Kenyataan ringkas daripada Hizbut Tahrir Turki Berkenaan Cubaan Rampasan Kuasa
[Terjemahan]
Hizbut Tahrir Turki mengutuk cubaan rampasan kuasa di Turki. Kami dengan tegas menyatakan keterlibatan kuasa neo-kolonialis Barat di sebalik isu ini dan kami ingin menyatakan perkara-perkara berikut berhubung insiden tersebut:
- Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut – tindakan keganasan dan berdarah ini – yang tidak akan tercetus tanpa restu dan lampu hijau daripada Amerika dan lain-lain.
- Gerakan Gulen (sekiranya benar mereka adalah dalang di sebaliknya) tidak akan berupaya untuk merancang bagi melaksanakannya tanpa pengetahuan dan bantuan daripada kuasa neo-kolonialis Barat yang selama-lamanya membenci umat Islam (serta kebangkitannya).
- Semua jari harus dituding kepada Barat, yang mana sebahagian ahli politik dan pegawai tentera Turki mengambil mereka sebagai sekutu dan kawan dan aktif bekerja dengannya.
- Menjadi kewajipan kepada ahli politik dan para Jeneral di Turki untuk memutuskan semua hubungan dengan Amerika dan sekutu-sekutunya, serta mendukung kepentingan rakyat yang telah turun ke jalan, yang telah mempertaruhkan nyawa mereka, yang melaungkan takbir dan seruan-seruan Islam, yang semua itu dilakukan bukan untuk membela “sekularisme” mahupun “demokrasi”.
- Kami menyeru kepada bangsa yang teguh berdiri menentang para pelaku (cubaan) kudeta ini untuk mengambil sikap dan keazaman yang sama ke arah mengembalikan Khilafah yang benar serta menolak semua idea dan projek politik lain sepertimana mereka menolak kudeta ini.
Dan segala pujian hanyalah milik Allah!