Majlis Iftar Bersama Syabab Hizbut Tahrir Di Surau Nur Khalid, Sungei Buloh

SG BULOH 4 SEPT– Ahli kariah Surau Tana Mera, telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama Syabab Hizbut Tahrir Malaysia. Program ini dimulai dengan Majlis Berbuka secara sederhana dengan penduduk tempatan. Kemudian dikuti dengan solat Maghrib dan solat Sunat Rawatib, kemudian jemaah berehat seketika menunggu Isyak.

Seusai solat Isyak dan Rawatib, jemaah kemudian melakukan solat sunat Tarawih bagi menghidupkan malam Ramadhan. Sesi Tazkirah pula diselitkan di antara solat Tarawih 4 rakaat, giliran kali disampaikan oleh Ustaz Umar Hussein yang membincangkan tentang beberapa perkara berkenaan bulan Ramadhan. Seperti yang kita ketahui, bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan diberkati, yang mana pintu rahmat, keampunan dan keberkatan dibuka seluas-luasnya oleh Allah SWT.

Ustaz Umar menyeru agar umat Islam meraih peluang ganjaran yang telah Allah SWT bentangkan kepada kita (umat Islam) di bulan yang mulia ini. Di sisi lain, beliau juga memberi gambaran, bagaimana umat-umat terdahulu menjalani bulan Ramadhan dengan pelbagai kemuliaan. Banyak peristiwa besar pernah berlaku di bulan Ramadhan, antaranya adalah kemenangan kaum Muslimin di Perang Badar Al-Kubro, Futuhat Mekah, Pembebasan Masjid Al-Aqso, Peperangan  Ain Jalut dan banyak peristiwa lainnya yang termasuk di dalamnya adalah peristiwa Nuzul Al-Quran.

Dengan sedikit gambaran berkenaan peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di atas, Ustaz Umar menegaskan bahawa pada saat ini umat Islam perlu sedar bahawasanya kita bukan setakat perlu meningkatkan kualiti ibadah ruhiyah sahaja, bahkan kita juga harus meningkatkan kualiti pemikiran dan kesedaran tentang Islam dalam segala aspek. Pada saat ini, umat Islam di Malaysia memang tidak diserang dengan bentuk fizikal sepertimana yang berlaku di belahan bumi umat Islam lainnya seperti di Afghanistan, Iraq, Palestin, Bosnia, Chehchnya dan lainnya. Tetapi, umat Islam perlu sedar bahawasanya serangan yang tidak pernah henti-hentinya dilakukan oleh musuh-musuh Islam adalah serangan dalam bentuk pemikiran dan budaya. Serangan dalam bentuk pemikiran dan budaya inilah yang membuatkan umat Islam semakin mundur dan terbelakang dalam segala aspek, sekali gus membuatkan umat Islam jauh meninggalkan ajaran Islam secara kaffah. Justeru itu, Ustaz Umar menyeru agar umat Islam segera meningkatkan kesedaran dan pemikiran Islam yang murni di samping tuntutan ibadah yang hendak diraih di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Selesai sesi tazkirah jemaah kemudian menyambungkan semula solat terawih mereka, kemudian solat sunat witir. Kemudian syabab-syabab HTM dijemput untuk menikmati juadah ‘moreh’. Di samping itu Majlis Taddurus Al-Quran bermula. Pihak HTM ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada Ahli Qariah Surau Nur Khalid, terutamanya Tuan Pengerusi.

alt

alt

alt

alt

alt

alt