Muslimah wajib tinggal sekularisme dan tegak Islam

BANDAR BARU BANGI 17 September – Sekali lagi bertempat di Khilafah Centre, Seksyen 7, Muslimah HizbutTahrir Malaysia (MHTM) mengadakan Diskusi Muslimah, kali ini mengetengahkan tajuk “Kesan Tarbiyah Ramadhan: Singkirkan Sekularisme, Tegakkan Islam”.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Hajar dengan ahli panelnya Ustazah UmmuHajar. Beliau memulai pembentangannya dengan mengingatkan kembali para hadhirat tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan, seterusnya mengupas kaitan antara amalan di dalam bulan Ramadhan, Islam dan sekularisme.

UmmuHajar kemudian mengulas dengan terperinci mengenai sekularisme dan menjelaskan bagaimana sistem kufur itu berkembang sehingga berjaya mempengaruhi umat Islam. Sekularisme dibawa dan dikembangkan oleh Barat ke dunia Islam setelah mereka mula menjajah Negara Islam (Khilafah) saat ia mula melemah, ujar beliau. Setelah berjaya menakluk negeri-negeri umat Islam termasuk Malaysia (Tanah Melayu ketika itu), penjajah kuffarinikemudian menancapkan sistem pemerintahan mereka (sekular) di setiap wilayah jajahannya.

Beliau kemudian memaparkan potret duka umat Islam kesan daripada penerapan sekularisme dan seterusnya menjelaskan bagaimana umat Islam dapat melawan sistem kufur ini dengan kekuatan takwa yang diterjemahkan melalui tindakan dan usaha menegakkan semula Khilafah mengikut metode kenabian.

UmmuHajar seterusnya menjawabpersoalan yang diajukan daripada hadhirat, baik secara lisan mahupun bertulis. Di akhir majlis, ahli panel ini menyeru agar para Muslimah turut sama memainkan peranan dalam pembinaan masyarakat dan penegakan semula Khilafah Islam kerana ia adalah kewajipan dari Allah yang terkena ke atas setiap orang yang mengucap syahadah. Hanya dengan penegakan semula Khilafah, barulah sistem kufur sekular yang didasarkan kepada akal manusia ini dapat dihapuskan secara total dan diganti dengan sistem Islam yang didasarkan kepada wahyu.