Mahkamah Syariah Bebaskan Anggota Hizbut Tahrir Daripada Tuduhan Menghina Fatwa

Selepas lebih lima tahun dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, seorang anggota Hizbut Tahrir, Azmi Rahman bin Mat Zuini, 55 telah dibebaskan pada 11/10/2023. Azmi didakwa di bawah Seksyen 12 (c) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atas kesalahan menghina perintah Mufti kerana bertindak bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan terhadap Hizbut Tahrir. Beliau ditahan pada 14/04/2017 oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejurus selepas selesai mengedar risalah keluaran Hizbut Tahrir. 

Mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Azmi adalah void ab initio (terbatal dari awal) kerana pendakwa gagal, sebelum memulakan pendakwaan, untuk mengemukakan kebenaran bertulis daripada Ketua Pendakwa Syarie, sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 73 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. 

Kami bersyukur kepada Allah (swt) atas keputusan ini dan kami menyatakan dengan tegas dan jelas bahawa apa pun keputusan mahkamah, fatwa terhadap Hizbut Tahrir sesungguhnya merupakan sebuah fatwa politik yang penuh dengan fitnah, pendustaan, penyelewengan dan kekeliruan terhadap Hizbut Tahrir. Kami telah menyangkal fatwa tersebut melalui buku Bantahan Rasmi kami bertarikh 28/06/2016 yang telah pun diserahkan kepada Pihak Berkuasa Agama Selangor, dan ia masih tidak berjawab sehingga kini, dan dengan izin Allah (swt) ia akan kekal tidak berjawab sehingga kiamat! 

Kami yakin bahawa bukan sahaja dalam kes ini, tetapi juga dalam kes-kes lain yang sedang berjalan yang melibatkan anggota Hizbut Tahrir di seluruh Malaysia, sekiranya para hakim berpegang teguh dengan kebenaran, maka mereka sudah pasti akan menyampaikan keputusan dengan berpihak kepada pihak yang benar, bukan kepada pihak yang melakukan fitnah, pendustaan dan penyelewengan. Namun, jika keputusan mereka adalah sebaliknya, maka kami serahkan urusan mereka kepada Allah (swt) kerana Dialah Sebaik-baik Pembalas. 

Kami ingin menegaskan bahawa walau apa pun keputusan mahkamah atau berapa banyak sekali pun kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh anggota Hizbut Tahrir, kami akan tetap meneruskan usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah. Apa pun rintangan yang melanda, perjuangan kami untuk menegakkan agama Allah (swt) dan untuk menegakkan kembali Khilafah tidak akan pernah pudar, apatah lagi terhenti. Sesungguhnya, kami sedang melihat dengan jelas bahawa kemunculan Khilafah untuk kedua kalinya, yang sedang kami usahakan, sudah sangat dekat dan urusan (kembalinya Khilafah) itu sangat mudah bagi Allah (swt).  

 

Pejabat Media 

Hizbut Tahrir Malaysia

Jumaat, 28 Rabiul Awal 1445 H
13/10/2023 M
Ruj: HTM 1445 / 01


Press Release

The Shariah Court Releases a Member of Hizb ut Tahrir from the Charge of Insulting the Fatwa

After more than five years of trial in the Lower Shariah Court, Shah Alam, a member of Hizb ut Tahrir, Azmi Rahman bin Mat Zuini, 55, has been released on 11/10/2023. Azmi was charged under Section 12 (c) of the Shariah Criminal Offences (Selangor) Enactment 1995 for the offence of insulting the Mufti’s order by acting in contrary to a fatwa issued against Hizb ut Tahrir. He was arrested on 14/04/2017 by a group of enforcement officers from the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) soon after he finished distributing leaflets belonging to Hizb ut Tahrir.

The court held that the charge against Azmi was void ab initio (null from the beginning) since the prosecutor failed, before prosecuting, to tender a written consent from the Sharie Chief Prosecutor, as required by Section 73 of the Shariah Criminal Procedure (State of Selangor) Enactment 2003.

We thank Allah (swt) of the decision and we say emphatically and without reservation that whatever the court’s decision had been, the fatwa against Hizb ut Tahrir is a political fatwa that is full of defamation, fabrication, distortion and confusion against the party. We have rebutted the fatwa through our official Objection Booklet dated 28/06/2016 which has been handed over to the Selangor Religious Authority, and it remains unanswered until now, and by the Will of Allah (swt) it will remain unanswered until the Day of Judgment!

We are certain that not only in this case, but in any other ongoing cases involving the members of Hizb ut Tahrir throughout Malaysia, should the judges adhere to the truth, they will deliver their decisions in favor of the righteous party, not to the one that commits defamation, fabrication and distortion. If their decision is otherwise, then we leave their matter to Allah (swt) for He is the Best Avenger.

We would like to stress that notwithstanding the court’s decision, or the number of court cases the members of Hizb ut Tahrir are currently facing, we will continue our works to resume the Islamic way of life by re-establishing the Righteous Caliphate upon the method of the Prophethood. Whatever obstacles befall us, our works in upholding the Deen of Allah (swt) and in re-establishing the Caliphate will never diminish, let alone be halted. Indeed, we are seeing very clearly that the coming the second Caliphate that we work on, is just around the corner and this matter is very easy for Allah (swt) to achieve.

Media Office of Hizb ut Tahrir

in Malaysia

Friday, 28th Rabi’ I 1445 AH
Ref: HTM 1445 / 01
13/10/2023 CE