“Umat di Syria mahukan Khilafah Islamiyah”

KUALA LUMPUR: Jumaat 16 Syawal 1434H bersamaan dengan 23 Ogos 2013, umat dan anggota Hizbut Tahrir Malaysia melaungkan laknat kepada rejim Bashar Al-Assad kerana berterusan membunuh umat Islam di Syria yang juga rakyatnya sendiri. Terbaharu rejim kejam Bashar yang sedang menuju kejatuhan dilaporkan telah menggunakan senjata kimia untuk membunuh lebih 1,300 penduduk di sekita Damsyik tanpa pembelaan dari mana-mana pihak.

Seruan di depan Kedutaan Syria telah dilakukan selepas Solat jumaat dipimpin oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) bersama ahli HTM dan umat. Kehadiran HTM di kedutaan menunjukkan betapa seriusnya kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Bashar ke atas rakyatnya sendiri termasuk wanita dan kanak-kanak. Ustaz Umar telah menutup acara dengan bacaan doa supaya Allah memberi kemenangan kepada pejuang Islam di Syria yang inginkan  Khilafah Islamiyyah dan rejim kejam Bashar dihancurkan.