Konferensi Khilafah Bangladesh: Hanya Satu Jalan, Khilafah!
Kerinduan umat terhadap Khilafah Islamiyyah terus bergelora di pelbagai negara. Anggaran 1000 orang kaum Muslimin Bangladesh dari pelbagai daerah menghadiri konferensi Rejab pada hari Jumaat (01/08/08) di National Press Club. Tema yang diutarakan ialah “Khilafah: Hanya Satu Jalan Memajukan Umat Islam”.
Aktiviti tersebut merupakan sebahagian dari kempen global Hizbut Tahrir untuk mengingatkan kaum Muslimin akan peristiwa runtuhnya Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924M). Gema takbir dari para peserta yang dihadiri oleh para pemuda dan juga orang-orang tua tersebut semakin menggelorakan semangat perjuangan Khilafah.
Penyelaras dan Jurucakap Hizbut Tahrir Bangladesh, Mohiuddin Ahme serta seorang lagi anggota kanan, Ahmed Jamal Iqbal menjadi penceramah pada konferensi tersebut. Konferensi ini dipimpin oleh Kazi Morshedul Haque dan para anggota Hizbut Tahrir, Maulana Mamunur Rashid, Mustafa Minhaz, Maulana Raqib, Mamunur Rashid Ansari, Zituzzaman Haque dan Kaieser Shahnawaz yang turut menjadi ahli panel dalam majlis tersebut.
Penceramah pertama, Ahmed Jamal Iqbal membentangkan tema “Sejarah gemilang kaum Muslimin di bawah Khilafah”. Beliau menjelaskan bahawa setelah Negara Khilafah didirikan di Madinah, bangsa Arab yang sebelumnya hidup dalam kegelapan berubah menjadi masyarakat yang berdasarkan pada keadilan. Menurutnya, Khilafah tidak hanya mencerahkan negeri Arab, namun cahayanya menyebar hingga ke pelbagai penjuru dunia mengalahkan empayar Rom dan juga Parsi dalam jangka waktu yang singkat. Kaum Muslimin memandang Khilafah sebagai sebuah kewajiban sementara non-muslim memandang hal itu sebagai keadilan dan membebaskan mereka dari perhambaan.
Sementara itu penceramah kedua, Mouhiuddin Ahmed menyampaikan tema berhubung “Krisis Kaum Muslimin Sekarang: Khilafah Satu Jalan ke depan”. Beliau menjelaskan bahawa dengan ketiadaan Khilafah, dengan mudahnya imperialis Barat memecahbelahkan umat Islam ke dalam pelbagai pecahan kecil dan memaksa para penguasa boneka seperti Musharraf, Karimov, Bashar, Mubarak, Karzai, Abbas dan Fakhruddin memperhambakan umat Islam.
“Kaum Muslimin hari ini terpecah-belah dan lemah hingga pada satu ketika di mana Amerika dan sekutunya melancarkan pencerobohan terhadap salah satu negeri Muslim atas nama ‘perang melawan pengganas, tidak ada seorang pun penguasa di dunia Islam yang dengan gagah beraninya berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin,” kata Mohiuddin Ahmed.
Beliau juga menegaskan bahawa Ideologi Kapitalis dengan slogannya, ‘kebebasan dan demokrasi’ yang diterapkan ke atas kaum Muslimin hari ini tidak ada kebaikan sedikit pun dari penerapannya.
Kelihatan para peserta begitu bersemangat mengikuti konferensi yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Bangladesh ini. Setiap ruangan dipenuhi para hadirin malah para peserta terpaksa berdiri hingga ke luar dewan.