Ketakutan Rejim Kyrgyzstan Terhadap Kebangkitan Islam: Enam Anggota Hizbut Tahrir Ditangkap
Baru-baru ini, www.24.kg (sebuah agensi berita Kyrgystan online) melaporkan sekurang-kurangnya enam anggota yang aktif dalam Hizbut Tahrir dan dikatakan sebagai gerakan ekstrimis telah ditangkap di daerah Jeti-Oguz, Issyk-Kul, Kyrgyzstan, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Keselamatan Nasional Kyrgyz.
Pihak berkuasa telah menyita dan merampas pelbagai bahan-bahan dakwah Islam seperti risalah-risalah, DVD dan nota-nota. Mereka juga cuba untuk memberikan tanggapan negatif terhadap gerakan ini dengan mengatakan bahawa mereka juga telah menyita senjata api haram, sesuatu yang mustahil dilakukan oleh gerakan yang anti-keganasan.
Penangkapan demi penangkapan yang dibuat membuktikan penguasa sekular Kyrgiz sudah hilang kewarasan dan terus-menerus membuat apa sahaja tindakan demi memastikan seruan untuk menegakkan kembali kehidupan Islam dan Khilafah dapat dihentikan.
Selain daripada menangkap aktivis Hizbut Tahrir, mereka juga melakukan pembohongan terhadap gerakan tersebut. Bukan itu sahaja, pihak berkuasa Kyrgyz yang korup itu juga berusaha untuk memerangi apa yang digelarnya sebagai ”ekstrimis agama’ dengan melibatkan para sarjana atau ilmuwan yang diupah untuk membuat kajian ilmiah dan ideologi.
Tetapi anehnya, mereka tidak pernah berdepan mendengar seruan intelektual yang senantiasa dilaungkan oleh Hizbut Tahrir, malah mereka ingin menutup kebenaran melalui penangkapan dan membuat fitnah.
Demikianlah ujian dakwah yang berlaku di Asia Tengah yang tidak pernah berhenti dan dipenuhi dengan rasa bimbang oleh rejim zalim jika jatuhnya kekuasaan mereka disebabkan oleh munculnya benih-benih kebangkitan Islam di negeri tersebut.
Sumber: syabab.com