Mesir: Hizbut Tahrir Malaysia Menyeru Kebangkitan Hakiki
Untuk itu Hizbut Tahrir Malaysia dalam seruannya telah mengingatkan umat Islam agar mereka sedar, bahawa keadaan di Mesir itu berlaku bukanlah kerana tempoh pemerintahan Hosni Mubarak itu terlalu lama, tetapi puncanya adalah kerana penerapan sistem yang salah. Faktanya saat ini dunia Islam telah ditipu oleh Barat. Para penjajah kononnya telah keluar dari negeri-negeri umat Islam dan kemudiannya menghadiahkan kemerdekaan kepada negeri jajahannya namun hakikatnya para penjajah ini sebenarnya telah meninggalkan sistem yang buruk dan pemimpin yang setia dengan mereka bagi meneruskan ‘penjajahan’ mereka. Oleh itu, kebangkitan umat Islam di Mesir dan di beberapa buah negeri yang lain hari ini tidak akan membawa apa-apa impak jika hanya pemimpin sahaja yang ditukar, tetapi dalam masa yang sama ‘pemimpin baru’ masih menerapkan sistem Barat. Telah terlalu banyak bukti yang terjadi di dunia Islam, di mana telah berlaku pertukaran pemimpin namun sistem yang diguna pakai masih tetap sama – sistem kufur. Akhirnya umat Islam tetap akan berhadapan dengan masalah yang sama – kegagalan, kemiskinan, kemunduran dan sebagainya. Kebangkitan yang sebenar bagi umat Islam saat ini adalah, dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah bagi menggantikan sistem kufur demokrasi kapitalisme yang masih berdiri di tengah-tengah kehidupan umat Islam saat ini.
Masjid Negara, Kuala Lumpur
Masjid Jamek, Taman Meru, Ipoh
Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang