Kenyataan Media BANTAHAN KEDATANGAN IRSHAD MANJI KE MALAYSIA

Kenyataan Media

BANTAHAN KEDATANGAN IRSHAD MANJI KE MALAYSIA

Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) dengan ini menyatakan bantahan sekeras-kerasnya kedatangan seorang pengamal dan penulis buku lesbian, Irshad Manji ke Malaysia yang dikatakan akan mengadakan programnya di Monash University, Kampus Sunway pada hari Jumaat 18 Mei 2012 jam 1.00 – 2.00 petang. Manji dijangka berucap menyampaikan ceramah umum dengan tema “Keberanian Moral: Menciptakan Ruang untuk Islam & Demokrasi”.

Sebelum ke Malaysia, aktivis feminis yang berasal dari Kanada ini telah pun ditolak keras kehadirannya di Indonesia. Program Manji telah dibatalkan sama ada di tempat terbuka mahupun tertutup termasuklah di beberapa buah Universiti di Indonesia hasil bantahan keras dari umat Islam di Indonesia. Pelaku dan penyeru seks songsang ini yang dijadualkan datang ke Malaysia minggu lepas terpaksa menangguhkan kedatangannya kesan dari penolakan kehadirannya di Indonesia. Kehadirannya adalah dalam rangka untuk mempromosikan pemikiran yang dikatakan selaras dengan Islam dan hak asasi manusia.

Empat tahun yang lalu, dia telah menulis sebuah buku yang bertajuk Allah, Liberty, and Love (“Allah, Kebebasan dan Cinta”) di mana di dalam buku ini, dia terang-terangan menyeru kepada semua Muslim untuk menterjemahkan semula al-Quran bagi menyesuaikannya dengan dunia moden alaf ke-21. Dalam bukunya juga dia mengajak umat Islam untuk tidak bergantung harap sepenuhnya kepada Allah SWT. Manji juga berpandangan bahawa perempuan tidak perlu dibebani dengan kewajiban melahirkan anak. Dia juga menyatakan bahawa al-Quran itu diedit oleh Nabi Muhammad atau Nabi Muhammad yang membuatnya. Banyak lagi pemikiran berbahaya lainnya yang dibawa oleh Manji.

MHTM dengan ini menyatakan:-

1.    Mengutuk sekeras-kerasnya pihak kerajaan dan ejensi yang bertanggungjawab membawa manusia jijik ini ke Malaysia serta pihak Universiti Monash (jika benar) yang membenarkan dia mengadakan programnya di situ;

2.    Kehadiran Manji ini sesungguhnya tidak lepas dari agenda kafir penjajah yang ingin menyesatkan kaum Muslimin dan meruntuhkan akhlak umat Islam khususnya Muslimah.  Dia ingin menyebarkan pemikiran dan kelakuan yang sesat dan songsang atas nama hak asasi manusia. Segala seruan dan perbuatannya ini merupakan penyesatan yang nyata dan bertentangan dengan ajaran suci Islam.

3.    Pemikiran, tingkah laku dan ucapan Manji adalah satu kemungkaran yang wajib dicegah oleh setiap orang Islam. Semua pemikiran dan perilakunya jelas menyimpang, berbahaya dan mesti dijauhkan dari umat Islam dan dia tidak seharusnya dibenarkan datang dan berucap di Malaysia.

4.    Kerajaan, pihak polis, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa agama wajib membatalkan program ini serta-merta dan menghalau Manji keluar dari Malaysia segera. Umat Islam juga wajib berusaha mencegah program Irsyad Manji ini dari dijalankan.

AISYAH RAHMAT
Ketua MHTM