Mesir Perlukan Khilafah

IPOH, 30 OGOS 2013: Pada hari jumaat yang lalu, Hizbut Tahrir Malaysia sekali lagi menyampaikan seruan kepada umat Islam setelah selesai solat Jumaat. Seruan berlangsung di Masjid Al-Ittihadiyah (qariah Silibin) Kg Tengku Hussin. Seruan tersebut berjaya menarik perhatian para jemaah. Mesej yang mahu disampaikan adaah seperti yang tertulis pada sepanduk iaitu “MESIR PERLUKAN KHILAFAH”. Respon positif dapat dilihat apabila ramai hadirin yang meminta nasyrah Sautun Nahdhah untuk mengetahui lebih lanjut apa yang ingin disampaikan oleh HTM berkaitan Khilafah & Isu Mesir. Seruan kali ini menampilkan oleh Ustaz Safarin dan juga Ustaz Nasir, Kedua-dua pembicara menegaskan bahawa isu Mesir adalah merupakan isu umat Islam secara Global yang memerlukan kepada penyatuan umat Islam dan memberi peringatan kepada gerakan-gerakan Islam, tentera umat Islam serta umat Islam secara umum, supaya meninggalkan sistem demokrasi yang merupakan suatu sistem yang manjadi alat kepada cengkaman imperalisme kaum kuffar ke atas kaum muslimin di seluruh dunia.

Semoga dengan seruan yang dilakukan ini akan menyumbang kepada kembalinya umat untuk menyelesaikan isu Mesir dengan wadah Sistem Khilafah. Semoga ia mampu memberikan kesedaran dan persepsi baru kepada umat dan seterusnya agar umat Islam dapat bergabung bersama HTM untuk memperkasa usaha dakwah mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Negara Khilafah.