Krisis Nuklear Bukan Penghalang Untuk Mengusai Kuasa Nuklear

 
Kabinaet belum putuskan bina Loji Nuklear

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan cadangannya untuk membina dua loji kuasa nuklear akan dibuat selepas Kabinet menilai kertas kerja yang akan diserahkan kepada Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata sama ada cadangan rancangan itu diteruskan atau tidak, bukan beliau yang memutuskannya.

“Kabinet yang akan memutuskannya. Kami perlu menunggu laporan yang akan dibentangkan kepada Kabinet,” katanya.

Chin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan basikal elektrik yang dikeluarkan oleh Eclimo Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan beliau, Chin berkata penggunaan pakai teknologi hijau penting kerana ia merupakan satu-satunya cara bagi mencapai pembangunan dan pertumbuhan mampan.

Beliau berkata kerajaan merasakan teknologi hijau memainkan peranan penting dalam menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada perubahan iklim.

“Teknologi hijau adalah tindakan proaktif terbaharu kerajaan untuk merangsang industri dan institusi untuk menjadi penginovasi eko-teknologi dalam bidang reka bentuk eko, bahan material eko, produk dan perkhidmatan eko serta teknologi hijau karbon rendah,” katanya.
Beliau berkata kementeriannya ketika ini sedang menyediakan Pelan Hala Tuju Prasarana Kenderaan Elektrik dan Program Kenderaan Ujian Armada di Putrajaya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Chin berkata memperkatakan tentang ”inisiatif hijau” tidak akan lengkap tanpa menangani isu-isu kecekapan tenaga.

“Justeru di bawah Pelan Induk Kecekapan Tenaga, kerajaan menyasar kecekapan tenaga dalam sektor pengangkutan.

“Saya percaya inisiatif yang diambil akan menyediakan persekitaran kondusif bagi pembangunan kenderaan elektrik dalam sektor pengangkutan termasuk basikal elektrik,” katanya. – BERNAMA

 
Sumber : Berita Harian Online, 16/03/2011

Krisis Nuklear Bukan Penghalang Untuk Mengusai Kuasa Nuklear

Jika tenaga nuklear digunakan oleh negara-negara barat seperti Amerika, Perancis, Russia dan Jepun serta Korea, ia bukanlah satu isu. Tetapi ia akan menjadi isu besar apabila ada negara umat Islam yang ingin memajukan penjanaan tenaga nuklear seperti di Iran. Jadi, jika Malaysia ingin memajukan penjanaan tenaga Nuklear, ia sudah tentu akan menjadi tumpuan. Isu keselamatan yang digembar-gemburkan sebenarnya bersifat relatif kerana menurut pakar tempatan, pembinaan sesebuah loji nuklear mesti mengikut langkah keselamatan yang ketat. Apa yang menjadi halangan ketika ini ialah tekanan daripada pihak luar. Tanpa kita disedari, di sebalik ancaman-ancaman yang menghalang pembinaan loji nuklear itu terkandung sifat kebencian barat ke atas umat Islam.

Kita dimomokkan dengan isu keselamatan di dalam penjanaan tenaga nuklear untuk keperluan dalam negara walhal negara-negara barat tidak ambil peduli tentang isu tersebut bahkan mereka sendiri terus menggunakan tenaga nuklear untuk keperluan masing-masing. Lupakah kita dengan krisis tenaga  yang melanda negara sekitar tahun 1973 sehingga kerajaan Malaysia ketika itu telah pun mengambil keputusan untuk membina 3 buah loji nuklear di Johor, Selangor dan Perak. Namun, segalanya terhenti apabila Malaysia menemui rizab bahan minyak dan gas pada masa itu. Jika tidak kerana penemuan minyak dan gas, sudah tentu kita sudah mempunyai 3 buah loji nuklear pada masa ini. Jadi, umat Islam harus sedar bahawa mereka harus keluar daripada cara berfikir barat agar mereka dapat melihat segala penipuan dan kerosakan yang telah dan sedang dilakukan oleh kuffar barat ke atas mereka. Pembinaan loji nuklear sebenarnya amat baik dari segi ekonomi kerana ia amat menjimatkan di samping mesra alam. Jadi kos daripada minyak dan gas yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik selama ini dapat disalurkan untuk kepentingan rakyat. (catatan: Penjanaan elektrik bagi Malaysia menggunakan 90 peratus minyak dan gas serta hidroelektrik 10 peratus). Jadi, sebagai umat Islam, kita mesti berfikir dengan cara berfikir Islam agar kita mampu membongkar perancangan jahat barat. Tolak Sekular, terapkan Islam!