Majlis Iftar Ramadhan syabab HTM bersama ahli qaryah Masjid Al Islah, Kajang
Seawal 6.15 petang pada 18 Ramadhan 1429H, bersamaan 18 September 2008, para pemuda (syabab) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mula memasang bahan pameran di ruang legar Masjid Al Islah, Kajang. Kerja- kerja pemasangan siap sepenuhnya kira- kira setengah jam kemudian sebelum para jamaah Masjid Islah mula tiba di masjid dan menyaksikan bahan- bahan pameran. Majlis Iftar Ramadhan bermula apabila azan Maghrib dilaungkan dan para jamaah bersama- sama para syabab HTM berbuka puasa. Setelah berbuka, solat Maghrib secara berjamaah didirikan dan selepas itu, Pameran Khilafah disambung semula. Sambutan daripada pengunjung ke bahagian pameran sangatlah menggalakkan dengan semua mereka memberi respon yang sangat positif terhadap usaha yang dijalankan itu. Pameran Khilafah tersebut mengisahkan tentang zaman Awal Kemunculan Islam, Zaman Kebangkitan, Zaman Kemunduran, Zaman Kesengsaraan dan Zaman Kebangkitan semula umat Islam di seluruh dunia yang sama- sama menyeru agar Khilafah yang kedua kalinya berdiri semula. Selain itu, tayangan video dan pemeran buku- buku Islami turut diadakan.Tazkirah berakhir sekitar pukul 10.30 malam dan jamuan moreh disediakan untuk semua yang hadir. Di kesempatan ini, HTM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Masjid Al Islah kerana memberi keizinan kepada syabab HTM menganjurkan majlis Iftar Ramadhan kali ini. Diharap agar kerjasama sebegini akan terus diperbanyakkan di kemudian hari, agar ukhuwah Islam semakin erat dan kesedaran Islam di kalangan umat pada masa sekarang semakin tersebar luas.