Ketika Khilafah Tiada, Amerika Begitu Berani Melaungkan Kebongkakannya
NEW YORK: Amerika Syarikat memberi amaran puak militan di Pakistan akan menerima padah jika berlaku serangan di negara itu dan didapati mereka terbabit.
Amaran itu diberikan Setiausaha Negara, Hillary Clinton, dalam temubual bersama rancangan “60 Minutes” CBS. “Kami mendapat kerjasama lebih baik. Ia satu perubahan yang nyata di pihak kerajaan Pakistan. Kami mahu lebih lagi. “Kami sudah nyatakan bahawa jika serangan seperti itu berjaya dan ia dikesan ada kaitan dengan Pakistan, akan ada yang menerima padahnya,” katanya dalam temubual yang akan disiarkan esok.
Puak Taliban di Pakistan mendakwa bertanggungjawab dalam cubaan mengebom di Times Square di New York Sabtu lalu. Jika terbukti benar, ia adalah tindakan pertama kumpulan itu di AS.
Rakyat Amerika keturunan Pakistan, Faisal Shahzad, didakwa membawa bom itu ke Manhattan. Katanya, beliau bertindak sendirian tetapi penyiasat mendapati wujud kemungkinan kaitan dengan puak Taliban di Pakistan dan kumpulan militan Kashmir.
Sumber: Berita Harian 08/05/10
Ketika Khilafah Tiada, Amerika Begitu Berani Melaungkan Kebongkakannya
Apakah ada sesiapa, terutamanya di kalangan para pemimpin umat Islam yang berani dan bersedia menyahut cabaran bongkak Amerika untuk berperang di saat ini? Realitinya, umat Islam hari ini tidak lagi memiliki kekuataan, yakni al-Khilafah, yang pernah wujud suatu masa dulu. Oleh itu tidak hairanlah kenapa musuh nombor 1 umat Islam dengan begitu angkuhnya melontarkan cabaran dengan mengatakan sesiapa sahaja yang cuba menyerang Amerika, mereka akan menerima padah.
Wahai umat Islam! Sesungguhnya tidak ada alasan bagi dunia Islam saat ini untuk takut kepada Amerika, meskipun ketika ini persenjataan tentera dunia Islam adalah jauh lebih mundur dari Amerika. Namun begitu, potensi tentera di dunia Islam adalah cukup luar biasa. Dari data yang dikeluarkan oleh CIA World Fact Book, potensi kekuatan tentera (military manpower availability) dan kelayakan untuk menyertai tentera (fit for military service) yang dimiliki oleh beberapa negara umat Islam adalah cukup luar biasa. Dengan gabungan tentera Mesir, Iraq, Iran, Pakistan, Turki dan Indonesia sahaja, potensi pasukan kaum Muslimin yang tersedia adalah sekitar 162 juta orang!!! Jika dibandingkan dengan AS, potensi tenteranya hanyalah 79 juta orang. Cuma faktanya saat ini umat Islam tidak bersatu di bawah kekuatan Khilafah.
Yakinlah bahawa jika Khilafah berdiri ia merupakan kekuatan yang akan menyebabkan mulut-mulut kuffar Barat terutamanya Amerika diam membisu!!
Sejarah kegemilangan kehebatan Islam telah membuktikan bagaimana suatu masa dulu tentera-tentera Islam pernah mengalahkan dua kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi. Kekuatan luar biasa tentera yang pernah berada di bawah kepimpinan Khilafah ini adalah tentera yang mencintai mati, berbeza dengan tentera kuffar yang amat mencintai kehidupan dunia. Apakah Hillary lupa bahawa cucu cicit tentera Islam hari ini adalah yang mengalir di dalam tubuh mereka darah kepahlawanan para panglima perang Islam yang unggul seperti Khalid Al-Walid, Tariq bin Ziyad, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salehuddin Al-Ayubi dan juga ratusan panglima perang Islam yang lainnya. Mungkin Hillary tidak dapat membayangkan bagaimana jika tentera-tentera umat Islam berada di bawah arahan dan perintah Khilafah – para tentera ini adalah tentera yang memiliki kekuatan ruhiyyah yang luar biasa! Bayangkanlah bagaimana dengan hadith yang dilafazkan oleh Rasulullah SAW ketika menggali parit semasa Perang Khandaq,
“..Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” [Hadis riwayat Imam Ahmad],
Umat Islam telah berlumba-lumba cuba membebaskan Konstantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam hadith tersebut. Di antaranya adalah 5 misi di zaman Kerajaan Umayyah, 1 misi di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan 2 misi di zaman Kerajaan Uthmaniyyah. Hillary juga tidak sedar bahawa Allah SWT telah berfirman: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an.
“Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”. [TMQ at-Taubah (9) : 111].
Yakinlah bahawa hanya Khilafah sahajalah yang dapat menutup kebiadaban mulut si kafir Hillary itu.