Maulidur Rasul: Zahirkan Kecintaan Kepada Rasullah SAW Dengan Menerapkan Syariah Dan Khilafah

Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan siri demonstrasi aman menyeru umat Islam mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan mulia Rasulullah SAW secara menyeluruh sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda SAW.

Seruan yang disampaikan di beberapa buah lokasi sesudah solat Jumaat sebentar tadi turut menegaskan bahawa pelaksanaan Islam dalam masyarakat pada hari ini begitu jauh berbanding apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW akibat daripada penularan idea sekularisme yang berasal dari Barat.

HTM juga mengingatkan umat terhadap kewajipan menegakkan semula Khilafah kerana dengannya sahajalah syariat Islam dapat diterapkan secara menyeluruh sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Siri demonstrasi tersebut dijalankan serentak di beberapa lokasi masjid sekitar seluruh negara