Kolokium HTM himpun Ilmuan dari pelbagai bidang

G 20KUALA LUMPUR 8 Februari – Seramai lebih kurang 50 orang Ilmuan Islam hadir dalam kolokium “Ulama dan Intelektual Islam” yang dianjurkan oleh HizbutTahrir Malaysia (HTM) hari ini. Kolokium yang membawa tema “Ulama dan Intelektual Islam Tonggak Penyatuan Ummah” itu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dan merupakan siri kedua dari 3 siri yang dirancang HTM.

Para tokoh dan Ilmuan dari pelbagai latar belakang seperti ketua-ketua NGO, pensyarah, korporat, pimpinan pelajar, imam-imam masjid, ahli politik, pendakwah bebas dan ramai lagi,diundang oleh HTM bagi menyuarakan pandangan masing-masing berhubung masalah yang dihadapi oleh umat Islam serta penyelesaian yang sepatutnya diambil.

Profesor Dr. Sharifuddin Md Zain dan Sdr TarmiziSalleh yang kedua-duanya merupakan AJK Pusat HTM membentangkan kertas kerja ringkas masing-masing sebagai pencetus kepada perbincangan. Walaupun wujud banyak perbezaan pendapat di sepanjang kolokium, namun ia berjalan dengan baik dan harmoni.

Sesi perbincangan digulung oleh Ustaz Abdul Hakim Othman yang menjawab beberapa persoalan semua peserta secara umum di samping menjelaskan bagaimana pendirian HizbutTahrir dalam mendiagnosis masalah umat serta penyelesaian wahyu yang wajib diambil oleh semua pihak. Ustaz Hakim yang juga Jurucakap HTM menjelaskan bagaimana sistem dan pemerintah yang ada sekarang yang melahirkan kerosakan besar kepada individu dan masyarakat serta perjuangan HizbutTahrir di seluruh dunia untuk menukar sistem yang rosak ini kepada sistem Islam di bawah naungan Khilafah.

Hakim seterusnya melahirkan harapan agar kolokium ini menjadi pembuka jalan kepada perbincangan sihat sesama Muslim dan seterusnya agar para peserta menyokong usaha baik antara satu sama lain serta menyokong perjuangan HizbutTahrir untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwah.

{gallery}/aktiviti-htm/kolokium-tokoh-kl{/gallery}