Memorandum Terbuka – Kepada Pemimpin dan Delegasi Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019
Segala puji bagi Allah (swt), selawat dan salam semoga tercurah ke atas RasulNya (saw). Kami mengirim kalimah yang hak ini kepada sidang kemuncak anda yang penuh retorik, dengan harapan agar sebahagian daripada anda khususnya, dan umat Islam umumnya, akan menyedari bahawa sidang kemuncak ini tidak mempunyai apa-apa makna, kerana anda hanya mengulangi dan meneruskan satu lagi kegagalan, setelah sekian banyak kegagalan sidang kemuncak yang anda dan orang-orang sebelum anda anjurkan sebelum-sebelum ini. Kami berharap dengan kalimah yang hak ini, kami mempunyai bukti di hadapan Tuhan semesta alam di akhirat kelak bahawa kami telah menyampaikan mesej ini kepada anda.
Niat kami ialah untuk mengingatkan anda, walaupun kami sedar yang anda tidak akan mendengarnya, bahawa anda mesti mengambil penyelesaian sebenar daripada Islam untuk menyelamatkan umat ini, supaya perhimpunan di Kuala Lumpur ini tidak akan mensia-siakan niat ikhlas anda (jika ada) ataupun membuang tenaga anda, dengan penyelesaian palsu dan kosong. Penyelesaian yang sebenar ialah penyelesaian yang akan menyelamatkan umat ini sekali gus, tanpa memerlukan sidang kemuncak yang penuh retorik lagi untuk selamanya.
Kami sedar bahawa perhimpunan anda di Kuala Lumpur ini hanyalah untuk mencantikkan imej anda di mata umat. Apa yang anda tidak sedar ialah imej anda telah lama buruk dan tidak boleh diperbaiki lagi, kecuali anda mematuhi apa yang telah diperintahkan oleh Allah (swt) kepada anda. Anda telah lama menutup mata dan berpaling daripada umat. Anda telah menikam umat dan sekarang anda kononnya ingin menjadi penyelamat mereka. Penderitaan dahsyat yang dialami oleh umat ini sungguh menyedihkan dan anda memang tahu bahawa andalah yang menjadi punca kepada penderitaannya. Anda juga tahu bahawa sidang kemuncak ini, dan ribuan sidang kemuncak yang anda dan orang-orang sebelum anda anjurkan dan hadiri, tidak pernah menyelesaikan masalah umat.
Sejak runtuhnya Khilafah di Istanbul pada tahun 1924, umat Islam telah hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan. Perisai dan penjaga yang telah mempertahan dan memelihara mereka selama lebih daripada 1300 tahun telah hilang. Namun sehingga ke hari ini, anda sebagai penguasa umat Islam tidak pernah melaksanakan kewajipan anda untuk mendirikan semula Khilafah dan menerapkan hukum Islam. Sebaliknya, anda menyambung penerapan sistem sekular Barat yang anda warisi dari tuan penjajah anda yang merupakan musuh Allah (swt) dan musuh Rasulullah (saw). Anda mengabdi kepada tuan penjajah anda lebih daripada anda mengabdi kepada Tuhan anda. Anda telah melayan musuh-musuh anda sebagai sahabat, dan anda tunduk kepada mereka; sebaliknya anda melayan umat, yang anda sepatutnya jaga, sebagai musuh anda. Inilah penyebab kepada masalah umat. Andalah penyebabnya. Selepas melakukan semua “jenayah” ini, anda kini berkumpul untuk berbicara tentang penyelesaian masalah umat, dan anda fikir bahawa umat jahil tentang perbuatan serong anda selama ini!
Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa anda tidak pernah mewakili umat, dan umat tidak pernah dan tidak akan pernah menganggap anda sebagai wakil mereka. Bagaimana mungkin anda ingin berbicara mengenai masalah umat apabila anda tidak mewakili seorang individu pun daripada umat? Anda hanya mewakili diri anda sendiri, kepentingan anda dan kepentingan tuan penjajah anda. Berdekad lamanya anda bersekongkol dengan musuh dalam menghadapi umat. Anda memberi bantuan, malah bergandingan dengan musuh, setiap kali musuh menyerang dan menyakiti umat ini. Umat menyeru anda untuk meninggalkan musuh dan datang untuk menyelamatkan mereka, namun semakin kuat umat menyeru, semakin kuat anda berlari mendekati (untuk berkawan dengan) musuh.
Umat menyeru anda untuk mempersatukan mereka dan wilayah mereka, namun semakin kuat umat menyeru, semakin kuat pula anda memecah-belahkan mereka. Umat menyeru anda untuk menerapkan Islam, namun semakin kuat umat menyeru, semakin kuat pula anda berpegang kepada sekularisme, dan lebih buruk daripada itu, semakin kuat anda memusuhi umat. Anda tidak mendengar kehendak umat ini yang menghendaki kebaikan buat anda, sebaliknya anda mendengar kehendak hawa nafsu dan tuan penjajah anda, yang menghendaki kemusnahan buat anda dan kemusnahan buat umat.
Sekiranya masih ada sekelumit keikhlasan dan keberanian dalam hati anda dan anda ingin mendengar, berikut ini kami paparkan gambaran ringkas mengenai penyelesaian yang benar untuk anda ambil dalam rangka menyelesaikan masalah dunia Islam dan umat Islam:
- Anda mesti tunduk sepenuhnya kepada Islam, bukannya tunduk kepada Kuffar Barat. Bebaskan diri anda daripada tuan penjajah Barat anda, dan pasrah sepenuhnya dan semurninya kepada Pencipta anda, undang-undang dan sistem-Nya;
- Cabut sistem demokrasi-sekular di tanah air anda dan di keseluruhan tanah kaum Muslimin sehingga ke akar-akarnya. Sesungguhnya sistem buatan Barat ini adalah sistem kufur dan haram bagi kita untuk mengambilnya, menerapkannya dan menyebar-luaskannya. Sistem demokrasi-sekular inilah yang menyebabkan perpecahan dan musibah kepada umat;
- Berhubung dengan wilayah kaum Muslimin yang dijajah, tidak ada penyelesaian lain kecuali anda wajib membebaskannya, dan satu-satunya cara untuk membebaskan wilayah-wilayah tersebut adalah dengan menghantar tentera untuk tujuan itu. Begitu juga dengan umat Islam yang hidup di bawah penindasan dan penganiayaan rejim Kuffar di mana-mana sahaja bahagian di dunia ini, wajib bagi anda mengisytiharkan Jihad ke atas rejim-rejim tersebut sekiranya mereka gagal mengembalikan hak saudara-saudara kita itu di dalam negara mereka;
- Kesemua wilayah kaum Muslimin wajib disatukan kembali di bawah satu kepimpinan tunggal dan di bawah satu negara yakni di bawah Negara Khilafah, menggantikan kesemua negara-bangsa yang memisahkan umat Islam sejak runtuhnya Khilafah. Sistem dan hukum Allah (swt) wajib diterapkan secara keseluruhan, menggantikan semua sistem dan undang-undang buatan manusia yang dipaksakan ke atas umat Islam selama ini.
Tanpa mengambil penyelesaian di atas, sidang kemuncak anda akan menjadi satu lagi sidang kemuncak yang kosong dan tidak bermakna – sama seperti ribuan sidang kemuncak yang anda dan orang-orang seperti anda telah adakan sebelum-sebelum ini. Tanpa penyelesaian sebenar yang sangat diperlukan oleh umat – penyelesaian yang akan diredhai oleh Tuhan anda – sesungguhnya anda sekali lagi akan mengkhianati umat dengan sidang kemuncak seperti ini. Jangan pernah berfikir bahawa umat akan berdiam diri terhadap pengkhianatan anda! Sila ambil pengajaran bahawa anda sebenarnya telah kehilangan maruah dan kemuliaan anda di mata umat sejak sekian lama, dan imej anda bertambah buruk hari demi hari walaupun anda berusaha untuk ‘mencantikkannya’ dengan menganjurkan persidangan yang bermaksud untuk menyelesaikan masalah umat, seperti sidang kemuncak ini.
Apakah anda tidak melihat bahawa umat telah meluat dan mengecam anda setiap hari dan mereka semakin bangkit menentang dan menolak anda satu demi satu? Apakah anda tidak melihat semua ini? Sesungguhnya umat sedang bergerak dan mereka tidak akan berhenti sehingga mereka dapat menyingkirkan anda dan menemui penyelesaian sebenar mereka. Kami dengan ini ingin mengulangi kepada anda lagi dan lagi, walaupun kami yakin bahawa anda tidak akan pernah mendengar, bahawa punca utama kesemua masalah di dunia Islam adalah anda, dan sistem kufur sekular Barat yang anda paksakan penerapannya ke atas umat Islam. Oleh itu, penyelesaian sebenar masalah umat Islam adalah dengan anda tunduk sepenuhnya kepada Islam dengan mendirikan semula Negara Khilafah Rashidah di atas jalan kenabian dan menerapkan kembali sistem dan hukum Allah (swt) secara kaffah tanpa sebarang pengecualian.
HIZBUT TAHRIR MALAYSIA
Ruj: HTM/Memo-01/1441
Khamis, 22 Rabiul Akhir 1441 H
19/12/2019 M
OPEN MEMORANDUM
To the Leaders and Delegations of KL Summit 2019
All Praises be upon Allah (swt) and may His blessings be upon the Messenger (saw). We send you these words of truth to your rhetorical summit with the hope that some of you in particular, and the Muslim Ummah in general, will realize that this summit will not amount to anything, for you are just repeating and continuing yet another failure after many failed summits that you and men before you have had in the past. We hope that with these words of truth, we have proof before the Lord of the Worlds in the Hereafter that we have conveyed you this message.
It is our intention to remind you, despite the realization that you will not listen, that you must take the real solution from Islam in order to save this Ummah, so that this gathering in Kuala Lumpur will not waste sincere intentions (if any) nor exhaust your energies with false and empty solutions. The real solution will save this Ummah once and for all, without any need for another rhetorical summit, ever.
We know very well that your gathering in Kuala Lumpur merely serves to beautify your image in the eyes of the Ummah. What you may not realize is that your image has long been tarnished and can never be fixed unless you obey what Allah (swt) has ordered you to do. You have long closed your eyes and turned your backs to the Ummah. You have stabbed the Ummah and now, you are pretending to be her saviour. It is indeed saddening that the Ummah has suffered tremendously and you undeniably know that you are the root cause of her suffering. You also know that this summit, and thousand other summits that you and your predecessors have organised and attended, will never solve the Ummah’s problems.
Ever since the destruction of the Caliphate (Khilafah) in Istanbul in 1924, the Ummah has been living in misery and misfortune. The shield and guardian that had taken care and guarded her for more than 1300 years had disappeared. Yet, until today, you, as Muslim rulers, have never carried out your obligation to re-establish the Khilafah and re-implement the Islamic laws. Instead, you continue to implement the Western secular system that you inherit from your colonial masters who are the enemies of Allah (swt) and the enemies of His Messenger (saw). You serve your colonial masters more than you serve your Lord. You have treated your enemies as your friends and bow to them, but you treated the Ummah, whom you are supposed care for, as your enemy. This is the cause of the Ummah’s problems. It is you who is the cause of the problems of the Ummah. After all the “crimes” that you have perpetrated, you are now gathering to talk about solving the Ummah’s problems, and you think that the Ummah is ignorant of your misdeeds!
We wish to let you know that you have never represented the Ummah, and the Ummah has never and will never regard you as their representative. How could you then talk about their problems when you are not representing even a single individual of the Ummah? You are just representing yourselves, your interests and your colonial masters. For decades, you conspire with the enemies against the Ummah. You extend your hands and even go hand in hand with the enemies every time they attack and hurt this Ummah. The Ummah cries for you to leave the enemies and come to her rescue, but the stronger she cries, the closer you run to the enemies.
The Ummah cries for you to unite her and unite her lands, but the stronger she cries, the stronger you break her apart. The Ummah cries for you to implement Islam, but the stronger she cries, the stronger you grip yourselves to secularism, and worse, the stronger you become hostile to her. You are not listening to the Ummah who wishes you goodness, instead you listen to your whims and your colonial masters who only wish for your destruction and the destruction of the Ummah.
If there is still an inkling of sincerity and courage in your hearts and you want to listen, this is brief depiction of the true solution for you to contemplate in solving the problems of the Islamic world and the Ummah:
- You must surrender yourselves to Islam completely, instead of surrendering to the Kuffar West. Break yourselves free from your Western colonial masters and submit yourselves totally and purely to your Creator, His laws and systems;
- Uproot the secular-democratic system in your lands and in all the Muslim lands. This Western-made system is a Kufr system and is unequivocally forbidden (Haram) for us to take, implement and spread. As a matter of fact, it is the secular-democratic system that causes disunity and calamity of the Ummah;
- With regards to the occupied Muslim lands, there is no other solution except that you are obliged to liberate them, and the only way to liberate them is to dispatch the Muslim armies for that purpose. The same goes for all Muslims who are subject to oppression and persecution by the Kuffar regimes in any parts of the world; your obligation is to declare Jihad to those regimes should they fail to return the rights of our brothers and sisters in their territories;
- All Muslim lands must be re-united under one single leadership and under one State – under the Caliphate (Khilafah) in place of all the nation-states that separate us since the destruction of the Khilafah. The system and laws of Allah (swt) must be re-implemented in totality replacing all the man-made systems and laws forced upon the Ummah all this while.
Without resorting to the above solutions, your summit will just be another empty and meaningless summit – just like the thousands of summits you and people like you had held previously. Without these real solutions that the Ummah desperately need – solutions that would please your Lord – you will again betray the Ummah with such a summit. And do not ever think that the Ummah will be silent over your betrayals! Please take heed that for the longest time, you have actually lost your honour and dignity in the eyes of the Ummah and that your image worsens day by day despite your efforts to ‘beautify’ it by organizing meetings that purport to solve the problems of the Ummah, such as this summit.
Do you not see that the Ummah detests and denounces you day by day and that the Ummah is rising against you and rejecting you, one after another? Do you not see all that? The Ummah is moving and will never stop until they are able to remove you and reach her real solution. And we would like to reiterate to you again and again, despite of our confidence that you will never listen, that the root cause of all the problems in the Islamic world is you, and the Kufr Western secular-system that you forcedly implement upon the Ummah. Therefore, the real solution to the Ummah’s problem is for you to return to Islam completely by re-establishing the State of Khilafah Rashidah upon the method of the Prophethood and re-implement His system and laws in their entirety without any exception.
HIZB UT TAHRIR MALAYSIA
Ref: HTM/Memo-01/ 1441
Thursday, 22nd Rabii’ II 1441 AH
19/12/2019 CE