Masjid Suci Yang Terjajah

Sabda Rasulullah (Sal Allahu waalaihi wa Salaam):
“Janganlah memaksakan (berusaha keras) mengadakan perjalanan kecuali pada tiga masjid, Masjidil Haram, Masjid Rasul saw, dan Masjid Al Aqsha” (Shahih Bukhari)

“Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)” (Bukhari)

Baitul Maqdis (Al-Quds) telah sekian lama dijajah oleh kuasa asing sejak berakhirnya perang dunia pertama apabila gabungan negara negara yang diketuai oleh Britain dan Perancis mengalahkan Jerman dan Turki Uthmaniyyah. Bertolak daripada deklarasi Balfour yang dibuat oleh Britain pada tahun 1917 yang menjanjikan wilayah Palestin kepada kaum Yahudi untuk hidup di dalamnya sebagai sebuah negara mereka sendiri, maka sejak itulah masjid ketiga suci dalam Islam sudah dijajah oleh kuasa asing, walaupun negara Yahudi tersebut ditubuhkan pada tahun 1948. Kekuasaan Palestin dan Masjid al-Aqsa hanya berpindah milik dari Britain kepada entiti Yahudi selepas perang dunia kedua pada tahun 1948. Oleh sebenarnya Baitul Maqdis sudah dijajah sejak sekian lama oleh kuasa asing dan musuh Islam.

Mengenai Masjidil Haram dan Nabawi pula, kekuasaan Uthmaniyyah berakhir pada kurun ke-19 lagi apabila kumpulan pemberontak Al-Saud yang disokong oleh British menawan kedua-duanya daripada kekuasaan Uthmaniyyah. Maka tentera Al-Saud yang juga merupakan pemberontak Khilafah Uthmaniyyah telah juga mendirikan negara Arab Saudi pada tahun 1930an kesemuanya atas bantuan penjajah British.

Walaupun umat Islam masih boleh menunaikan haji/umrah dan menziarahi ke dua tanah suci, pada hakikatnya ianya masih dikuasai oleh taghut yang bertopengkan Islam. Pengkianatan oleh Al-Saud terhadap umat Islam dengan menerima bantuan British untuk memberontak ke atas Khilafah Uthmaniyyah sudah diketahui di dalam sejarah. Oleh itu pada hakikatnya kedua tanah suci umat Islam masih dijajah oleh ketua taghut yang layak digelar sebagai “khadam dua tanah suci”.

Maka tidak hairanlah apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengistiharkan Al-Quds sebagai ibu negara bagi entiti Yahudi, imam-imam dua masjid suci berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mengutuk kenyataan Trump tersebut, kerana dikuatiri akan dikenakan tindakan oleh penguasa Al-Saud, disebabkan oleh wujudnya hubungan yang kuat di antara rejim Al-Saud dengan Amerika Syarikat. Selain itu, rejim Al-Saud mengambil masuk tentera Amerika Syarikat ke negara mereka untuk mendirikan pangkalan tentera AS bagi memerangi Irak semasa tahun 1991 dan 2003, dan melancarkan serangan dron yang mengorbankan beratus-ratus nyawa umat Islam di Yaman.

Inilah realitinya masjid dan tanah suci umat Islam yang masih dijajah oleh musuh-musuh Islam, sama ada secara langsung atau tidak.

Ubaidillah ibn Abdullah ibn Utbah ibn Mas’ud meriwatkan dari Aishah (ra) bahawa Rasulullah (SAW) bersabda, “Tidak berhimpun dua agama di jazirah Arab”.

Juga di dalam al-Muwatta, dari Malik ibn Shihab, Rasulullah (SAW) bersabda, “Tidak berhimpun dua agama di jazirah Arab”.

Rejim Al-Saud telah megkianati perintah Rasulullah (SAW) di atas dengan membenarkan pengkalan ketenteraan AS di wilayah semenanjung Arab, selanjutnya menjadikan AS berkuasa penuh ke atas sebarang tindakan ketenteraan di wilayah semenanjung Arab.

Abu Hamza

Ketua Lajnah Siyasah Hizbut Tahrir Malaysia