My Team

 

altKUALA LUMPUR, 9 April – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan barisan Kabinet yang baru dilantik sebagai positif dan bukti ‘pembersihan dalam parti’ sedang berlaku.”(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini di Tingkat 86, Menara Petronas. Dr. Mahathir juga berkata, jika beliau boleh mempengaruhi keputusan Najib, beberapa orang yang dilantik juga tidak akan berada dalam Kabinet.Mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata: “Saya fikir dia memang layak dilantik kerana setakat yang saya tahu dia tak guna wang untuk dapat sokongan.”

Sumber : Utusan Malaysia,10/4/2009

Begitulah komen bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Persoalannya adalah, adakah hanya kerana tidak mengamalkan politik wang semasa pemilihan jawatan parti, mereka dianggap sebagai barisan kabinet yang baik? Apakah mereka ’kesemuanya’ benar-benar bebas dari amalan politik wang? Masih banyak tandan tanya… Apakah dengan kabinet baru ini, perubahan benar-benar akan berlaku? Hakikatnya, selagi Islam tidak menjadi asas di dalam menegakkan hukum, selagi itulah kita akan terus menyaksikan ketidakstabilan sistem ekonomi, peningkatan di dalam statistik kes kerosakkan sosial dan kemelut lain yang melanda. Itulah yang bakal menimpa masyarakat apabila barisan kabinet yang dilantik tetap akan meneruskan sistem kapitalisme kufur warisan penjajah.

”Maka putuskanlah perkara di antara manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kau mengikut hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu’[TMQ Al Maidah : 48]