Muhasabah tentang kedudukan Palestin yang hilang, rakyatnya, kesuciannya dan penegakan entiti Yahudi

Majlis Perwakilan Pusat Palestin (MPP) menyimpulkan pertemuannya pada hari Isnin,  15/01/2018 dalam kenyataan akhirnya dengan meminta komitmen kepada penyelesaian dua negara berdasarkan perundangan antarbangsa dan inisiatif perdamaian Arab tanpa sebarang perubahan untuk mendirikan sebuah negara Palestin atas persempadanan tahun 1967 dan Baitulmaqis Timur sebagai ibukota Palestin dan juga untuk terlibat secara serius dengan sebarang rundingan damai yang ditaja oleh badan antarabangsa.  Ia juga mencadangkan untuk menangguhkan pengiktirafan terhadap entiti Yahudi melalui PLO dan juga penangguhan penyelarasan keamanan, dan untuk menghentikan kebergantungan ekonomi dengan penjajahan, mengambil kira masa peralihan ditetapkan oleh Oslo sudah berakhir.

Kami Hizbut Tahrir di Palestin mengecam apa yang dinyatakan dalam ucapan Presiden pihak Berkuasa Palestin (PA) dan resolusi-resolusi ini yang menekankan bahwa PA dan institusi-institusinya masih berpegang teguh pada pendekatan khianat ini yang menyebabkan kehilangan Palestin, rakyatnya, dan kesuciannya. Ini menempatkan masa depan orang-orang Palestin menjadi tebusan kepada kuasa besar yang memusuhi umat Islam dan rakyat Palestin. Inilah kuasa atau kekuatan yang membentuk masyarakat Yahudi dan mendukungnya dengan wang, senjata dan resolusi internasional yang tidak adil. Pada masa yang sama, PA benar-benar meninggalkan seruan untuk membebaskan Palestin dengan memanggil umat Islam dan pasukan tenteranya untuk membebaskannya, kami menekankan hal berikut:

 – Sudah jelas bahwa resolusi PA telah jauh dari retorik anti-Amerika setelah Amerika menolak PA dengan resolusinya mengenai masalah Baitulmaqis dan kesepakatan abad ini. Resolusi tersebut tunduk pada selera dan kehendak negara-negara Eropah, yang membuat PA mundur dari mengubur Oslo dan menolak untuk mengakui masyarakat Yahudi, dan hanya mengumumkan pada akhir tempoh masa peralihan yang ditetapkan oleh Oslo dan mencadangkan agar organisasi tersebut menangguhkan pengiktirafannya.

– Resolusi tersebut tunduk kepada resolusi damai, rundingan, dan konferens yang ditaja oleh negara-negara yang memusuhi Islam, umat Islam dan rakyat Palestin. Walaupun pada hakikatnya proses perdamaian dan perjanjian yang merbahaya ini telah menyebabkan bencana dan kejahatan terhadap Palestin dan rakyatnya, hal itu membuat sebagian besar wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Barat, milik orang-orang Yahudi seluruhnya, sementara sisanya (tanah) dirundingkan. Dan telah membuat PA dan jentera keamanannya menjadi pelindung masyarakat Yahudi; seorang pelindung yang menanggung beban keamanan, kewangan, ekonomi dan politik dari pendudukan dan menjadikannya pekerjaan paling murah dalam sejarah, dengan pengakuan para pemimpin PA sendiri, sementara rakyat Palestin membayar harga yang sangat mahal dengan darah mereka dan kehidupan anak-anak mereka melalui kenaikan cukai setiap hari.

– Ketaatan kepada penyelesaian dua negara adalah pengkhianatan terhadap Allah, Rasul-Nya, orang-orang  beriman dan rakyat Palestin serta darah dan pengorbanan mereka. Penyelesaian ini memberi ganjaran kepada pendudukan dengan negara yang kuat yang terletak pada 80% tanah Palestin, dengan bahagian terbesar dari Baitulmaqdis, dan meninggalkan sisa tanah Palestin kepada PA, paling banyak hanya sebanyak 20% dan sesuai dengan tuntutannya, sebuah negara kecil di wilayah Palestin termasuk yang mereka menyebut “Baitulmaqdis Timur”; Tidak diragukan lagi, kejahatan adalah apa yang mereka putuskan!

– PA, lembaga-lembaganya, Majlis Pusat, PLO dan pecahan-pecahanya telah meninggalkan konsep pembebasan (Palestin) sepenuhnya dan menghapusnya dari kamus dan kosa katanya. Ini telah memansuhkan satu-satunya cara untuk mencapai pembebasan; iaitu, mengembeling keupayaan tentera umat Islam dan mengarahkan semua tenaga, dan kemampuannya untuk menghancurkan entiti Yahudi dari akarnya. Bukan dengan menggantikannya dengan meminta perlindungan antarabangsa dari serigala negara-negara penjenayah; Dengan demikian, ia menambahkan pendudukan antarabangsa di samping pendudukan Yahudi di Palestin. Tidak diragukan lagi, kejahatan adalah apa yang mereka putuskan!

– Kami menegaskan kepada PA, Amerika Syarikat , Eropah dan entiti Yahudi bahwa darah umat Islam sedang mendidih di dalam pembuluh darahnya. Hari demi hari semakin menghampiri untuk menumbangkan pemerintah yang anda bergantung harapan dan atas kerjasama dan kesetiaan mereka kepada anda. Umat Islam akan menumbangkan mereka dengan izin Allah swt dan menegakkan pemerintahan Khilafah Rasyidah atas jalan kenabian, yang akan mencabut kewujudan mereka dari akar umbinya, membebaskan seluruh Palestin dan setiap inci tanah umat Islam yang diduduki dan akan mengusir Amerika dan negara-negara Barat ke tempat tinggal mereka dan menghukum semua pengkhianat yang berkomplot. Esok sudah hampir bagi mereka yang merindukannya.

“Barang siapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” [TMQ At Talaq (65) :2-3]

Pejabat Media Hizbut Tahrir Palestin

29th Rabi’ulAkhir 1439 AH
16/01/2018 CE
No: BN/S 04/1439