New World Order AS akan berakhir mengikuti jejak langkah penyerunya

Pada 30 November yang lalu, berita kematian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George Herbert Walker Bush (Bush Sr.) telah tersebar ke seluruh dunia. George H.W. Bush merupakan presiden AS ke-41 dari tahun 1989 sehingga 1993. Bush Sr. terkenal dengan kemenangan AS dalam Perang Teluk 1990-1991 yang telah mengembalikan kebanggaan rakyat AS setelah AS mengalami kekalahan yang memalukan dalam Perang Vietnam. Selain itu, keruntuhan Soviet Union (USSR) ketika pemerintahannya telah menjadikan AS satu-satunya kuasa dunia sehingga dia mengisytiharkan New World Order (Tatacara aturan Dunia Baru) yang terkenal:

“This is an historic moment…we have before us the opportunity to forge for ourselves and for future generations a new world order— a world where the rule of law, not the law of the jungle, governs the conduct of nations. When we are successful, and we will be, we have a real chance at this new world order, an order in which a credible United Nations can use its peacekeeping role to fulfill the promise and vision of the UN’s founders.”

Ini merupakan detik bersejarah… Di hadapan kita terdapat peluang untuk menjalin diri kita sendiri dan untuk generasi masa hadapan sebuah tatacara aturan dunia yang baru – sebuah dunia dengan kedaulatan undang-undang, bukan undang-undang hutan, yang mengawal kelakuan negara-negara. Apabila kita berjaya, dan kita pasti akan berjaya, kita mempunyai peluang yang nyata di dunia baru ini, sebuah tatacara aturan dengan PBB yang boleh dipercayai dapat menggunakan peranan perdamaiannya untuk memenuhi janji dan visi para pengasasnya.

[Ucapan Presiden George H. W.Bush, kenyataan di televisyen pada 16 Januari 1991].

Sejak itu, AS merasakan dirinya sebagai polis dunia dan satu-satunya kuasa dunia yang tiada tandingan. AS dengan begitu mudah mengeksploitasi PBB sebagai bonekanya untuk manfaat dan kepentingan dirinya. Dengan pelbagai alasan yang diciptakan serta melalui resolusi-resolusi PBB yang menjijikkan, AS menyerang Afghanistan atas alasan pengganas Taliban pada 2001. Padahal Taliban berkuasa di Afghanistan disebabkan bantuan AS setelah Taliban membantu AS menghalau tentera Soviet. Kemudian, ia menyerang Iraq pada 2003 atas alasan Senjata Pemusnah Besar-besaran (WMD) yang akhirnya AS sendiri mengakui bahawa tuduhan WMD itu ialah palsu. Selain itu, ketika Revolusi Arab di Syria berlaku dengan menyaksikan umat Islam bangkit menentang pemerintahan Bashar Al-Asad dan menolak sistem demokrasi kerana umat menginginkan Islam, maka AS seperti biasa telah melakukan rencananya untuk menghalang kebangkitan tersebut. AS berselindung dibalik tirai PBB lalu menyerang para pejuang Islam dengan alasan untuk menghapuskan pengganas ISIS.

Itulah yang dimaksudkan New World Order (NWO), sebuah tatacara aturan dunia yang dimanipulasikan oleh AS demi kepentingan dirinya. Mana-mana pemimpin atau negara yang tidak bersetuju dengan AS dan PBB dikatakan bersama dengan para pengganas. Hal ini sepertimana ungkapan yang popular diucapkan oleh anak mendiang, George W. Bush ” Either you’re with us, or with the terrorist (sama ada anda bersama dengan kami, atau bersama dengan pengganas).”

Namun hari ini, kita melihat AS tidak lagi mampu menjadi satu-satunya kuasa dunia. Krisis ekonomi yang melanda satu demi satu telah melemahkan AS, kegagalan liberalisme dan demokrasi dalam membawa keadilan kepada rakyatnya dan kebangkitan negara-negara lain yang berusaha menandingi dominasi AS seperti Rusia dan China menjadikan AS tidak dapat mengendalikan dunia. Namun apa yang lebih utama, umat Islam di seluruh dunia sudah mula tidak percaya kepada AS, PBB dan sistem demokrasi-kapitalisme yang menjadi tunjang New World Order. New World Order anjuran AS akan berakhir sepertimana penyerunya. Umat Islam sedang berusaha mengembalikan semula sistem alternatif iaitu Khilafah Islamiyyah yang diwariskan Rasulullah SAW melalui jalan dakwah dan politik. Semoga usaha ini akan menjadikan umat Islam kembali memimpin dunia dan mengantikan NWO dengan Syariah Order.

Dr Ammar
Lajnah Tsaqafiyah Hizbut Tahrir Malaysia