolongan) dengan api orang-orang musyrik”. Hadis dari ad-Dhahak (ra) menyebut sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Sarkhasi di dalam kitab As-Sayr,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  خَرَجَ يَوْمَ أُحُدٍ، فَإِذَا كَتِيبَةٌ حَسْنَاءُ، أَوْ قَالَ: خَشْنَاءُ، فَقَالَ: مَنْ هَؤُلَاءِ؟ قَالُوا: يَهُودُ كَذَا وَكَذَا، فَقَالَ: »لَا نَسْتَعِينُ بِالْكُفَّارِ«

“Bahawa Rasulullah (saw) keluar pada waktu perang Uhud, tiba-tiba baginda terlihat sebuah skuadron yang (tersusun) baik atau yang kasar, lalu Nabi (saw) bertanya, ‘Siapa mereka?’. Para sahabat menjawab, ‘Mereka Yahudi (bani) itu dan ini’. Nabi lalu bersabda, ‘Kita tidak mencari (meminta) pertolongan daripada orang-orang kafir”.

Al-Hafiz Abu Abdullah menceritakan, beliau menyandarkan sanad hadis pada Abu Hamid As-Sa’idi, beliau berkata,
خرج رسول الله  حتى إذا خلَّف ثنيَّة الوداع إذا كتيبة قال: من هؤلاء؟ قالوا بني قينقاع وهو رهط عبد الله بن سلام قال: وأسلموا؟ قالوا: لا، بل هم على دينهم، قال: »قولوا لهم فليرجعوا، فإنّا لا نستعين بالمشركين«

“Rasulullah (saw) keluar, setelah baginda meninggalkan lembah Wada’, beliau bertemu dengan salah satu skuadron, baginda lalu bertanya, ‘Siapa mereka?’. Sahabat menjawab, ‘Mereka adalah Bani Qainuqa’ iaitu kabilahnya Abdullah Bin Salam’. Nabi bertanya lagi, ‘Apakah mereka telah masuk Islam?’. Sahabat menjawab, ‘Mereka masih tetap pada agama mereka’.
Nabi bersabda,

‘Katakan kepada mereka untuk pulang, kita tidak meminta bantuan daripada orang-orang musyrik”.

 

Amat jelas bahawa kerjasama ketenteraan dengan negara/entiti kufur adalah haram pada pandangan syarak. Oleh itu, apa jua bentuk kerjasama ketenteraan antara Malaysia-AS, termasuklah latihan ketenteraan yang dijalani sekarang, wajib dihentikan serta-merta tanpa apa-apa alasan lagi.
Abdul Hakim Othman
Ketua Maktab I’lamiy Hizbut Tahrir
Malaysia