Maulidur Rasul: HTM Menyeru Umat Menegakkan Khilafah

konvoi-klccKuala Lumpur, 15 Disember – Bersempena hari Maulidurrasul 1432H, Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan konvoi bermotosikal beramai-ramai mengelilingi sekitar ibu kota dengan mengibarkan panji-panji Islam, iaitu al-Liwa’ dan ar-Raya. Di samping itu, konvoi tersebut juga berhenti di beberapa perhentian yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menyampaikan seruan berkenaan makna hakiki di sebalik hari kelahiran baginda Nabi SAW.
Hizbut Tahrir menegaskan bahawa bukti kita mencintai Nabi SAW adalah dengan mengamalkan segala ajaran baginda nabi SAW tanpa mengabaikan sedikit pun apa yang dibawanya. Seterusnya, umat Islam diseru agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semula kehidupan Islam secara kaffah (sempurna) dengan mendirikan Daulah Khilafah Islamiyyah. Tanpanya, umat Islam akan terus terkebelakang dalam segala aspek. Bahkan umat Islam pada saat ini, mudah dipermainkan oleh musuh-musuhnya lantaran tiadanya Khilafah Islam yang menjaga mereka. Mudah-mudahan seruan tersebut dapat memberi kesedaran bagi umat Islam tentang peri pentingnya berjuang mendirikan Daulah Khilafah di muka bumi ini. Khilafah Islamiyyah merupakan janji Allah, yang secara pasti akan tertegak tanpa ada keraguan lagi mengenainya.

 

konvoi-chowkit

konvoi-sogo

konvoi-jlntunkuabdurrahman

konvoi-road

konvoi-klcc

konvoi-road