Kenyataan Media: Tangkapan yang Memalukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas Jurucakap dan Tiga lagi Anggota Hizbut Tahrir Malaysia
Tangkapan yang Memalukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor
ke atas Jurucakap dan Tiga lagi Anggota Hizbut Tahrir Malaysia
Pada hari Jumaat 4 Disember 2015, lebih kurang jam 3.50 petang, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu ke pejabat Hizbut Tahrir / Malaysia di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ketika serbuan dilakukan, Hizbut Tahrir / Malaysia sedang mengadakan sebuah sidang media khas dengan dihadiri oleh sejumlah wakil media tempatan, bertujuan menjelaskan fitnah dan kekeliruan dalam fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor bertarikh 17 September 2015 ke atas Hizbut Tahrir. Fatwa tersebut telah mengharamkan fahaman dan segala aktiviti Hizbut Tahrir di Selangor. Dalam serbuan tersebut, empat orang anggota Hizbut Tahrir telah ditahan di bawah Seksyen 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Mereka terdiri daripada Jurucakap Hizbut Tahrir / Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman dan tiga lagi aktivis Hizbut Tahrir iaitu Sopian Jahir (dikenali sebagai Umar Hussein), Wan Hisham Wan Salleh dan Hishamuddin Ibrahim. Dalam serbuan tersebut, JAIS telah bertindak menggeledah dan merampas barang-barang yang ada di pejabat HTM, antaranya termasuklah komputer riba milik Abdul Hakim, sejumlah al-liwa’ dan al-rayah (bendera) dan kesemua gambar yang ada di dinding dan papan kenyataan pejabat. Turut dirampas ialah mafela yang tertulis kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah yang sedang dipakai oleh mereka berempat semasa sidang media tersebut. Kesemua anggota Hizbut Tahrir yang ditahan itu kemudian dibawa ke Kompleks Islam Daerah Hulu Langat untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan ikat jamin tidak lama selepas itu. Mereka dipanggil semula untuk memberi keterangan pada 7 dan 8 Disember.
Kami dengan ini menyatakan kekesalan yang amat sangat dengan tangkapan yang dibuat oleh JAIS yang ternyata bertindak atas dasar fitnah yang terkandung di dalam fatwa tersebut. Kami membantah sekeras-kerasnya tangkapan ini serta rampasan barangan milik kami yang dilakukan semasa serbuan tersebut. Tindakan JAIS ini yang telah dilakukan dengan tergopoh-gapah dan tanpa usul periksa terhadap kesahihan kandungan fatwa tersebut, sungguh memalukan sebuah institusi agama yang sepatunya dihormati di mata masyarakat dengan sikap adil dan profesional.
Di dalam sidang media khas yang diadakan sejurus sebelum penangkapan, Jurucakap Hizbut Tahrir / Malaysia telah menjelaskan mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Selangor yang dipenuhi dengan fitnah dan kekeliruan tersebut. Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik Islam antarabangsa yang mempunyai jutaan ahli dan pengikut di seluruh dunia. Justeru, fatwa yang sarat dengan fitnah dan kekeliruan itu hakikatnya bukan ditujukan kepada ahli Hizbut Tahrir di Malaysia sahaja, malah kepada ahli Hizbut Tahrir di seluruh dunia dan termasuklah kepada para alim-ulama yang menyokong Hizbut Tahrir. Sejak penubuhannya lebih 60 tahun lalu, Hizbut Tahrir telah dan sedang bergerak aktif di lebih daripada 40 buah negara dalam rangka mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah. Dakwah dan pemikiran Hizbut Tahrir telah dikenali di seluruh dunia dan semakin diterima oleh umat Islam, termasuklah di Malaysia. Kerana itulah, fitnah dan kekeliruan yang dilontarkan ke atas Hizbut Tahrir secara terbuka kepada publik ini sungguh tidak masuk akal. Selain itu, fatwa tersebut jelas menunjukkan adanya usaha-usaha pihak tertentu untuk menghalang dan menghentikan dakwah Hizbut Tahrir yang semakin mendapat tempat di hati umat.
Sehubungan itu dan atas dasar kewajipan saudara sesama Islam, kami dengan ini menasihati dan menggesa Jabatan Mufti Selangor agar menarik balik fatwa tersebut kerana ia sarat dengan fitnah dan kekeliruan, selain akan memalukan Jabatan Mufti Selangor dan juga JAIS selaku badan penguatkuasa kerana bertindak secara menyalahi syarak, ke atas Hizbut Tahrir sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan Islam.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Shameful Arrest by the Selangor Islamic Religious Department
of the Spokesperson and Three Other Members of Hizb ut Tahrir Malaysia
On Friday 4th December 2015, the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) raided the office of Hizb ut Tahrir / Malaysia at Section 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. They stormed into a special press conference held by Hizb ut Tahrir / Malaysia which was attended by several media representatives, in the party’s effort to clarify the defamation and confusion in the edict (fatwa) issued by the Selangor Mufti Department, dated 17 September 2015 against Hizb ut Tahrir. The fatwa has outlawed the party and all its activities in Selangor. In the raid, four members of Hizb ut Tahrir have been arrested under Section 12 and 13 of the Shariah Criminal Enactment of Selangor 1995. Those arrested were the Spokesperson of Hizb ut Tahrir Malaysia, Ustaz Abdul Hakim Othman and three other activists of the party: Sopian Jahir (aka Umar Hussein), Wan Hisyam Wan Salleh and Hishamuddin Ibrahim. During the raid, JAIS searched and seized a few items in Hizb ut Tahrir’s office, among others were Abdul Hakim’s laptop, al-liwa’ and al-rayah (flags) and all the pictures placed on the walls and the office’s notice board. Also seized were mufflers written with La ilaha illallah Muhammad Rasulullah, worn by the four during the press conference. All those arrested were taken to the Islamic District Complex of Hulu Langat for further investigation. They were then released on bail the same evening but required to come back for interrogation on the 7th and 8th December.
We would like to express our deepest regret of the arrest carried out by JAIS on the basis of defamation contained in the fatwa. We strongly oppose the arrests and the seizure of our belongings during the raid. The raid that was done hastily without examining the truth of every point contained in the fatwa is really a shame for a religious institution that is supposed to gain public respect with its just and professional attitude.
In the special press conference held right before the arrest, the Spokesperson of Hizb ut Tahrir Malaysia explained about the fatwa issued by the Selangor Mufti Department, which is full of defamation and confusion on Hizb ut Tahrir. Hizb ut Tahrir is an international Islamic political party, whose members and followers numbered in millions worldwide. Therefore, the fatwa is in actuality not only addressed to its members in Malaysia, but also across the globe, including its supporters from the scholars of the Ummah. Since its establishment more than 60 years ago, Hizb ut Tahrir has been actively working in more than 40 countries around the world to restore the Islamic way of life by re-establishing the Righteous Khilafah upon the method of the Prophethood. The da’wah and thoughts of Hizb ut Tahrir are well known throughout the world and are increasingly accepted by Muslims, including Muslims in Malaysia. It is thus an absurdity to make such a defamation against Hizb ut Tahrir to the public at large. Apart from that, it is very clear that there are efforts from certain parties to prevent and stop the increasingly accepted da’wah of Hizb ut Tahrir with such a fatwa.
In this regard and as a gesture of brotherhood, we hereby advise and urge the Selangor Mufti Department to retract the said fatwa. Apart from the fatwa being full of defamation and confusion, it is indeed inappropriate for the Selangor Mufti Department and JAIS as its enforcement body, to have acted against the divine rule on Hizb ut Tahrir, an Islamic political party that is working for Islam.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia