Ketakutan Barat Terhadap Kekuatan Islam Politik

altAkhbar Amerika, Washington Post melaporkan bahawa Presiden Obama sedang bersiap sedia  untuk berdepan dengan kemungkinan bahawa revolusi Arab yang sedang menuju kepada berdirinya pemerintahan Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara. Untuk itu, satu usaha perlu  dilakukan secara besar-besaran bertujuan untuk meningkatkan Islamophobia (ketakutan kepada Islam) di kalangan masyarakat Islam itu sendiri.

Kebimbangan Barat terhadap Islam politik (Islam bersifat politik) dari hari ke hari terus meningkat, terutamanya setelah gelombang rakyat yang melakukan demonstrasi terhadap pemerintahan mereka yang korup berterusan di Timur Tengah dan Afrika Barat dan ianya semakin hari semakin meluas. Para pemuda di Syria, Pakistan dan Tajikistan kini sedang menyeru untuk mencabut rejim-rejim mereka. Gelombang perubahan yang terus merebak ini telah menjadikannya bukan sekadar gelombang perubahan yang bersifat lokal, namun ia telah menyeluruh dan bergema di seluruh dunia.

Di dalam hal ini, tidak ada yang lebih gentar dan gelisah selain daripada pemerintahan Obama. Ketika rakyat Mesir sibuk dalam perjuangan mereka untuk menggulingkan Mubarak, Fir’aun abad ke-21, Obamalah orang yang paling sibuk membuat penilaian terhadap setiap gerakan Islam yang menjadi ancaman serius bagi AS, terutamanya gerakan-gerakan yang memiliki keinginan politik yang didasarkan pada prinsip-prinsip ideologi dan yang berkemampuan untuk membawa politik Islam ke puncak kekuasaan, yang mana ia akan mengembalikan kaum Muslimin kepada kemuliaan, kedaulatan dan kedudukan mereka sebagai umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia.

Seorang pegawai kanan dalam pemerintahan AS yang meminta untuk tidak disebutkan namanya, mengatakan bahawa, “Jangan takut kepada Islam yang mempunyai kaitan dengan politik negara-negara ini.” Katanya lagi, “Kami akan menilai tindakan parti politik dan pemerintah, bukan  terhadap hubungan mereka dengan Islam.”
Kata-kata sebegini sebenarnya menyeru kepada kutukan. Sedangkan pada masa yang sama, Presiden Obama mengarahkan supaya dilakukan penilaian (terhadap parti dan pemerintahan) dari dalam. Sesungguhnya Barat memahami dengan benar bahawa betapa pentingnya Islam bagi kaum Muslimin, kerana Islam merupakan bahagian yang sangat penting dalam kehidupan mereka. Mereka menyedari dengan benar bahawa jika pintu dibuka di hadapan Islam, maka ia akan mendorongnya untuk mengalir seperti air bah, yang akan menyapu bersih demokrasi busuk dan kesan buruknya terhadap  manusia. Ternyata berjuta-juta kaum Muslimin kini sedang menunggu waktu, di mana mereka akan mengumumkan berdirinya negara Islam. Semua perkara ini membuatkan Barat menjadi gementar dan menggigil ketakutan.

Dalam dekad yang terakhir ini, sentiasa wujud seruan-seruan untuk melakukan reformasi atas dasar kebangsaan. Namun, dalam tunjuk perasaan baru-baru ini, iaitu dalam dua bulan yang terakhir ini menampakkan kemahuan masyarakat dan seruan mereka yang tulus untuk mengembalikan Islam ke dalam kehidupan yang nyata. Media-media Barat sentiasa berusaha untuk menghalang suara-suara yang menyeru kepada Islam dan menyembunyikan kibaran ar-Rayah (panji berwarna hitam) yang bertuliskan “Lâ Ilâha Illallâh Muhammadur Rasûlullâh”. Dalam solat-solat Jumaat yang diikuti oleh jutaan kaum Muslimin kini sentiasa berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan kaum Muslimin daripada  para penguasa yang zalim.

Sesungguhnya revolusi seperti ini telah meletakkan Amerika Syarikat dan Barat berada dalam posisi yang cukup sukar, khususnya di wilayah Timur Tengah yang merupakan tempat konflik  yang mempunyai  pelbagai kepentingan utama mereka.

Kaum Muslimin kini telah keluar dalam pelbagai demonstrasi yang dianjurkan baru-baru ini. Mereka tidak memiliki tentera ataupun sebarang senjata berat. Meskipun demikian, ini telah membuatkan Barat gementar ketakutan melihat semua itu, sehinggakan Barat mengarahkan beberapa pusat kajian, lembaga dan institusi untuk mengkaji bagaimanakah cara untuk meredakan kemarahan umat Islam, membataskan usaha ikhlas mereka dan menjauhkan mereka daripada Islam.

Sejak kebelakangan ini, para pemerintah yang zalim yang tinggal di istana-istana mereka yang mewah berusaha mencari jalan untuk mendiamkan rakyat yang mereka tindas. Tetapi usaha-usaha mereka semua kali ini tidak akan berguna lagi, kerana yang rakyat inginkan sekarang bukan lagi menurunkan harga komoditi, bukan bantuan kewangan dan bukan lagi ‘gula-gula’ yang lain. Yang mereka inginkan hanyalah tumbangnya rejim kufur dan digantikannya dengan sistem Islam yang membawa kesejahteraan dan kedamaian bagi seluruh dunia.

Yang ditunggu kini hanyalah masa, iaitu jatuhnya takhta para penguasa zalim dan berdirinya kuasa institusi politik Islam melalui seorang Khalifah yang dipilih oleh kaum Muslimin sendiri tanpa ada sebarang campur tangan Barat.

Bangkitlah wahai kaum Muslimin!  Janganlah sesekali menyerah dan kalian pasti akan menang. Kemenangan ini adalah janji daripada Allah kepada kita. Barat akan berusaha dengan segala cara dan kekuatan untuk memerangi Islam. Akan tetapi Allah akan tetap menyempurnakan cahayaNya, meskipun orang-orang kafir membencinya. Allah SWT berfirman:

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir memikirkan tipu daya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu  atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” (TMQ Al-Anfal [8] : 30).

Wahai kaum Muslimin, hancurkanlah rejim-rejim kufur ini. Serulah kepada Islam. Kembalikanlah kekuatan kalian dengan iman yang tulus dalam hati kalian. Dan jangan biarkan kelemahan dan rasa putus asa menyusup ke dalam jiwa kalian. Sesungguhnya kalianlah orang yang sentiasa menang, insyaAllah. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Kami menolong Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat).” (TMQ Al-Mu’min [40] : 51).

Source : Syabab.com