Majlis Iftar Ramadhan syabab HTM bersama ahli qaryah Surau Al Islahiyyah Jalan Sen Peng, KL
Dalam tazkirah tersebut, kedua- dua penceramah mengingatkan kepada semua yang hadir agar menghayati penurunan Al- Quran (Nuzul Al Quran) dimana penurunan Al- Quran bukanlah hanya sekadar penurunan ayat- ayat Allah sahaja, tetapi segala isi kandungannya perlulah di amalkan dan diterapkan. Tazkirah selesai setelah lebih kurang 1 jam dan solat tarawikh dan witir secara berjemaah didirikan. Setelah itu, jamuan moreh diadakan diperkarangan surau disamping turut diadakan pameran Khilafah oleh para syabab HTM.
Berkesempatan dengan ini juga, pihak HTM ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada AJK surau kerana mengizinkan para syabab HTM mengadakan majlis berbuka puasa ini. Juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis yang serba ringkas ini mampu menyuntik semangat kepada umat disekeliling kita agar sama- sama memperjuangkan apa yang terdapat di dalam Al- Quran, dan bukan hanya sekadar dijadikan bahan bacaan semata- mata.