Laungan Khilafah Menggegarkan Benua Australia
Semua ahli jawatankuasa penganjur sudahpun mempersiapkan segala keperluan bagi menyambut ketibaan hari Konferens Khilafah 2010 di Australia ini. Bahkan, pihak HT Australia juga telah menerbitkan sebuah video promosi yang dibuat secara profesional untuk menjayakan program tersebut.
Menurut ahli jawatankuasa, Konferens Khilafah ini akan dihadiri oleh ahli panel tempatan dan juga antarabangsa, tayangan video, pameran dan acara-acara lain. Konferens Khilafah ini akan diadakan pada hari Ahad, 4 Julai 2010, bertempat di Grand Westella, 12 Bridge St, Lidcombe, Australia.
Beberapa tajuk yang akan dibincangkan, antaranya adalah “Islam di bawah serangan di Barat”, “Pengharaman Niqab: Perbentuan Identiti”, “Pemerintah Australia dan Perang terhadap Islam”, dan lain-lain. Maklumat lanjut tentang acara ini boleh dilayari melalui laman web berikut: http://hizb-australia.org/conference-2010.
Jika di Barat dakwah Islam semakin aktif, mengapakah umat Islam harus masih berbangga dengan budaya barat? Sudah sampai masanya kaum Muslimin bersatu di bawah naungan Khilafah.
Sumber : www.syabab.com