Majlis Iftar Ramadhan syabab HTM di Surau Al Ikhlas, Bandar Baru Bangi
Majlis bermula apabila azan Maghrib dilaungkan dan para tetamu dan syabab HTM yang hadir berbuka puasa dengan makanan ringan sebelum solat Maghrib secara berjemaah. Selepas itu, barulah para jemaah menikmati hidangan yang agak berat. Antara Maghrib dan Isyak, diadakan pameran Khilafah diperkarangan surau tersebut. Selepas solat Isyak dan tarawikh, para hadirin dihidangkan pula dengan sedikit tazkirah ringkas daripada Dr. Muhammad dari HTM yang menyampaikan tazkirahnya berkaitan dengan kebangkitan umat Islam serta sedikit sebanyak memperkenalkan Hizbut Tahrir kepada jemaah yang hadir.