Malaysia Meraikan Jubli Emas Untuk Institusi Mungkar Terbesar Negara
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Parlimen Malaysia akan mengadakan jamuan makan malam sempena sambutan jubli emasnya pada 15 Oktober ini. Unit Korporat Parlimen Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata, majlis akan berlangsung pada pukul 8.30 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sehubungan itu, semua bekas ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang belum menerima jemputan rasmi ke majlis tersebut diminta menghubungi unit berkenaan di talian 03-20797329/7330/7105 sebelum 1 Oktober ini bagi tujuan jemputan. – Bernama
Sumber: Utusan Malaysia 21/09/10
Institusi Mungkar Yang Paling Besar Dan Negara Akan Meraikan Jubli Emasnya.
Ini bermakna Parlimen Malaysia sudah menjangkau usia 50 tahun penubuhannya. Suatu tempoh masa yang cukup panjang untuk membuktikan betapa berjayanya pihak penjajah menanamkan suatu konsep pemerintahan yang bertentangan dengan Islam, di dunia dan wilayah umat Islam sehingga ke saat ini. Parlimen adalah merupakan institusi di dalam sistem demokrasi yang dianggap paling suci. Disitulah berkumpulnya ahli-ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dalam suatu pilihanraya demokrasi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang yang akan diterapkan di tengah-tengah kehidupan masyarakat. Inilah sebabnya demokrasi itu merupakan suatu bentuk kemungkaran yang paling besar – kerana ia adalah suatu sistem pemerintahan yang mengambil alih hak Allah SWT sebagai musyarri’, iaitu sebagai pembuat hukum sedangkan Allah SWT berfirman: ”Hak menetapkan hukum itu hanyalah milik Allah”. [TMQ Yusuf (12) : 40].
Di sinilah letaknya kebatilan dan kekufuran sistem demokrasi yang sedang berdiri kukuh di negeri-negeri umat Islam saat ini hasil dari makar yang dilakukan oleh negara-negara Kapitalisme yang menjajah wilayah umat Islam selama ini. Malangnya, ramai di kalangan umat Islam hari ini yang tidak peduli malahan tidak ambil pusing langsung dengan kebatilan demokrasi ciptaan manusia ini. Apa yang lebih teruk lagi ialah apabila ada di kalangan umat Islam yang tertipu dengan permainan demokrasi ciptaan kufur barat ini, sehingga ada yang sanggup melaungkan slogan ”Selamatkan Demokrasi, Tegakkan Keadilan”. Bukankah Rasulullah SAW dibangkitkan di tengah-tengah masyarakat Arab untuk menggantikan sistem jahiliyyah amalan mereka dengan sistem Islam? Apakah kita sanggup untuk kembali kepada kejahiliyahan? Sila lihat:
SN186 – DEMOKRASI: SISTEM KUFUR YANG MELAHIRKAN I.S.A.
SN182 – MUNTAHAN DEMOKRASI DI PERAK!
SN049 – PILIHANRAYA : Sampai Bila Akan Menjadi Topeng Demokrasi