Kerajaan Malaysia Wajib Lindungi Muslim Uighur Daripada Kezaliman Rejim China

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan ke atas 11 orang Muslim Uighur yang sedang ditahan di Malaysia dan akan mempertimbangkan permohonan ekstradisi oleh China ke atas mereka. Beliau yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia berpegang kepada kesepakatan bantuan perundangan bersama (mutual legal assistance) antara kedua-dua negara dan akan bekerjasama rapat dengan polis China berhubung isu ini. Kesemua 11 orang tersebut merupakan sebahagian daripada 20 orang Muslim Uighur yang berjaya melepaskan diri daripada penjara Thailand pada November tahun lepas.

Di dalam surat terbuka kepada kerajaan Malaysia oleh Muslim Uighur yang dimuat naik ke laman sesawang [http://www.hoylam.net/malaysiya_hokumitige_ochuq_xet/], mereka merayu agar kerajaan Malaysia melindungi mereka dan tidak menghantar mereka pulang. Mereka menjelaskan bagaimana kerajaan China menzalimi dan menyeksa mereka, hingga ada yang dibunuh oleh rejim komunis tersebut. Segala kekejaman itu dilakukan hanya kerana mereka beragama Islam dan dituduh terlibat dengan aktiviti keganasan. Dalam surat terbuka tersebut, mereka seterusnya menegaskan bahawa lebih baik kerajaan Malaysia membunuh sahaja mereka daripada mengekstradisi mereka ke China, kerana setidaknya mereka akan dikebumikan dengan cara Islam jika dibunuh di sini. Begitulah antara rayuan mereka kepada kerajaan Malaysia yang nampaknya langsung tidak diendahkan sehingga kini.

Muslim Uighur adalah sebahagian daripada umat Islam yang menyelinap keluar dari China bagi menyelamatkan diri daripada penindasan oleh rejim China. Satu-satunya “jenayah” yang mereka lakukan ialah kerana mereka beragama Islam, yang menyebabkan banyak hak mereka dinafikan dan disekat daripada mengamalkan ajaran Islam, serta ditindas dalam aspek sosio-ekonomi di tanah air mereka sendiri. Hanya mereka yang ‘buta politik’ dan pentingkan diri sendiri sahaja yang tidak melihat kekejaman rejim China ke atas Muslim Uighur yang majoritinya berada di wilayah Xinjiang atau Turkestan Timur ini.

Rejim China berusaha untuk mengaitkan sebarang penentangan ke atas penindasan yang mereka lakukan ke atas umat Islam dengan tuduhan “keganasan” sebagai justifikasi terhadap kezaliman mereka. Jika benar sekalipun Muslim Uighur tersebut mengangkat senjata, sudah tentu mereka tidak akan bertindak sedemikian tanpa sebarang sebab melainkan sebagai tindak balas terhadap kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan oleh rejim China itu sendiri. Berdekad-dekad lamanya mereka ditindas dan dinafikan hak oleh rejim China, yang mana rintihan mereka tidak dipedulikan oleh para penguasa umat Islam. Perdana Menteri Malaysia sendiri bukan sahaja tidak membantu mereka, sebaliknya menjalin hubungan baik dengan rejim komunis anti-Islam yang membunuh mereka.

Hizbut Tahrir / Malaysia dengan ini ingin menegaskan sekaligus mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa Muslim Uighur adalah saudara seakidah kita dan wajib bagi kerajaan Malaysia melindungi mereka daripada kekejaman rejim China. Lebih daripada itu, kerajaan Malaysia wajib menyediakan tempat tinggal berserta segala keperluan mereka di sini, termasuklah memberikan kewarganegaraan kepada mereka serta segala hak sebagai seorang warganegara. Haram sama sekali bagi kerajaan Malaysia untuk menghantar mereka pulang mahupun membenarkan rejim China mengambil mereka di sini, yang kemungkinan besar akan mengancam nyawa mereka. Sabda Rasulullah SAW,

« الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ »

“Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh)” [HR Bukhari dan Muslim].

Lebih daripada itu, kerajaan Malaysia hendaklah mendesak agar rejim komunis China menghentikan segera sebarang bentuk penindasan ke atas kaum Muslimin di negara mereka, tanpa mengira di mana mereka berada mahupun bangsa mereka. Segala bentuk hubungan diplomatik mahupun perdagangan hendaklah diputuskan selama mana  rejim China memusuhi Islam.

Wahai kerajaan Malaysia! Walaupun kami yakin yang anda tidak akan melakukan semua itu, tetapi sebagai sebuah parti politik Islam yang berjuang demi kebaikan umat, Hizbut Tahrir akan terus mengingatkan anda melaksanakan kewajipan anda. Dalam masa yang sama, Hizbut Tahrir terus berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah ar-Rashidah ala minhaj nubuwwah, yang dengan tegaknya institusi agung politik umat Islam ini sedikit masa lagi, Muslim Uighur dan lain-lain kaum Muslimin yang tertindas akan diselamatkan Insya Allah. Wahai kerajaan yang memerintah bukan dengan apa yang Allah (swt) turunkan! Ingatlah bahawa masa pemerintahan anda sesungguhnya tidak lama. Dengan sisa-sisa masa yang ada pada anda, bantulah saudara seIslam kita dan tunaikan perintah Allah (swt) dan RasulNya (saw), kerana apabila Muslim Uighur menuntut hak mereka yang tidak anda tunaikan, di padang Mahsyar kelak, tidak ada siapa pun pada waktu itu yang dapat menyelamatkan anda daripada azab Allah (swt) yang amat pedih.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Isnin, 3 Jamadil Akhir 1439 H
19/02/2018 M
Ruj: HTM/PR/06/1439


It is an Outright Obligation for the Malaysian Government to Protect the Uighur Muslims from Atrocities of the Chinese Regime

Deputy Prime Minister, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi was reported to say that the Royal Malaysian Police (RMP) are conducting a thorough investigation over 11 Uighur Muslims currently detained in this country, and will give due consideration to the request made by the Chinese government to extradite them. Zahid, who is also the Home Minister said that Malaysia would honour the mutual legal assistance between both countries and will cooperate closely with the Chinese police in this matter. All 11 detainees are part of 20 Uighur Muslims who managed to escape from a Thai prison in November last year.

In an open letter to the Malaysian government which was uploaded to a website [http://www.hoylam.net/malaysiya_hokumitige_ochuq_xet/], Uighur Muslims appealed to the Malaysian government to shelter the detainees and not to deport them back to China. They mentioned in the letter the atrocities and tortures they have faced, to the extent that some of them were murdered by the Chinese regime for no reason other than their religion is Islam and accused of being involved in terrorism. They further stated that they would rather be killed by the Malaysian government than being extradited to China, for at least if they were killed by the Malaysian government, they would be buried in accordance with Islam. These are among their appeals that are apparently ignored by the Malaysian government to date.

Uighur Muslims are part of the Ummah that were forced to flee for their lives from the cruelty of the Chinese regime. Their only “crime” is because they are Muslims, who have been deprived of their rights for decades, and were restrained from practicing their own religion, apart from being oppressed socio-economically in their very own land. Only those who are politically blind and selfish, will fail to see the oppression by the Chinese regime on the Uighur Muslims, whom majority of them live in Xinjiang or East Turkestan.

The Chinese regime justified their atrocities by associating any form of resistance to their authority with the allegation of terrorism. Even if it’s true that some of the Uighur Muslims took arms, they will certainly not do that except as a response to the oppression and murders committed by the Chinese regime themselves. They have been oppressed and deprived of their rights for decades, and their cry are never heard by the Muslim rulers. The Prime Minister of Malaysia himself not only failed to aid Muslim Uighurs, but in turn established a close relationship with that anti-Islam communist regime who murdered them.

Hizb ut Tahrir / Malaysia hereby stresses and reminds the Malaysian government that these Uighur Muslims are our brothers and it is an outright obligation for the government to protect them from the atrocities by the Chinese regime. Furthermore, the Malaysian government must provide shelter and fulfil all their needs, including granting citizenship to them along with all the rights that come with it. It is forbidden (haram) for the government to deport them or allow the Chinese regime to take them away which shall endanger their lives. Rasulullah (saw) said,

«الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ»

“A Muslim is a brother of another Muslim, so he should not oppress him, nor should he hand him over (to an oppressor)” [Narrated by Bukhari and Muslim].

Moreover, the government should have urged the Communist Chinese regime to end all forms of atrocities on the Muslim in their country, regardless of their location or ethnicities. All diplomatic and trade relations with the Chinese regime must be cut as long as their hostility towards Islam remain.

O Malaysian government! Even though we are very certain that you are not going to do all those, but as an Islamic political party that works for the sake of this Ummah, Hizb ut Tahrir will never stop reminding you of your responsibility. At the very same time, Hizb ut Tahrir will keep working to resume the complete Islamic way of life by re-establishing the Righteous Caliphate on the method of Prophethood, which upon its establishment soon, our Muslim Uighur brothers and all the oppressed Muslims shall be saved Insha Allah. O government who does not rule with what Allah (swt) has bestowed! Take heed that your time of ruling is not long. With only remnants of your time left, do help our Muslim brothers and do implement what Allah (swt) and His Messenger (saw) have commanded you to, because at the moment when the Uighur Muslims ask for their unfulfilled rights in the Mahshar, no one can save you from His (swt) severe torment!

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Ref: HTM/PR/06/1439
19/02/2018 CE
Monday, 03rd Jumada II 1439 AH