Ketua Polis Dubai Memberi Kenyataan Tentang Bakal Berdirinya Khilafah Di Dua Masjid Suci
Memang benar, Khilafah akan kembali insyaAllah, dan pemerintahannya akan meliputi apa yang diliputi oleh siang dan malam. Negeri dua masjid suci dan Al-Quds serta negeri-negeri yang lain akan berada di bawah kekuasaan Khilafah, insyaAllah. Memang benar, Khilafah Islam akan kembali kerana Allah SWT telah berjanji dan Dia tidak pernah menyalahi janjiNya sepertimana di dalam firmanNya:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [TMQ An-Nuur (24) : 55]
Dan juga khabar gembira daripada Nabi Muhammad saw ketika baginda bersabda:
“تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها ثم تكون ملكا عاضّاً فيكون ما شاء الله أن يكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون ملكا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة ثم سكت”
“Akan ada zaman kenabian di kalangan kamu, dengan izin Allah ia akan ada selama mana dikehendakNya, kemudian Dia akan mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah di atas jalan kenabian, maka ia akan ada dengan izin Allah selama mana dikehendakiNya. Kemudian Dia akan mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada zaman pemerintahan yang menggigit, maka ia akan ada dengan izin Allah selama mana dikehendakiNya. Kemudian Dia akan mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada zaman pemerintahan yang menindas, maka ia akan ada dengan izin Allah selama mana dikehendakiNya. Kemudian Dia akan mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada kembali zaman Khilafah di atas jalan kenabian.” Kemudian Nabi diam. [HR Ahmad]
Walaupun begitu, tidak ada sesiapa pun yang dapat memastikan di manakah wilayah pertama Khilafah tersebut akan berdiri. Jika ia berdiri di negeri dua masjid suci, maka seperti itulah ia. Dan jika ia berdiri di negeri ash-Sham, maka seperti itulah ia. Dan jika Allah menetapkan bahawa Khilafah akan berdiri di tempat lain, maka segala puji bagi Allah. Kita serahkan perkara ini kepada Allah SWT dan berikanlah khabar gembira tentang perkara ini tidak kira di mana pun ia berdiri kerana ia adalah suatu kebaikan dan ia (Khilafah) akan menyebarluaskan kebaikan tersebut.
Namun, Khilafah memerlukan orang-orang yang bekerja untuk mendirikannya dan orang-orang yang memiliki kekuatan (ahlul quwwah) untuk menyokong orang-orang yang menyeru ke arahnya. Maka kami ingin berpesan:
1. Kami seru kepada anak-anak umat Islam: Bangkitlah untuk menyokong agama Allah dan bekerja untuk mendirikan Khilafah dengan kekuatan dan bersegeralah dalam menyahut seruannya. Dan jika kalian tidak melakukannya, maka ketahuilah bahawa kalian akan berdiri di hadapan Allah untuk diminta pertanggungjawaban atas perkara tersebut. Jadi, dapatkah kalian menjawabnya?
2. Dan kepada setiap individu yang memiliki kekuasaan dan kedudukan, kami berseru: Bantulah agama Allah sehingga kalian menjadi orang yang mulia di dunia dan akhirat, atau (sebaliknya) kalian akan berperang untuk melawan Allah dan menjadikan diri kalian sebagai penghalang bagi mencegah berdirinya Khilafah. Dan ketahuilah bahawa kalian tidak akan sesekali dapat menghentikan kekuasaan Allah dan Allah telah menghancurkan banyak golongan dengan kekuatan dan kekuasaanNya.
Wahai umat Islam! Isu Khilafah telah semakin jelas sebagaimana jelasnya matahari pada waktu tengah hari. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menyembunyikan tentang peri pentingnya perkara tersebut atau menolak kewajiban untuk berjuang bagi menegakkannya, apatah lagi untuk meragui khabar tentang terpenuhinya janji ini. Memang perkara ini sudah menjadi dambaan banyak pihak, baik secara umum mahupun individu-individu. Orang-orang yang baik mahupun yang jahat juga memberikan khabar yang sama tentang bakal berdirinya Khilafah. Kami daripada Hizbut Tahrir menyeru kalian untuk bekerja dan berganding tangan bersama-sama kami dalam menyelamatkan umat daripada cengkaman pemikiran, pengkhianatan, penghinaan dan ketaatan kepada (kuasa) Barat dan Timur, sehinggalah Khilafah itu datang dan umat Islam pun akan kembali menjadi umat yang terbaik yang dilahirkan dari kalangan manusia. Kami daripada Hizbut Tahrir berjanji kepada Allah untuk tidak berasa lelah atau menyerah sehinggalah Khilafah itu berdiri, insyaAllah.
Hizbut Tahrir tetap berjaga sehingga larut malam dan para anggotanya yang soleh serta amanah telah berkorban di samping berhadapan dengan para penguasa Muslim yang kejam demi mendirikan Khilafah dan menyatukan umat Islam agar mendukung berdirinya (Khilafah) kelak. Semua hasil pengorbanan tersebut kelihatan cemerlang dan bersinar di mana khabar tentang hampirnya fajar Khilafah itu semakin dekat dengan izin Allah. Jadi, bersama-samalah dengan Hizbut Tahrir agar kita berjaya di dunia ini dan mendapatkan keredhaan Allah itu adalah lebih bermakna daripada segala-galanya.
Osman Bakhach
Ketua Media Pejabat Pusat Hizbut Tahrir
Sumber : khilafah.com