Kesan Penembakan Pesawat Pengebom Rusia oleh Turki

photo_2015-12-01_16-02-03Soalan

Soalan saya berkaitan dampak penembakan pesawat pengebom Rusia baru-baru ini; adakah tindakan tersebut akan menyebabkan peningkatan aktiviti ketenteraan di ruang udara Syria? Adakah serangan tersebut akan merebak sehingga memasuki ruang udara Turki? Terima kasih.

Jawapan:

1.   Berkenaan ruang udara Syria:

– Jika peningkatan aktiviti ketenteraan yang anda maksudkan itu berkenaan pesawat pengebom berlegar di ruang udara Syria dan mengebom wilayah tersebut, hal ini sememangnya sudah berlaku dan pesawat-pesawat itu sememangnya telah dikerahkan segenap upayanya dalam mencapai objektif tersebut.
– Namun jika anda maksudkan peningkatan dari segi pertembungan antara pesawat-pesawat pejuang dan mencetuskan pertempuran di ruang udara sesama mereka, kebarangkalian untuk hal ini terjadi sangat rendah, setidak-tidaknya dalam tempoh waktu terdekat, atas sebab-sebab yang telah kami nyatakan dalam penerbitan bertarikh 11/10/2015 dan juga Soal-Jawab bertarikh 18/11/2015.

2.   Berkenaan meningkatnya pencerobohan ke atas ruang udara Turki, sebagaimana nampaknya itulah maksud soalan anda, yakni akan bermulanya pertempuran udara antara Turki dan Rusia, yang bakal menyaksikan pesawat pejuang Rusia menyerang pesawat Turki sebagai tindak balas terhadap penembakan pesawat Rusia sebelumnya, jika benar itu yang anda maksudkan, maka jawapannya, kemungkinan untuk hal tersebut berlaku dalam masa terdekat sangat rendah berdasarkan sebab-sebab berikut:

– Campur tangan Rusia ke atas ruang udara Syria adalah hasil kesepakatannya dengan Amerika Syarikat. Manakala rejim Turki pada hari ini adalah ejen kepada AS, maka Rusia tidak boleh mencabuli kesepakatan yang telah dimeterai dan dipegang oleh AS.
– Bukti kesepakatan tersebut sangat ketara dan kami telah pun menjelaskannya dalam penerbitan serta soal-jawab seperti yang telah dinyatakan di atas…dan Putin telah mendedahkan hal ini melalui ucapannya di Sochi pada hari Selasa, 24 November lalu, di mana dia menyebut insiden penembakan tersebut sebagai “tikaman dari belakang” [Radio Sawa 24/11/2015]. Ini bermakna, telah wujud satu kesepakatan yang dimeterai dan kemudiannya dicabuli.
– Terdapat kemungkinan bahawa penembakan tersebut dibuat tanpa mendapat restu daripada pimpinan politik Turki, sebaliknya diputuskan oleh kepimpinan tentera Turki yang mempunyai objektif politik yang berbeza dengan Erdogan. Di samping itu, penembakan tersebut juga dilakukan bagi melindungi orang-orang Turki yang dilihat menjadi mangsa pengeboman Rusia di wilayah yang bersempadanan dengan Turki.

Inilah yang nampak dan kelihatan jelas melalui kenyataan Perdana Menteri Turki, “Perdana Menteri Turki, Ahmed Davutoglu, dalam responsnya menerangkan bahawa keputusan Tentera Turki untuk menembak pesawat Rusia dibuat demi melindungi sempadan negara…” [Radio Sawa, 24/11/2015].

– Rusia mungkin sahaja menyedari hakikat ini, bahawa bukan kerajaan Turki yang mencabuli kesepakatan. Ini bukanlah kali pertama pesawat Rusia memasuki ruang udara Turki dan selama ini tidak pernah dihalang oleh kerajaan Turki. Kesedaran Rusia bahawa keputusan penembakan tersebut bukanlah dibuat oleh kerajaan Turki, sebaliknya diputuskan oleh pimpinan tentera Turki, inilah yang meredakan ketegangan dari tercetus antara Rusia dan Turki…dan adalah dijangkakan bahawa semua pihak terbabit akan cuba menangani insiden ini melalui pendekatan politik demi menyelamatkan air muka masing-masing; sama ada melalui hubungan perdagangan atau diplomatik atau mediasi atau peningkatan serangan Rusia di kawasan berlakunya penembakan pesawat tersebut, sebagai langkah tindak balas. Mungkin di sinilah AS akan memainkan peranannya, khususnya dalam mendisiplinkan tentera Turki…Dalam pada itu, AS juga berusaha untuk mencari jalan keluar dengan memberikan penjelasan terperinci mengenai tempat berlakunya penembakan tersebut dan bagaimana insiden tersebut boleh terjadi demi menenangkan kedua-dua pihak. Seorang pegawai AS pada 24/11/2015 berkata “Washington mempunyai bukti untuk mempercayai bahawa pesawat tersebut telah ditembak dalam ruang udara Syria, setelah memasuki ruang udara Turki dalam tempoh yang singkat, sebagaimana yang dapat dilihat melalui penilaian terhadap jejak haba pesawat tersebut” [Deutsche Welle, 25/11/2015]. Nah, ternyata di sini AS cuba memuaskan hati kedua-dua belah pihak!
– Kami sebut dalam jawapan kami, “setidak-tidaknya dalam masa terdekat” adalah berdasarkan faktor-faktor yang ada buat masa ini. Sebaliknya, campur tangan ketenteraan dan tindakan politik (yang bakal berlaku) boleh merubah perkembangan dan juga natijahnya.
– Sebagai kesimpulan, apa yang menyakitkan kita ialah apabila melihat bagaimana pihak kolonialis kuffar dan ejen-ejen mereka yang mengawal banyak kejadian dan natijahnya di negara kaum Muslimin. Walau bagaimanapun, dengan izin-Nya, roda akan berputar dan cahaya Khilafah akan bersinar kembali di bumi umat Islam, malah akan menyinari seluruh pelosok dunia dan musuh-musuh Islam akan bertempiaran lari ke rumah masing-masing dalam kekalahan, itu pun jika mereka masih mempunyai rumah.

وَلَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ

“Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita al-Quran setelah beberapa waktu lagi” [TMQ Sad (38):88].

13 Safar 1437
25 November 2015


Q&A: Repercussions of Turkey Shooting down the Russian warplane

Question:

My question is about the repercussions of shooting down the Russian plane: Will it lead to an escalation of the air force in the airspace of Syria? Will it extend to the airspace of Turkey? Thank you.

Answer

1. As for the airspace of Syria:

– If what you mean by the escalation is that the warplanes patrol the airspace of Syria and bomb its territory, including humans, trees, and stone, this is already taking place, and the aircrafts put every effort into that.

– But if what you mean by escalation is that these aircrafts clash with each other and start an air war between them, this is unlikely, at least in the foreseeable future for the reasons that we have mentioned in our publication on 11/10/2015 and the Q&A on 18/11/2015.

2. As for the extension of escalation into Turkish airspace, it is as if you mean that an air war will begin between Russia and Turkey, that the Russian aircrafts attack Turkish aircrafts in retaliation to the shooting down of the Russian plane… If that is what you mean then the answer also is unlikely, at least in the foreseeable future for the following reasons:

– The Russian air intervention in Syria was in agreement with the United States, and the current Turkish regime is America’s agent and therefore it could not breach an agreement held by America.

– The evidences of the agreement is apparent and we have explained it in our publication and the Q&A mentioned above… and Putin revealed this when he said in Sochi on Tuesday November 24, describing the shooting down of the aircraft accident as “a stab in the back” Radio Sawa 24/11/2015 CE. This means that a signed agreement was breached.

– It is likely that the aircraft was shot down without a decision of the Turkish political leadership but of the leaders in the military with political objectives which they differ in with Erdogan in addition to the feeling of protection over what they witnessed of the Russian bombing of their Turkmen brothers on their borders.

This is what appears between the lines but is clear from the lines, in a statement of the Turkish Prime Minister, “The Turkish Prime Minister Ahmed Davutoglu, for his part, elaborated that the Turkish Armed Forces’ decision to shoot down the Russian plane came out of border protection…” (Radio Sawa, 24/11/2015)

– Russia is probably aware of this, that the Turkish government has not violated the agreement. This is not the first time that Russian aircraft penetrates the borders of Turkey, and they were not prevented by the Turkish government. Russia’s realization that the shooting down of aircraft was not by a political decision of the government but it is from some military leaders that make it accommodating of the matter, and then exclude the war between Russia and Turkey… And it is expected that things will be settled through political means to save face for all parties; through trade or diplomatic relations or mediation or intensifying Russian attacks in areas where the plane was shot down, or so, for retaliation. This may be America’s main role, especially on the subject of the army‘s discipline… In addition to finding exits to explain where and how the plane was shot down to satisfy both parties. An American official said yesterday 24/11/2015, “Washington believes that the plane was hit inside Syrian airspace after it moved briefly in the Turkish airspace, according to an assessment based on the thermal trace of the plane.” (Deutsche Welle, 25/11/2015). Here they satisfy both sides!

– As we said in the answer “at least in the foreseeable future,” according to the factors present, otherwise the interference of military actions with political actions makes the possibility of fluctuations in the events and their consequences likely.

– Finally, what is painful is that despite the fact these are Islamic countries, but it is the colonialists Kuffar and their agents that control the events and results over them! However, the tables will turn, and soon Allah willing, the light of the Khilafah will shine over the land of Islam, and even extend to the corners of the earth, and the enemies of Islam will return defeated to their own home… that is if they will have a home then.

وَلَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ

“You will come to know what it is talking about after a while.”

(Sad: 88)

13 Safar 1437 AH
25/11/2015 CE