Masalah Kashmir hanya selesai dengan Khilafah

kashmirPortal berita Al Jaazera melaporkan pihak berkuasa India menguatkuasakan perintah berkurung di sebahagian Kashmir yang di bawah penguasaan India bagi menghentikan demonstrasi baharu yang tercetus selepas pembunuhan empat orang penduduk oleh tentera India. Menurut sumber polis, kematian terbaharu pada 13 April itu berlaku apabila seorang lelaki terkena serpihan gas pemedih mata di kepalanya yang dilepaskan pasukan keselamatan di Kampung Drugmula di wilayah Kashmir yang ditadbir India.

Lelaki itu merupakan sebahagian daripada penunjuk perasaan yang melontar batu dan bertempur dengan tentera kerajaan India buat hari kedua berturut-turut ketika pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di Srinagar, Handwara dan kampung-kampung berhampiran.

Malangnya perkembangan ini tidak mendapat perhatian dunia, termasuk dunia Islam, seolah-olah musibah tersebut merupakan lumrah untuk sekadar mengisi dada akhbar semata-mata. Pesona filem Bollywood selain penampilan aktor seperti Shahrukh Khan, Preity Zinta, Salman Khan dan ramai lagi lebih diambil tahu oleh dunia dan sebahagian umat Islam berbanding penderitaan umat Islam di Kashmir.

Laporan media mengenai perkembangan aktor dan aktres Bollywood lebih diminati dan menjadi tumpuan, walaupun perkara-perkara peribadi dan remeh mengenai artis tersebut seperti jenama kasut yang dipakai, pakaian yang digemari, berita pertunangan dan perkahwinan, kelahiran anak, makanan kegemaran dan sebagainya.

Namun, masalah penderitaan umat Islam yang dinafikan keperluan asas termasuk pendidikan di Kashmir, bagai tidak mendapat tempat di hati sebahagian umat Islam. Sedangkan selama berpuluh tahun, mereka ditindas oleh tentera India dan berlakunya pembunuhan besar-besaran yang terancang dari semasa ke semasa.

Pakistan yang hanya bersebelahan dan mempunyai kelengkapan ketenteraan yang cukup, pun tidak mengambil peduli sedikit pun terhadap pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan ke atas umat Islam di Kashmir. Pemerintah Pakistan bukan sahaja khianat, malah langsung tidak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap umat Islam yang dibunuh di Kashmir.

Masalah kaum Muslimin di Kahsmir tidak akan selesai selagi tidak ada seorang Khalifah yang akan menggerakkan tentera untuk menyelamatkan kaum Muslimin. Setiap Muslim akan menanggung ‘dosa pelaburan’ selagi ia tidak berusaha menegakkan Khilafah bagi menyelamatkan kaum Muslimin di Kahsmir mahupun di seluruh dunia. Semoga Muslim beroleh kesedaran dan mula bergerak untuk menunaikan kewajipan mulia menegakkan Khilafah yang akan menyelamatkan umat Islam dari kejahatan puak kuffar.