Khalifah tiada, lagi penghina Nabi berani muncul
Tangan-tangan kotor ini tidak habis-habis cuba menghina Nabi Muhamad dan Isteri baginda yang menjadi Ibu kepada seluruh kaum Muslimin. [sila rujuk Berita Harian]
Penerbit novel tersebut Random House bercadang melancarkan novel tersebut pada 12 Ogos ini tetapi ditangguhkan kerana khuatir mendapat tentangan daripada umat Islam, buku terbitan Ballantine Books, berkisar pada peribadi isteri Rasulullah, Aisyah binti Abu Bakar, yang dimulakan dengan potongan prolog Aisyah yang terpisah daripada rombongan perang di tengah-tengah padang pasir dan kemudiannya difitnah melakukan hal yang tidak sepatutnya bagi seorang isteri Rasulullah dan Muslimah.
Menurut Jones, penulisan itu berdasarkan sejarah Arab yang pernah dipelajarinya. Dia menceritakan Aisyah berkahwin dengan Rasulullah saw ketika berusia enam tahun. Dan Rasulullah saw wafat dengan kepalanya terkulai di atas payudara Aisyah. Menurut Jones, “Mereka memiliki kisah cinta yang hebat. Dia (Rasulullah) meninggal dengan kepala di atas payudara Aisyah….Saya dengan sedar dan bebas menulis tentang Islam dan Muhammad dengan rasa hormat… Saya memimpikan buku saya itu akan menjadi jambatan (yakni Islam dengan Barat).”
Bagaimanapun, Jones, bermain dengan api apabila sirah nabi dan kehidupan rumah tangga baginda disuntik dengan fiksyen keterlaluan dengan menganggap Aisyah yang pada masa itu berusia 14 tahun, tidak berpuas hati dengan perkahwinannya dan kembali ke Madinah, hingga menimbulkan skandal kerana berada bersama-sama lelaki lain.
Pensyarah Sejarah Islam di Universiti Texas, Austin, Amerika Syarikat (AS), Denise Spellberg, mengkategorikan novel itu sebagai novel erotik (soft core pornography), selain bimbang terhadap tindak tanduk penerbit untuk pemasaran produk berkenaan. Tambahan Jones sendiri berbangga dengan tulisannya bahawa dia berhasil menghasilkan tulisan yang lucah walaupun tanpa adegan ranjang. Ini kerana novel itu mencampuradukkan antara sirah dan fiksyen, membandingkan novel tersebut dengan Memoirs of a Geisha.
Plot cerita pula dibuat secara biadab dengan menyebarkan fitnah jahat dengan menyimpulkan: ‘Berkahwin pada usia sembilan tahun kepada lelaki yang lebih tua, Muhammad, menggunakan kebijaksanaannya, semangatnya dan pedangnya untuk mempertahankan status isteri pertama meskipun Muhammad berkahwin lagi dan lagi sehingga 12 isteri dan gundik’. Spellberg berkata: “Saya memang tidak boleh menerima salah tafsir sejarah. Anda tidak boleh mempermain-mainkan sejarah suci dan kemudian mengubahnya kepada novel erotik.”
Jones berkata: “….Saya tentunya seorang penulis yang dahsyat kerana dapat menghasilkan buku lucah tanpa adegan seks….Buku ini adalah satu penceritaan munasabah setakat yang saya mampu ceritakan mengenai gundik Muhammad dan kehidupan peribadinya. Sudah tentu ia menyentuh seks tetapi tidak ada langsung adegan seks.”
Random House membayar AS$100,000 (RM345,000) untuk The Jewel of Medina dan novel kedua Jones [Sumber: Agensi]
Bagaimanapun, Ballantine Books yang menjadi sebahagian jabatan di bawah Random House, menarik balik The Jewel of Medina dari pasaran. Random House dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapat nasihat daripada pakar keselamatan dan sarjana Islam bahawa novel itu menyinggung umat Islam dan “ia mungkin mencetuskan reaksi ganas daripada sebahagian kecil yang radikal…Kami berasa mempunyai tanggungjawab untuk mengambil berat hal ini secara serius.”
Namun, pengarang novel itu nampaknya tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil, lalu cuba mencari penerbit baru yang bersedia menerbitkan novelnya. Jones dengan bebal berkata, “Saya tidak menerima sebagai ugutan dan begitu juga Random House. Mereka menerima ramalan serangan pengganas (hanya) daripada Spellberg.”
Apakah Jones memandang bahawa bila tidak ada ugutan kepadanya maka hal ini merupakan perkara yang perlu dia lakukan? Inilah yang dilakukan oleh Barat, satu bangsa yang tidak pernah belajar untuk hidup bertamadun, dan menghormati agama lain. Dalam satu masa mereka bercakap tentang ‘jambatan’ timur dan Barat, dalam masa yang sama mereka melakar sejarah hitam dengan umat Islam, mereka sering menghina Nabi kita dan Ibu kita. Jika ini yang mereka inginkan (menghina Nabi) maka jihadlah jawapannya.
Suatu ketika dahulu, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Dramanya bertemakan “Muhammad atau Kefanatikan”. Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan tersebut.
Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain. Mereka merencanakan untuk mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu, terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Uthmaniyyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, “Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!”. Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari ‘cakap besar’nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan [Lihat: Majalah al-Wa‘ie, No. 31, 2003].
Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali mati. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam.