“Mesir, Tanah al-Kinanah perlukan Khilafah”

KUALA LUMPUR: Jumaat 16 Syawal 1434H bersamaan dengan 23 Ogos 2013, Hizbut Tahrir Malaysia mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim terbitan semula Mubarak yang diketuai oleh Jeneral Abdel Fatah al-Sisi yang disokong oleh Amerika. Al-Sisi telah membunuh lebih 2,600 dan mencederakan lebih 10,000 pendemo yang duduk di Dataran Rabaah al-Adawiyah dan an-Nahdhah.

Memo bantahan telah diserahkan kepada Kedutaan Mesir di sini oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan diiringi oleh ahli HTM dan umat. Seruan aspirasi umat Islam kepada rejim boneka al-Sisi telah disampaikan oleh Ustaz Nabil dan Ustaz Razi. HTM meyeru umat dengan nusrah (bantuan) dari tentera perlu mencabut sistem ciptaan manusia termasuk Demokrasi dan menggantikan dengan Sistem Islam. Ustaz Umar telah menutup acara dengan bacaan doa supaya rejim sekular berakhir dan Khilafah segera tertegak untuk menyelamatkan umat Islam dari musibah dan penderitaan.