Komander Israel mengaku arah tembak rakyat Palestin









BAITULMAQDIS 1 Ogos – Seorang komander tentera Israel mengaku mengarahkan seorang tentera menembak seorang rakyat Palestin menggunakan peluru getah ketika mata dan tangan lelaki itu diikat, lapor sebuah televisyen Israel, Channel 10. 

Pegawai berkenaan, Leftenan Kolonel Omri memberitahu penyiasat bahawa ia secara melawak mengarahkan askar berkenaan menembak rakyat Palestin itu.
 
Menurut askar yang melepaskan tembakan itu, dia melepaskan tembakan tersebut setelah mendapat arahan daripada pegawai atasan.
 
Tindakan kejam berkenaan telah berjaya dirakam oleh kamera dari sebuah kumpulan hak asasi Issrael, B’Tselem, yang menunjukkan pegawai atasan itu telah memegang tangan lelaki Palestin itu, manakala seorang lagi askar sedang menghalakan senapang ke arah kakinya.
 
Omri berkata, dia tidak memberi arahan supaya lelaki itu ditembak tetapi mahukan askar terbabit mengacukan senapangnya kepada lelaki Palestin itu yang dikenali sebagai Ashraf Abu Rahma, 27, untuk menakut-nakutkannya.
 
Pihak tentera Israel melancarkan satu siasatan khas setelah rakaman tersebut disiarkan oleh televisyen Palestin dan Omri telah digantung tugas selama 10 hari selepas gagal dalam ujian menggunakan alat pengesahan penipuan.
 
– AFP
Sumber: Utusan Malaysia 02/08/08

Ulasan :

 
Sikap biadab tentera Israel bukan hanya dalam kes ini sahaja. Terlalu banyak bukti yang telah direkodkan, apatah lagi yang tidak direkodkan! Isu ini hanya diketengahkan setelah sebuah kumpulan hak asasi Israel, B’Tselem berjaya merakamkan aksi seorang tentera Israel menembak  Ashraf Abu Rahma, 27 yang matanya ditutup dan tangannya diikat dan video ini telah disiarkan di Siaran Televisyen Palestin. Setelah itu, barulah pihak tentera Israel kononnya menjalankan ‘siasatan’. Komander tentera Israel Leftenan Kolonel Omri memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia hanya bergurau supaya pemuda tersebut ditembak dengan peluru getah. Lihatlah kebiadaban mereka di mana perbuatan menembak umat Islam boleh dijadikan satu gurauan oleh kaum terlaknat ini. Ini dari satu aspek.
 
Dari aspek yang lain, tidakkah kita tertanya-tanya kenapa isu peluru getah ini terlalu diperbesarkan oleh ‘media Israel’ sendiri dan juga seluruh dunia amnya? Seolah-olah media Israel sangat ‘mengambil berat’ tentang seorang rakyat Palestin yang ditembak dengan peluru getah! Persoalannya, kenapakah selama ini sikap kejam tentera Israel membunuh penduduk Palestin, merobohkan rumah-rumah mereka, menghalau mereka dari penempatan dan sebagainya, tetapi didiamkan sahaja oleh kumpulan hak asasi mahupun media Israel? Oh! Alangkah baiknya kumpulan hak asasi dan media Israel yang sangat prihatin dengan nasib seorang rakyat Palestin yang ditembak dengan peluru getah!!! Dengan tersiarnya berita ini, dan Komander yang berkenaan digantung tugas selama 10 hari, maka dunia sekarang telah ‘dihebahkan’ dengan kebaikan Israel!!!
 
Dengan hanya tersiarnya satu video, dan Israel telah mengambil tindakan terhadap anggota tenteranya, maka baikkah Israel, boleh dipujikan Israel atau terpadamkah kejahatan yang mereka lakukan ke atas umat Islam selama ini? Walhal, kesan kebiadaban tentera Israel sehingga kini masih boleh dilihat dan dirasai oleh seluruh umat Islam, apatah lagi rakyat Palestin sendiri. Pembunuhan besar-besaran dengan cara yang penuh kejam yang berlaku di Sabra dan Shatila, walaupun peristiwa hitam ini telah berlalu lebih daripada 20 tahun masih dapat dirasakan hingga kini. Begitu juga seperti yang berlaku di Jenin pada tahun 2002 di mana peristiwa kekejaman Israel ini tidak pernah padam dari umat Islam.
 
Apa yang amat menyedihkan kita ialah sikap membisu dan berpeluk tubuh pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini. Mereka tidak pernah peduli berapa ramai sekalipun nyawa umat Islam yang melayang di tangan Israel, asalkan mereka hidup senang dan selamat. Sesungguhnya segala kejahatan Israel ini tidak akan berakhir sehinggalah tertegaknya Daulah Khilafah, apabila Khalifah nanti akan menghantar tentera-tenteranya untuk berjihad melawan golongan terlaknat ini. Umat Islam pastinya akan terbela dengan adanya seorang Khalifah yang akan melancarkan jihad menghancurkan Isreal.
 
Tahun ini (1429H), genaplah 87 tahun jatuhnya Daulah Khilafah Islam yang selama lebih 1300 tahun menjaga darah dan nyawa umat Islam di seluruh dunia. Justeru, marilah kita mengorak langkah bergabung bersama-sama dengan Hizbut Tahrir dalam perjuangannya untuk mewujudkan semula Daulah Khilafah demi mengembalikan kemuliaan umat Islam, mengalahkan musuh-musuh Islam serta akan membebaskan bumi umat Islam secara keseluruhannya.