Malaysia selamatkan Gaza dengan resolusi hebat!

KUALA LUMPUR 12 Jan. Sebanyak 10 usul dikeluarkan pada Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai kekejaman rejim Zionis di Gaza, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Berikut adalah lima daripada sepuluh resolusi yang dikeluarkan.

– Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan serta-merta satu tribunal jenayah antarabangsa bagi menyiasat dan mendakwa penjenayah perang Israel yang terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.

– Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza;

– Menggesa Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan meluluskan penempatan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;

– Menggesa Perhimpunan Agung PBB mengadakan sesi tergempar khas Uniting For Peace di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menguatkuasakan ketetapan yang diputuskan pada 8 Januari 2009;

– Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

Sumber: Utusan Malaysia 13/01/2009

Ulasan :

Inilah kehebatan Malaysia di dalam menyelesaikan masalah Palestin. Malaysia memang hebat di dalam mesyuarat, bersidang dan mengeluarkan resolusi, hatta di kala umat Islam sedang disembelih di Gaza, Malaysia mampu mengeluarkan 10 resolusi yang amat menakutkan Israel. Di saat lebih 1000 nyawa umat Islam melayang dek peluru dan bom Israel dan nyawa mereka berada di hujung senapang tentera Zionis, pemimpin Malaysia dengan hebatnya bersidang di dalam dewan yang penuh megah memakai baju yang mahal-mahal untuk ‘membantu’ mereka. Di saat umat Islam di Gaza sedang bermandi darah dengan bedilan roket dan peluru yang melayang di sekeliling mereka, pemimpin Malaysia pergi dan balik ke Parlimen dengan kereta mewah untuk mengeluarkan sekeping kertas (resolusi) bagi ‘menyelesaikan’ masalah umat Islam di Gaza.

Di dalam para pemimpin ini kononnya bersimpati dan berusaha menyelesaikan masalah Gaza, mereka langsung tidak mahu mengambil kira penyelesaian dari Islam. Penyelesaian Al-Quran dan Al-Hadis langsung mereka belakangkan. Mereka hanya berminat untuk menghantar ‘resolusi’, bukannya tentera, ke Israel bagi menyelamatkan nyawa umat Islam. Alangkah selamatnya nyawa umat Islam dengan resolusi yang akan mereka hantar!.

Apakah para pemimpin ini merasakan penyelesaian akal mereka lebih baik dari penyelesaian yang Allah berikan di dalam Al-Quran, sehingga mereka langsung membelakangkan ayat-ayat Allah?  Bukankah Allah telah berfirman-

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu…” [TMQ al-Baqarah (2):190]

“Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah[. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.  [TMQ al-Anfal (8):39]

“Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman” [TMQ at-Taubah (9):14].

Dan banyak lagi ayat-ayat lainnya yang mana Allah perintahkan agar memerangi orang-orang kafir yang sedang memerangi umat Islam. Bukankah sekarang golongan Yahudi laknatullah sedang memerangi umat Islam di Gaza? Kenapakah para pemimpin ini membelakangkan al-Quran? Sungguh azab Allah sedang menanti mereka disebabkan mereka tidak mengambil akan hukum-hukum Allah. Di saat umat Islam ‘diperangi’, mereka sibuk mengeluarkan resolusi!!!

Sesungguhnya para pemimpin ini telah menghilangkan hukum jihad yang telah diwajibkan oleh Allah. Dalam keadaan ini, adalah wajib bagi pemimpin untuk melancarkan jihad ke atas Israel bagi menyelamatkan umat Islam yang sedang diperangi. Islam mengajar penganutnya supaya tidak menjadi dayus, pengecut dan bacul. Di dalam Islam telah termaktub dalam kitab Fiqh bahawa terdapat dua jenis jihad iaitu jihad defensif dan jihad ofensif. Telah dijelaskan bahawa jika satu negeri  kaum Muslimin diserang oleh kaum Kuffar maka kewajipan kepada semua penduduk negeri tersebut bangkit untuk mempertahankannya. Jika mereka tidak mampu maka kewajipannya adalah jatuh kepada Negara-negara  yang berjirannya, dan kalau tidak mampu maka kewajipan tersebut terkena kepada kaum Muslimin di seluruh dunia. Hal ini telah disepakati oleh jumhur ulama kaum Muslimin sama ada dari sunni mahupun dari Syiah.

Palestin adalah masalah tanah umat Islam yang dirampas. Israel merampas Palestin dengan mencerobohnya dan menubuhkan negara haram mereka dengan pengesahan dari PBB. Israel seterusnya telah berjaya menguasai tanah suci umat Islam ketiga ini dan mereka sejak itu tidak pernah berhenti menumpahkan darah saudara-saudara kita di Palestin. Inilah fakta nyata yang terjadi di Palestin.

Maka 3 perkara penting yang mendesak dilakukan sekarang adalah:-

Pertama: Pemimpin kaum Muslimin hendaklah mengisytiharkan perang (jihad) ke atas Israel dan golongan Yahudi yang memberikan bantuan untuk Israel terutamanya dari puak Zionis. Mereka hendaklah segera menggerakkan tentera ke Gaza tanpa berlengah sedikit pun. Setiap kelengahan dan kelalaian, bererti mereka telah menanggung dosa demi dosa.

Kedua: Menggesa Negara-negara bersempadan dengan Palestin Israel terlebih dahulu melakukan jihad kepada Israel dengan kekuatan tentera mereka. Mesir, Jordan, Lebanon dan Syria hendaklah membuka sempadan untuk kemasukan tentera dan pemindahan orang yang tidak berdosa ke negeri-negeri tersebut. Jika mereka tidak melakukan demikian mereka telah melanggar ketetapan Allah dan RasulNya. Tindakan mereka ini juga telah menodai kehormatan tanah suci Palestin yang perlu mereka bela.

Ketiga: Negara-negara kaum Muslimin dan pemimpin kaum Muslimin di seluruh dunia hendaklah membuka sempadan mereka dan membiarkan kemasukan sukarelawan Mujahidin dari Indonesia, Malaysia, Bangladesh, India, Pakistan dan lain-lain negara yang sebenarnya siap untuk turun ke medan jihad untuk membebaskan Palestin. Pemimpin-pemimpin negara-negara juga perlulah bersiap sedia untuk memberikan bantuan dari segi senjata, pengangkutan dan latihan ketenteraan kepada mereka jika mereka  memerlukannya.

Inilah perkara yang perlu dilakukan, bukannya dengan mengeluarkan resolusi kosong yang hanya menambahkan angka korban di bumi berkat itu. Setelah ketiga-tiga perkara itu dilakukan, barulah para pemimpin boleh berhujah bahawa mereka telah berusaha menyelamatkan Palestin. Jika sekadar mengeluarkan resolusi untuk mengabui mata rakyat bahawa mereka kononnya sudah bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah Palestin, maka hujah mereka ini akan pasti tidak akan menjadi penyelamat mereka di padang mahsyar kelak.