Muslihat Britain Di Sebalik Mesyuarat berkenaan Isu Syria

britain-syriaBaru-baru ini Britain telah menganjurkan satu mesyuarat yang dibentangkan oleh para perwakilan dari negara-negara Arab secara tertutup yang disertai oleh pakar-pakar penstabilan pasca-konflik, agensi multilateral dan pemimpin pembangkang Pakatan Kebangsaan Syria. Ia bertujuan untuk membincangkan isu akademik dan pembangkang melibatkan masa depan Syria tanpa Presiden Bashar Al-Assad.

Persoalannya, apakah hak Britain untuk campur tangan dan menentukan nasib negara umat Islam Syria? Para pemimpin negara-negara arab juga selama ini telah lama menjadi boneka dan pengkhianat kepada umat Islam dan rakyat mereka sendiri. Apa yang pasti, proses kebangkitan umat Islam yang berlaku di Syria sekarang ini sedang menuju ke arah matlamat untuk mendirikan Negara Khilafah Islamiyyah sepertimana kesepakatan yang telah diikrarkan oleh kesemua gerakan-gerakan kebangkitan di sana.  Ini sudah semestinya sangat-sangat tidak disenangi oleh kesemua pihak yang berideologi kufur, terutamanya yang memperjuangkan demokrasi khususnya Amerika Syarikat dan Britain. Justeru, tidak hairanlah pelbagai cara dan usaha dilakukan oleh musuh-musuh Allah itu untuk menggagalkan sinar revolusi yang sahih ini daripada mengecapi kejayaan.

syrian-armyWalaupun media massa di seluruh dunia termasuklah media tempatan di Malaysia tidak melaporkan keadaan sebenar yang berlaku di Syria kecuali berita-berita yang dicedok laporannya melalui media barat, namun kebangkitan di Syria sudah tidak dapat dibendung dan dinafikan lagi oleh sesiapa pun pada saat ini. Wujud terlalu banyak brigade-brigade tentera dan gerakan-gerakan yang berpihak kepada Islam, ditambah pula dengan terbentuknya pemahaman umum (ra’yul ‘am / public opinion) umat tentang Khilafah Islamiyyah dan penolakan mereka terhadap sebarang campur tangan pihak luar dan sistem demokrasi telah membuatkan Amerika, Britain dan Rusia tidak dapat duduk diam. Para penjajah barat ini cuba dengan sedaya upaya dengan pelbagai makar mereka untuk menggagalkan kebangkitan ini. Dengan berkat dan pertolongan Allah, para mujahidin di Syria masih tetap teguh bersabar dan beristiqamah dengan apa yang mereka sedang lakukan.

Di sebalik kegagalan dalam pelbagai rancangan yang dibuat untuk masa depan Syria oleh pihak kuffar, mereka juga telah memperalatkan negara-negara umat Islam contohnya seperti Turki demi kepentingan busuk mereka ini. Di samping itu, keinginanan Bashar baru-baru ini untuk berunding dengan pihak penentang juga tidak mendapat reaksi yang positif dari barat. Nampaknya apa yang berlaku kepada Saddam, Ben Ali, Ghaddafi dan Mubarak akan turut sama berlaku kepada Bashar.

Dalam hal ini, umat Islam di seluruh dunia haruslah berhati-hati dan berwaspada terhadap segala makar yang dilakukan oleh pihak kuffar ke atas umat Islam. Janganlah sekali-kali kita terpedaya dengan segala tipu daya orang-orang kafir terhadap umat Islam.

“Dan orang-orang (kafir) itu membuat makar (tipu daya), dan Allah membalas makar (mereka). Dan Allah sebaik-baik pembalas makar ”. [TMQ Al-Imran (3): 54]

Semoga Daulah Khilafah Islam yang ditakuti oleh pihak kuffar selama ini akan segera berdiri dan benar-benar menghancurkan mereka dengan perang jihad di jalan Allah.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/global/britain-anjur-mesyuarat-masa-depan-syria-tanpa-assad-1.119664
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm