Kita Benar-benar Memerlukan Khilafah untuk Menjaga Laut China Selatan
Kenyataan Media
Kita Benar-benar Memerlukan Khilafah untuk Menjaga Laut China Selatan
Isu Laut China Selatan kembali panas setelah berlakunya kebocoran maklumat membabitkan Nota Diplomatik dari Republik Rakyat China (PRC) kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing bertarikh 18 Februari lalu, yang mendedahkan republik itu telah membantah dan meminta Malaysia untuk menghentikan aktiviti penerokaan minyak dan gas di kawasan Beting Raja Jarum dan Beting Patinggi Ali di Kepulauan Spratly. Satu artikel yang terkait dengan dokumen tersebut telah diterbitkan oleh sebuah portal media Filipina pada 29 Ogos lalu. Kemudian pada 7 September lepas, sebuah Kapal peninjau tentera dan pengawal pantai China di kesan berlegar di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdekatan Sarawak. Kementerian Luar Negeri mengesahkan yang mereka telah mengambil maklum mengenai laporan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya sebelum ini bersetuju untuk berunding dengan China mengenai pertikaian kawasan di Laut China Selatan, suatu kenyataan yang telah lari dari dasar sedia ada Malaysia yang tidak mengiktiraf China sebagai pihak yang berhak menuntut kawasan tersebut. Negara-negara yang terlibat dalam pertikaian selama ini hanyalah Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei yang mempunyai pertindihan EEZ serta pentas benua. Di sebalik “amaran” daripada China, kerajaan Malaysia bagaimana pun telah mengeluarkan kenyataan yang proses penerokaan minyak dan gas di kawasan terbabit akan diteruskan. Pada masa sama, kerajaan mengesahkan yang Malaysia komited menyelesaikan sebarang isu secara aman menerusi konsultasi dan dialog dengan menggunakan platform sedia ada dan saluran diplomatik, tanpa pertelingkahan atau kekerasan. Insiden kehadiran kapal perang China di Laut China Selatan, khususnya di kawasan EEZ Malaysia telah berulang kali terjadi tanpa satu pun tindakan tegas daripada Malaysia. China tahu yang Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang lemah dan tidak ada apa yang perlu ditakuti. Atas dasar itu, tidak hairan jika China dengan “selamba” mencerobohi perairan Malaysia dari semasa ke semasa, malah ia pula yang memberi amaran kepada Malaysia agar tidak meneruskan aktiviti di kawasan EEZ Malaysia, yang ingin dimilikinya.
Respons Perdana Menteri Malaysia dalam isu ini sungguh aneh. Beliau ingin berunding dengan pihak yang ingin merampas wilayah kita! Bagaimana mungkin boleh ada rundingan dengan pihak yang tidak mempunyai hak ke atas sesuatu, apa lagi pihak tersebut dengan begitu aktif cuba merampas hak kita? Nampaknya inilah pendirian Anwar dalam isu kedaulatan wilayah kita, sama sebagaimana pendirian Anwar yang bersetuju dengan penyelesaian dua-negara terhadap Palestin – yakni bersetuju untuk berunding dengan si perampas, untuk menyerahkan sebahagian besar hak kita kepada si perampas! Kesediaan Anwar untuk berunding dengan China bukan sahaja menunjukkan kelemahan Malaysia, malah telah secara langsung memberi hak dan ruang kepada China untuk menuntut hak ke atas kawasan perairan Malaysia. Kelemahan yang ditunjukkan oleh Malaysia ini boleh membawa kepada penyerahan kawasan perairan Malaysia kepada China sebagai solusi kepada rundingan. Anwar cuba menjustifikasi tindakannya dengan melontarkan soalan, “Jika kita tidak mahu berunding, adakah kita mahu berperang (dengan China)?” Kenyataan ini sungguh bercanggah dengan ucapannya di malam sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini, di mana beliau telah menyalahkan kepimpinan Malaysia yang lepas akibat terlepasnya pulau Batu Puteh kepada Singapura. Beliau waktu itu dengan lantang menyatakan bahawa kita hendaklah mempertahankan walau sebutir batu dan seinci tanah kita daripada terlepas ke tangan asing. Beliau turut menyatakan yang hal ini tidak boleh dipandang enteng dan banyak negara berperang demi mempertahankan hak masing-masing. Persoalannya sekarang, apakah yang Anwar sedang lakukan dengan China jika begitu?
Anwar nampaknya cuba membangkitkan isu “ancaman perang” dari China, walaupun belum ada apa-apa kenyataan dari China ke arah tersebut. Justifikasi yang diberi Anwar seperti cuba melaksanakan konsep “menolak kemudaratan yang lebih besar dengan memilih kemudaratan kecil.” Melalui justifikasi seperti ini, mungkin Anwar berharap yang rakyat Malaysia dapat menerima tindakannya menyerahkan sebahagian perairan Malaysia kepada China satu hari nanti. Jika setiap kali penjajah ingin merampas hak kita, kemudian kita menawarkan rundingan, maka ini bukan sahaja bermaksud kita akan melepaskan wilayah kita kepada musuh, malah kita sebenarnya telah hilang maruah dan kejantanan. Jika begini keadaannya, seolah-olah kita sudah tidak lagi perlu mempunyai pasukan tentera untuk mempertahankan negara, kerana segala pencerobohan yang dilakukan oleh musuh boleh dirunding!
Memang benar yang China mempunyai kekuatan, yang dengan kekuatan itulah ia berani bertindak sewenangnya di Laut China Selatan tanpa menghiraukan hak negara-negara sekitar. Apa yang sebenarnya memberikan kelebihan kepada China bukanlah kekuatan itu semata-mata, tetapi kerana kelemahan dan pengkhianatan para penguasa kaum Muslimin. Kita (umat Islam) sebenarnya kuat dan memiliki jumlah tentera yang ramai dan berani. Namun, sekumpulan besar singa pastinya tidak akan bangkit apabila dipimpin oleh seekor anjing! Sejak runtuhnya Khilafah lebih 100 tahun yang lalu, umat Islam masih belum memiliki seorang Khalifah yang disebut oleh Rasulullah (saw) sebagai perisai, yang mana umat Islam akan berperang dan berlindung di belakangnya. Oleh sebab itulah, wilayah Islam telah diambil satu per satu dengan cukup mudah oleh pihak musuh.
Semasa pemerintahan Khilafah, telah terbukti dengan kekuatan tenteranya, ia menguasai sebahagian besar perairan dunia dan jalan-jalan laut yang utama. Negara-negara kafir tidak berani untuk mengangkat muka dengan Khilafah. Tentera laut umat Islam telah mula ditubuhkan seawal zaman Khulafa’ ar-Rasyidin. Manakala di zaman Khilafah Umayyah, Khilafah berjaya menamatkan dominasi kuasa tentera laut Rom, lalu meletakkan umat Islam sebagai satu-satunya kuasa laut di dunia, dengan kuasa kawalan dari Laut Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi, malah sehingga ke Lautan Hindi. Hal ini diteruskan oleh Khilafah Abbasiyyah dan kemudian Uthmaniyyah sesudahnya. Laluan perdagangan Timur-Barat dunia berada di bawah kawalan penuh Khilafah sehingga para pedagang Eropah terpaksa melalui wilayah Islam untuk sampai ke India dan China.
Malaysia akan selamanya kecil dan lemah selagi “terkurung” dalam negara-bangsa, dan dipimpin oleh pemimpin yang tidak punya cita-cita untuk menguasai dunia dengan Islam. Begitu jugalah dengan nasib umat Islam, yang tidak akan kembali menjadi umat yang terkuat dan terbaik selagi dipimpin oleh pemimpin yang bacul lagi khianat. Sesungguhnya sudah tidak ada cara lain lagi untuk kita kembali menjadi super power dunia dan menjaga wilayah kita, baik di daratan mahu pun lautan, kecuali dengan tegaknya al-Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah. Dengan kekuatan yang dimilikinya, dan dengan izin Allah (swt), Khilafah akan pasti mencapai kemenangan demi kemenangan dalam misinya menguasai Timur dan Barat dunia demi menyebarkan rahmat Allah (swt), sesuai dengan janji-Nya.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
Khamis, 09 Rabiul Awal 1446 H
12/09/2024 M
Ruj: HTM 1446 / 07
Press Release
We Really Need a Caliphate to Protect the South China Sea
The South China Sea dispute has resurfaced following the leak of a diplomatic note from the People’s Republic of China (PRC) to the Malaysian Embassy in Beijing, dated February 18. The note disclosed China’s objection and its demand that Malaysia cease oil and gas exploration activities in Beting Raja Jarum and Beting Patinggi Ali, areas within the Spratly Islands. An article related to this note was published by a Philippine media outlet on August 29. Shortly after, on September 7, a Chinese military and coast guard vessel was observed operating within Malaysia’s Exclusive Economic Zone (EEZ) near Sarawak. The Ministry of Foreign Affairs, while confirming its awareness of the situation, refrained from offering further comments.
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim recently expressed his willingness to engage in negotiations with China regarding the ongoing territorial dispute over the South China Sea. This stance represents a shift from Malaysia’s long-standing position, which rejects China’s claims in the region. The countries involved in the dispute – Malaysia, Vietnam, the Philippines, and Brunei – all have overlapping EEZ and continental shelf claims. Despite China’s “warning”, the Malaysian government has reaffirmed its commitment to continuing oil and gas exploration in the disputed area, while also emphasizing its dedication to resolving disputes through peaceful means, utilizing consultation and dialogue within existing diplomatic frameworks to avoid conflict. The recurring presence of Chinese warships in the South China Sea, particularly within Malaysia’s EEZ, has not elicited a significant response from Malaysia. China appears to perceive Malaysia as a relatively small and vulnerable country, and as a result, it is unsurprising that China occasionally intrudes into Malaysian waters, even going so far as to issue warnings regarding Malaysia’s activities in its own EEZ, which China claims.
The response of the Malaysian Prime Minister in this issue is perplexing. Anwar Ibrahim seeks to negotiate with a party intent on encroaching upon Malaysia’s territory! How can one justify negotiating with the party that has no legitimate claim, especially when it is actively undermining our sovereign rights? This approach seems to reflect Anwar’s stance on territorial sovereignty, echoing his position on the two-state solution for Palestine – negotiating with an aggressor and conceding significant portions of our rights. Anwar’s readiness to engage in negotiations with China not only underscores Malaysia’s weakness but also provides China with an opportunity to assert its claims over Malaysian waters. This display of vulnerability could lead to the concession of Malaysia’s territorial waters as a result of these negotiations. Anwar has attempted to justify his stance by posing the question, “Do we want war (with China) instead of negotiations?” This statement stands in stark contrast to his remarks during the recent Independence Day celebration, where he criticized past leadership for the loss of Batu Puteh Island to Singapore. Anwar strongly emphasized the importance of defending every inch of our territory against foreign encroachment, declaring that many nations have gone to war to safeguard their rights. The pressing question now is: what is Anwar’s approach with China?
Anwar seems to be underscoring “the threat of war” from China, despite the lack of any official statements from China to that effect. His rationale appears to follow the principle of choosing the “lesser of two evils” – avoiding greater harm by accepting a lesser one. Through this reasoning, he may be attempting to prepare Malaysians for the eventual acceptance of ceding some of Malaysia’s territorial waters to China. If aggressors continually infringe upon our rights, and we respond by offering negotiations, this not only signals a surrender of territory but also reflects a loss of dignity and strength. In such a scenario, the very existence of our armed forces becomes questionable, as any act of aggression would merely be met with negotiation!
It is true that China possesses significant power, allowing it to act with impunity in the South China Sea, often disregarding the rights of its neighboring countries. However, China’s dominance is not solely a result of its strength but also due to the weakness and betrayal of Muslim rulers. The Muslim Ummah is inherently strong, with a formidable and courageous military. Yet, a group of lions certainly cannot rise if led by a dog! Since the fall of the Caliphate over a century ago, the Ummah has been without a Caliph, whom the Prophet Muhammad (saw) described as a shield behind which the Ummah fights and is protected. As a result, Muslim lands have been vulnerable to enemy encroachment.
During the reign of the Caliphate, it was evident that its military power enabled it to dominate much of the world’s seas and key maritime routes. Non-Muslim states refrained from challenging the authority of the Caliphate. The establishment of a Muslim navy dates back to the time of the Righteous Caliphs. Under the Umayyads, the Caliphate dismantled the Roman navy’s supremacy, making Muslims the preeminent naval force globally. This dominance extended from the Mediterranean to the Red Sea, the Persian Gulf, and the Indian Ocean. This legacy was carried forward by the Abbasid and Ottoman Caliphates, who controlled trade routes linking the East and West, compelling European merchants to traverse Islamic lands to reach India and China.
Malaysia will remain small and weak as long as it confines itself to the nation-state framework and is ruled by leaders lacking the ambition to elevate Islam globally. The same applies to the Muslim Ummah, which will never regain its status as the strongest and most exemplary nation so long as it is led by cowardly and corrupt leaders. The only path to reclaiming our position as a global superpower and safeguarding our lands and waters lies in the re-establishment of the Righteous Caliphate upon the Method of Prophethood (al-Khilafah ar-Rashidah ala Minhaj Nubuwwah). With its strength and by Allah’s will, the Caliphate will achieve successive victories, dominating both East and West with Islam, thereby spreading His (swt) Mercy as He (swt) has promised.
Abdul Hakim Othman
Official Spokesperson of Hizb ut Tahrir
in Malaysia
Ref: HTM 1446 / 07
Thursday, 09th Rabi’ I 1446 AH
12/09/2024 CE