Kes hina Rasulullah – Pemimpin OIC hanya tahu berkokok
OIC bincang Islamofobia
Penyiaran kartun nabi, filem anti-Islam Belanda fokus persidangan
DUBAI: Pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) akan membahaskan isu Islamofobia apabila mereka bertemu di Senegal pada sidang puncak minggu ini, berikutan kemarahan umat Islam ekoran penyiaran kartun Nabi Muhammad di Denmark dan sebuah filem Belanda yang disifatkan anti Islam.
Setiausaha Agung OIC yang dianggotai 57 negara itu, Ekmeledin Ihsanoglu, berkata laporan pertama jawatankuasa pemantau mengenai Islamofobia akan turut dibincangkan pada sidang berkenaan.
“Pemimpin OIC dijangka mengambil satu keputusan sesuai terhadap perbuatan ‘Islamofobia’ yang jelas melanggar peraturan antarabangsa, melarang sebarang bentuk penghinaan terhadap kepercayaan mana-mana agama walaupun berselindung di sebalik kebebasan bersuara,” katanya.
Di Denmark, akhbar negara itu mencetak semula karikatur Nabi Muhammad memakai serban berbentuk bom dengan fius di atasnya bulan lalu, selepas dakwaan wujud satu rancangan untuk membunuh pelukis karikatur berkenaan.
Belanda pula meningkatkan tahap berjaga-jaga terhadap ancaman keganasan berikutan kemarahan masyarakat Islam selepas rancangan untuk menyiarkan sebuah filem pendek keluaran ahli perundangan Geert Wilders mengenai al-Quran yang disifatkan sebagai berunsur anti-Islam. Kerajaan Belanda gagal dalam usahanya melarang penyiaran filem berkenaan.
Ekmeledin berkata, perbuatan mencetak semula kartun dan penerbitan filem dokumentari itu ‘sengaja dilakukan’ untuk menghina lambang paling suci agama Islam.
Beliau berkata, pada masa ini wujud satu keperluan mendesak bagi masyarakat antarabangsa untuk memperketat peraturan sedia ada atau mewujudkan satu lagi peraturan baru termasuk larangan menghina atau menentang nilai dan sentimen agama.
Mengenai dakwaan wujudnya rancangan untuk membunuh kartunis Denmark, beliau berkata sekiranya pihak berkuasa perundangan Denmark dapat membuktikan dakwaan mereka adalah benar, OIC tidak teragak-agak mengutuk perbuatan itu.
Sementara itu cendekiawan Arab Saudi, Sheikh Salman al-Odah, berkata tindakan mencetak semula karikatur nabi adalah provokasi terhadap lebih 1.3 bilion umat Islam, manakala kebebasan bersuara tidak wajar digunakan untuk menghina pihak lain.
“Barat menikmati kebebasan bersuara secara meluas yang tidak ada dalam dunia Islam, tetapi ia bukan sekadar persoalan kebebasan bersuara semata-mata. Sebuah filem mengenai masyarakat Sikh dilarang tayangannya di Britain demi mengekalkan keharmonian masyarakat, manakala beberapa ahli sejarah dipenjarakan kerana mempersoalkan Holocaust,” katanya.
Sheikh Salman, yang juga setiausaha agung sebuah pertubuhan cendikiawan Islam dan aktivis yang ditubuhkan dua tahun lalu bagi mempertahankan Nabi Muhammad, berkata tindakan liar terhadap umat Islam adalah perbuatan golongan yang mempunyai sifat perkauman dan boleh ditangani dengan usaha memberi penjelasan secara berterusan kepada Barat. � AFP
Sumber: Berita Harian 11/03/08
Ulasan:
Setiap kali isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad saw timbul, setiap kali itulah kita dapat melihat betapa hinanya pemimpin umat Islam yang ada. Pemimpin umat Islam dan OIC hanyalah ibarat anjing menyalak bukit setiap kali Rasulullah dihina oleh orang kafir. Kebaculan mereka terserlah dan kehinaan terus menjilat wajah mereka. Masing-masing hanya tahu berkokok menunjukkan kehandalan walhal dalam masa yang sama langsung tidak dapat menggentarkan orang kafir, walaupun sedikit. Pemimpin umat Islam hanya tahu berbincang dan berdialog di saat Junjungan Besar dihina. Alangkah hinanya mereka.
Kalaulah wujudnya Daulah Khilafah, maka Insya Allah para penghina Rasul ini sudah tentu tamat riwayatnya, tanpa apa-apa perhitungan lagi. Di dalam kitab Nayl al-Authar terdapat bab yang berjudul, “Membunuh orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan kata-kata yang nyata.” [Lihat asy-Syaukani, Nayl al-Authar jilid VII hlm 213-215]. Di dalamnya terdapat dua hadis sebagai berikut:
1. “Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menghalalkan darahnya.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud).
2. “(Abdullah bin Abbas berkata) bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya selalu mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Lelaki itu berusaha memperingatkan dan melarang isterinya agar tidak melakukan hal itu. Namun ia tetap melakukannya. Pada suatu malam isterinya mulai mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh kerana tidak tahan dengan isterinya, lelaki itu menikam isterinya sehingga mati. Keesokan harinya turunlah wahyu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kejadian itu. Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengumpulkan kaum Muslimin seraya bersabda: “Dengan menyebut asma Allah, aku berharap orang yang melakukannya, yang tindakannya itu haq (benar), berdiri”. Kemudian (aku melihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan meraba-raba hingga tiba di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam lalu ia duduk dan berkata , “Wahai Rasulullah, akulah suami yang melakukannya. Ku lakukannya kerana dia selalu mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, mamun ia tetap melakukannya. Dari wanita itu aku dikurniakan dua orang anak (yang cantik) bagai mutiara. Isteriku amat sayang kepadaku. Akan tetapi semalam dia kembali mencela dan menjelek-jelek dirimu. Sebab itu aku membunuhnya“. Mendengar penjelasan ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Saksikanlah bahawa darah wanita itu halal” [HR Abu Dawud dan an-Nasa’i].
Nas-nas hadis tersebut menegaskan bahawa darah orang yang menghina Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah halal. Dengan kata lain hukuman ke atas orang-orang yang mencela, merendahkan, memperolok-olok dan menghina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah hukuman mati. Hukuman tersebut diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam secara langsung dan bukannya pendapat (ijtihad) para fuqaha mahupun ulama. Dengan kata lain hukumannya adalah pasti (qath’i) dan tidak berubah.