Muslim Rohingya Yang Sering Dilupakan
Kapal mereka yang kehabisan minyak ini telah ditunda sehingga ke perairan Thailand sebelum ditunda kembali ke perairan antarabangsa. Sebahagian daripada mereka terjun ke laut apabila mereka mengetahui bahawa kapal mereka ditunda kembali ke perairan antarabangsa sebelum mereka ditembak oleh pihak berkuasa Thailand. Ini telah diceritakan sendiri oleh mangsa-mangsa yang terselamat. Kejadian terbaru ini amat menyedihkan. Mereka yang bertarung nyawa untuk melarikan diri daripada kekejaman penguasa kuffar Myanmar, akhirnya kehilangan nyawa dengan tragis di tangan kaum kuffar yang lain.
Dalam pada para pemerintah umat Islam sedang leka hidup bermewah-mewahan seperti penguasa Arab Saudi dan Abu Dhabi mahupun di Malaysia, masih terdapat ramai umat Islam di belahan dunia yang lain yang sedang tersepit hidupnya serta terbiar keselamatan mereka di tangan penguasa kuffar. Isu Rohingya bukanlah isu yang baru, malahan isu ini tidak akan boleh selesai sekiranya tiada pemimpin umat Islam bertegas untuk menyelamatkan kaum Muslimin di sana. Bagaimana mungkin kita boleh berharap dengan pemimpin-pemimpin korup yang ada sekarang yang bergelumang dengan rasuah, pengkhianatan serta tidak menerapkan hukum-hakam Islam untuk membebaskan saudara-saudara kita di Myanmar? Ditambah pula dengan racun assabiyah (nasionalisme) dan wathaniyah (patriotisme) yang telah ditanam oleh penjajah barat menjadikan sebahagian umat Islam tidak merasakan bahawa apa yang berlaku ke atas kaum Muslimin Rohingya adalah sebahagian daripada masalah mereka juga. Maka amatlah rugi diri mereka pada hari akhirat kelak kerana dengan sikap sebegini, Rasulullah tidak akan mengakui diri mereka sebagai sebahagian daripada umatnya. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang bangun di pagi hari, sementara dia tidak memikirkan (mengambil peduli) tentang urusan kaum Muslimin yang lain, maka ia tidak termasuk ke dalam golongan mereka (kaum Muslimin).” [HR. Hakim]
Bukankah peringatan ini sudah cukup untuk menggentarkan hati-hati mereka yang mengucapkan kalimah syahadat yang menjadikan mereka sebagai Muslim? Masih mampukah kita berdiam diri tanpa melakukan apa- apa sedangkan pada hari akhirat nanti tiada siapa lagi yang dapat kita harapkan untuk memberikan syafaat melainkan Rasulullah, tetapi sebaliknya baginda berpaling daripada kita kerana tidak dianggap sebagai umatnya? Na’uzubillahi min zalik.
Oleh itu, setiap daripada kita akan dipertanggugjawabkan oleh Allah terhadap apa yang telah kita kerjakan di dunia ini untuk membantu saudara-sauadara kita sesama Muslim. Namun, masalah Rohinya ini tidak akan selesai sekiranya punca kepada masalah ini iaitu penguasa Myanmar yang zalim tidak diberi pengajaran! Justeru, bersama-samalah kita berusaha untuk mendirikan semula Khilafah agar dengan penegakkannya kelak, sang Khalifah akan menggerakkan bala tenteranya untuk memberikan pengajaran kepada penguasa kuffar Myanmar atas kebiadapan mereka selama ini.
Rujukan : Utusan Online