Majlis Iftar bersama MHTM Muar di Tangkak, Johor, Meriah

altPada Hari Sabtu 12 September 2009, bersamaan 22 Ramadan 1430H, MHTM Muar telah mengadakan Majlis Ifthar bersama pelajar-pelajar Institusi pendidikan di sekitar kawasan Ledang dan juga bersama penduduk setempat.  Majlis yang di adakan di D’Anjung Inn bermula kira-kira jam 6 petang dengan bacaan ayat suci Al Qur’an oleh adik Siti Hajar dan seterusnya tayangan video yang memperkenalkan  HIzbut Tahrir dan aktiviti-aktivitinya.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Tazkirah Takbir Kemenangan yang disampaikan oleh Ustazah Khadijah Bt Wan Mohd Ghazali. Ustazah Khadijah telah membentangkan peristiwa-peristiwa kemenangan kaum muslimin di bulan Ramadan seperti peperangan Badar, peristiwa Wadi Al-Qura’, Fathu Makkah, kemenangan ke atas Tentera Salib Di Eropah, perang A’in Jalut dan juga bagaimana Salahuddin Al Ayubi membebaskan Jerusalem daripada tentera Salib.

Ustazah Khadijah juga telah berjaya mencetus idea yang umat Islam hari ini perlu memahami hakikat sebenar kemenangan di bulan Ramadan dan bagaimana untuk menyambut Syawal yang bakal menjelma.  Umat Islam perlu berfikir yang dengan ketiadaan Khilafah membuatkan umat Islam lebih terfokus kepada maslahat individu .  Ustazah juga memberi penekanan yang Khilafah wajib ditegakkan demi keberlangsungan Islam di muka bumi.

MHTM mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang hadir.  Jutaan terima kasih juga kepada AJK yang terlibat secara langsung ataupun tidak sebelum ataupun selepas majlis.  Semoga segala usaha kita untuk menegakkan Khilafah  ‘ala min haj annubuwwah untuk yang kedua kalinya akan berhasil.  Ameen.

alt

alt

alt