Marhaban ya Ramadhan al-kareem..Ittaqullah ya Qaumal Muslimin

 

altKaum Muslimin yang dikasihi..

Esok (Sabtu – 22 Ogos 2009) kita akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan. Bulan yang penuh berkah. Bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah SWT menjadikan puasa sebagai fardhu dan solat malamnya sebagai tathawwu’. Bulan yang

siapa sahaja mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunat, maka ia beroleh pahala sebagaimana mengerjakan fardhu di bulan yang lain; dan barang siapa melakukan fardhu, samalah ia dengan mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan yang lain.

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa kepada seluruh kaum Muslimin. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana masih dilanjutkan usia hingga tahun ini, di mana sempat sekali lagi kita menunaikan rukun iman yang ketiga ini. Ia tentunya satu kurniaan yang besar yang harus kita hargainya dengan bersyukur sebanyak-banyaknya dengan melipat gandakan ibadat serta usaha kita di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Ramadhan adalah bulan ruhiyah dan bulan perjuangan. Ramadhan semestinya diisi dengan pengorbanan di jalan Allah. Semasa berpuasa, setiap muslim dituntut untuk berkorban dengan menahan rasa lapar dan dahaga demi meraih ketakwaan. Tidak cukup dengan pengorbaban lapar dan dahaga, malah setiap Muslim juga wajib berkorban apa sahaja demi meraih tingkat ketakwaan yang tertinggi di sisi Allah, kerana semulia-mulia manusia adalah mereka yang paling bertakwa kepada Rabbnya. Justeru, pengorbanan apakah yang lebih tinggi dari seseorang yang menjual dirinya kepada Allah dengan harta dan jiwanya demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini? Inilah pengorbanan yang dituntut oleh Allah dari setiap Muslim.

Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya Ramadhan merupakan salah satu syiar yang menyatukan kaum Muslimin dari ufuk barat hingga ufuk timur dunia. Dan Ramadhan seharusnya mengingatkan kita bahawa puasa kita adalah satu, ibadat kita adalah satu, kiblat kita adalah satu, agama kita adalah satu, kitab kita adalah satu, Rasul kita adalah satu dan Tuhan kita adalah Satu. Juga, kita seharusnya ingat bahawa Negara kita adalah satu! Umat Islam adalah umpama tubuh yang satu. Itulah pesan Junjungan Besar kita, Muhammad SAW.

Malangnya, setelah keruntuhan Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924M), Negara kita yang satu telah dipecah-pecahkan oleh musuh kita dari kalangan kuffar. Tubuh kita yang satu telah dirobek-robek oleh golongan kuffar laknatullah. Maka tinggallah kita di dalam perpecahan, lemah dan terus-menerus berada dalam kehinaan. Perpecahan umat Islam yang berlaku sekarang, diburukkan lagi dengan adanya pengkhianatan dari pemimpin umat Islam itu sendiri yang memerintah negara-bangsa dan melaksanakan hukum kufur ke atas kita semua. Pemimpin pengkhianat ini menjaga sempadan negara-bangsa masing-masing yang telah dilakar oleh kuffar penjajah dan mereka memecahkan kesatuan kita habis-habisan. Maka, hiduplah umat Islam dengan diperkotak-katikkan dan dizalimi oleh pemimpin mereka sendiri dalam batas sempadan palsu negara-bangsa ciptaan penjajah.

Dahulu, Rasulullah SAW dan Khulafa’ Rasyidun bersungguh-sungguh menjaga kesatuan umat Islam. Begitulah juga dengan para Khalifah setelahnya. Umat Islam hidup dengan penuh kemuliaan di bawah naungan seorang Khalifah. Umat Islam menggapai kejayaan demi kejayaan sehingga berbondong-bondong golongan kuffar memeluk agama Allah setelah menyaksikan sendiri bagaimana adil dan hebatnya deen wa nidzam (agama dan sistem) Allah. Perang Badar yang merupakan peperangan pertama yang membawa kemenangan kepada Islam berlangsung di bulan Ramadhan. Umat Islam meraih kemenangan dan kemuliaan di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Bukan setakat itu, malah tahun demi tahun Rasulullah dan para sahabat berpuasa dalam kemenangan. Ramadhan menjadi bulan perjuangan dan bulan kemenangan bagi mereka. Ini kerana, mereka adalah golongan yang telah menjual diri kepada Allah dan redha untuk mengorbankan harta dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka tidak berhenti-henti berdakwah untuk menyebarkan agama Allah. Mereka berpuasa dan mereka berjihad untuk menyebarluaskan Islam. Mereka berpuasa  dan mereka pastikan bumi ini tidak diperintah kecuali dengan hukum Allah semata. Mereka menyambut Ramadhan dengan memastikan agama Allah adalah agama yang menakluki dunia.

Rasulullah dan para sahabat meraikan Ramadhan dengan memastikan kemenangan adalah berpihak kepada Islam dan kaum Muslimin. Inilah kemenangan hakiki umat Islam sebagaimana yang telah ditunjuk dan diperintahkan oleh Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Rasyidun. Bukan hanya sekadar kemenangan di dalam melengkapkan 30 hari berpuasa semata-semata.

Wahai kaum Muslimin!

Kita tidak akan dapat mencapai semua kemuliaan dan kehebatan sebagaimana yang telah dicapai oleh generasi yang terdahulu, kecuali dengan adanya sebuah pemerintahan yang menjalankan hukum-hakam dari langit. Justeru, kita wajib membangun satu kekuatan politik internasional yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu payung pemerintahan. Kekuatan politik itu tidak lain tidak bukan adalah negara Khilafah Islamiyyah, yang akan memayungi dan memelihara setiap Muslim di dunia dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya. Hanya dengan cara inilah, Insya Allah, umat Islam akan dapat meraih semula status kemuliaan mereka. Hanya dengan cara ini sahajalah, kemenangan hakiki umat Islam akan dapat dicapai.

Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menjadikannya sebagai bulan untuk kita meraih kemenangan, bukan sahaja di dalam ibadah puasa malah di dalam perjuangan kita untuk menegakkan kembali Khilafah, sebuah institusi yang suatu ketika dahulu membawa rahmat ke seluruh alam. Marilah kita berkorban jiwa dan raga bagi memastikan agama Allah dapat ditegakkan kembali dan sekali gus menggantikan sistem sekular yang membelenggu kita selama ini. Insya Allah, sesungguhnya kejayaan pasti akan bersama mereka yang bertakwa dan ikhlas di dalam menegakkan deenullah.

Ya ikhwanal kiram!

Bersempena bulan Ramadhan 1430H ini, sekali lagi, Hizbut Tahrir Malaysia mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berjuang. Semoga Allah menerima segala ibadah kita dan memasukkan kita ke dalam golongan hamba-hambaNya yang beruntung.

Wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.