Munaaqashah “al-Quran Dihina, Kita Bagaimana?”

munajb-01KEMPAS, JOHOR BAHRU 14 November 2010– Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN) dengan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan Munaqashah (Diskusi) fikrah Islam bertajuk ‘Al-Quran Dihina, Kita Bagaimana?’
Saudara Ali sebagai pengerusi program menerangkan kepada hadirin bahawa penganjuran program Munaaqashah yang akan dilakukan secara berkala ini adalah bertujuan untuk

memberi informasi dan kesedaran kepada umat Islam bahawa segala permasalahan yang berlaku ke atas umat ketika ini hanya mampu diselesaikan dengan menerapkan Islam dalam kehidupan secara kaffah (menyeluruh) oleh Negara.

“Program sebegini akan cuba diadakan setiap bulan supaya umat Islam dapat memahami dengan lebih jelas mengenai sistem pemerintahan Islam yakni sistem Khilafah dan juga permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam” ujarnya.

Dewan Utama IKIN di Taman Sri Putra Johor Bahru dipenuhi dengan peserta yang hadir untuk mengikuti perbincangan yang diadakan, Munaqashah kali ini menampilkan dua aktivis Hizbut Tahrir Mahalliyah Johor Bahru iaitu Dr Abdul Rashid Muhammad dan juga Ustaz Wazir Bin Ja’far.

Dr Rasyid selaku pembentang pertama telah membawakan tajuk “Penghinaan Kuffar Barat Terhadap Islam dan Al-Quran”. Sejak diutusnya Rasulullah SAW, urusan menegakkan yang haq tidak pernah lepas daripada penghinaan dan cercaan daripada kuffar yang sememangnya engkar dengan Allah dan RasulNya. Pelbagai bentuk penghinaan dan usaha telah dilakukan untuk memadamkan cahaya Allah. Namun pada saat ini, tidak pernah ada pemimpin yang cuba untuk membalas dan menjawab kebiadaban puak kuffar barat terhadap umat Islam.

Ust Wazir pula dalam pembentangannya yang bertajuk “Al-Quran Dihina, Kita Bagaimana?” menjelaskan bahawa barat sememangnya berusaha untuk membentuk suatu pandangan umum agar umat Islam redha dengan penghinaan yang dilakukan ke atas mereka, ditambah dengan sikap pemimpin-pemimpin umat Islam saat ini yang takut dan tunduk kepada kekuasaan kuffar. Maka satu-satunya jalan bagi menjawab kebiadaban kuffar barat terhadap penghinaan Allah dan Rasul adalah dengan jihad fi sabilillah oleh sebuah Daulah Islamiyah untuk umat Islam seluruhnya. Oleh kerana itu, umat Islam tidak boleh membisukan diri, membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka dan di seluruh dunia kerana setiap mukmin itu bersaudara. Mereka harus menyedari bahawa pada ketika ini setiap mukmin mempunyai kewajiban untuk menunaikan tanggungjawab yakni berusaha dengan bersungguh-sungguh melalui dakwah dan aktiviti politik tanpa kekerasan untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan kembali sebuah Daulah Khilafah bagi umat Islam seluruh dunia. Hanya dengan keberadaan Khilafah sahajalah, kebiadaban kuffar barat dapat dibalas dan seterusnya mengembalikan kekuasaan Islam di dunia.

Munaqashah diakhiri dengan sesi soal jawab dan ditutup dengan bacaan doa oleh pengerusi.

 

munajb-01

munajb-02

munajb-03

Dewan Utama IKIN di Taman Sri Putra Johor Bahru